Kisah Aku Dengan Peminta Sedekah Online

Hari ni aku nak share la sikit cerita aku dengan peminta sedekah online ni. Apa yang aku boleh beritahu di sini, hati-hatilah dengan peminta sedekah online ni sebab banyak benda buruk dari benda baik melainkan korang yakin dengan orang atau organisasi yang korang nak bagi sumbangan tu.

Sejak tahun 2019, aku diganggu oleh beberapa nombor yang tidak dikenali dan memperkenalkan diri mereka ni wakil dari pusat kebajikkan la, pusat amal dan rawatan la, pusat jagaan anak-anak yatim dan sebagainya.

Aku ni bukan la kerek atau kedekut nak bagi duit. Tapi jangan la sampai diperbodohkan kena tipu sampai si peminta sedekah ni kaya raya dengan hasil sedekah mereka tu.

Nanti ada pula yang cakap alah sedekah je la. Kalau dia tipu itu hal dia dengan tuhan.

Maaf! Aku tak boleh terima mentaliti macam ni sebab orang yang ada mentaliti macam nilah yang menyebabkan peminta sedekah penipu ni berleluasa di Malaysia.

Kita patut cegah benda ni dan hanya beri pada mereka yang betul-betul perlu sahaja.

Bawah ni salah sorang aku screen shot perbualan aku dengan kononnya wakil dari pusat jagaan anak-anak yatim dan fakir miskin.

mengaku wakil dari pusat jagaan anak-anak yatim dan fakir miskin
tanya dari mana ambil nombor ni
bukti dan buat live bersama anak yatim
suruh datang ke tempat mereka
peminta sedekah online
peminta sedekah online
peminta sedekah online
peminta sedekah online

Kalau korang tengok perbualan aku di atas ni, aku hanya minta satu daripada dia iaitu aku nak tengok mereka ni buat live bahawa mereka ni ada bersama dengan anak yatim seperti yang mereka beritahu tu.

Bila aku suruh macam tu, macam-macam alasan mereka bagi. Ada diluar kawasan la, bukan cara saya nak buat live la dan bermacam-macam lagi alasan.

Jika mereka betul bersama dengan anak-anak yatim, sahutlah cabaran hanya dengan buat live samaada di Facebook atau Whatsapp. Bukannya kena bayar pun buat live ni.

Tapi aku tak tuduh mereka ni scammer.

Tapi aku hanya berhati-hati dan kena siasat dulu betul ke mereka dari pusat jagaan anak yatim atau tak.

Kalau boleh, korang kena buat cara macam ni kalau ada mana-mana wakil dari pusat kebajikan ke, pusat anak yatim ke yang cuba ganggu kita melalui whatsapp untuk minta sedekah. Tak banyak pun permintaan. Buat live sekali bila disuruh barulah orang percaya.

Kepada yang betul-betul dari mana-mana pusat sekalipun, jika korang terbaca tulisan ni, tolong hadam. Kalau diminta buat live, buat je la. Orang cuma nak tahu bahawa korang semua ni memang betul-betul wujud dan bukannya masuk dalam perut sendiri.

Alamat yang diberikan aku tak dinafikan iannya memang betul-betul wujud. Tapi duit yang disedekahkan tu adakah masuk dalam tabung atau dalam perut si peminta?

Sekarang ni ramai scammer online. Korang yang meminta sedekah online tak boleh salahkan jika ada sesiapa yang minta buat live atau tidak percaya. Nak orang percaya, buat live.

Simple.

Dalam perbualan di atas pun aku ada nyatakan jika buat live dan memang betul bersama anak-anak yatim aku akan bagi sumbangan. Bukan aku kedekut cuma tak nak kaki kencing berleluasa di muka bumi ni. Biar scammer tak boleh cari makan. Bukannya mentaliti “sedekah je kalau tipu itu hal dia dengan Allah“.

Sekali lagi aku nak tegaskan di sini, aku tak kata mereka ni penipu, cuma apa yang aku cuba nak sampaikan adalah berhati-hati.

Moga korang dapat input bila korang kena situasi macam ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Kisah Aku Dengan Peminta Sedekah Online”

Leave a Comment

Scroll to Top