Design Logo Blog Aku Yang Baru Serta Maknanya | Tukar menukar logo ni sebenarnya tidak pelik bagi yang baru memiliki logo. Sedangkan Google yang sudah berbelas tahun mendirikan bisnes pun masih menukar logonya. Tujuaanya mestilah untuk rebranding dan logo yang terbaru adalah lebih menyerlah.
Ketika aku sedang menulis artikel ni, blog aku ni baru berusia 6 bulan. So, design logo pertama aku tu masih lagi dalam fasa percubaan.
Korang tahu tak logo aku yang dulu?
Ni logo blog aku yang dulu.
Ok ke tak ok?
Sekali pandang macam lencana sekolah pun ada.
Logo aku yang lama ni sama sekali tidak ada maksudnya melainkan slogannya. Warna merahnya pula aku main ambil saja.
Sebenarnya aku buat logo macam ni dulu sebab aku fikir untuk mudah print atas baju ke, topi ke, buat stiker ke dan sebagainya. Kalau nak ikutkan, memang logo ni tak menarik pun tetapi ia memudahkan aku untuk print atas semua benda tu.
Namun, bila difikirkan balik untuk kegunaan jangka masa lebih lama serta penjenamaan, maka aku mengubah logo kepada yang lebih simple, menarik dan kemas.
So, inilah logo terbaru aku.
Ok ke tak? Hoho… 😀
Design Logo Blog Aku Yang Baru Serta Maknanya
Untuk membuat logo yang baru ni, aku mengambil tempoh masa hampir seminggu untuk memikirkannya sebab aku ni jenis tak minat untuk tukar-menukar logo lepas ni. Jika logo ni aku cetak atas baju atau apa-apa saja, so logo ni akan menjadi kekal. Bukan senang nak rebranding balik sesuatu bisnes jika orang sudah mengenali logo kita. Lainlah Google. Tukar logo hari ni, dalam masa beberapa minit saja seluruh dunia sudah tahu tentang logo baru Google.
Sebab tak mahu bazirkan masa untuk fikir logo macam mana, akhirnya aku just buat icon berhuruf B & F ringkasan daripada “blog faiz”.
Walaupun ringkas, di sebalik logo aku ni ada makna tersendiri. Warna merah pada icon adalah melambangkan aku adalah seorang blogger yang berasal dari Kelantan. Warna merah yang aku gunakan di sini adalah berkod #DB4437 (sama dengan kod warna logo Google) manakala nama font untuk B & F adalah Bold Finger.
Slogan bagi logo aku pula adalah “Berkarya Untuk Berkongsi”. Maksud di sini adalah setiap karya yang aku hasilkan sendiri tak kira samaada penulisan, buat video, kretiviti atau sebagainya, tujuan aku adalah untuk berkongsi dengan korang semua.
Itu saja pengenalan untuk design logo aku pada kali ini. Korang pula bagaimana?
Bagi aku design logo ni adalah sangat penting kerana ia melambangkan identiti dan kesungguhan kita. Walaupun ia sekadar untuk berblogging, berkarya, logo janganlah dipisahkan.
Ingat, logo adalah identiti kita. Bina logo sekarang jika korang belum ada logo rasmi untuk blog. Kepada yang berhajat membuat logo, boleh tempah di web rasmi SM Creative Studio.
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.