Pengalaman Cari Kerja Part Time Semasa Student

Pengalaman Cari Kerja Part Time Secara Online Semasa Student| Hidup student zaman dahulu tak sama dengan hidup student zaman sekarang. Bermacam-macam dugaan yang perlu hadapi terutama dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

Lihat kawan-kawan ada telefon screen touch, kadang-kadang tersentuh juga dalam hati teringin nak telefon screentouch. Sedangkan semua benda tu pemberian dari mak ayah mereka.

Tapi sampai bila aku nak memendam rasa untuk memiliki telefon screenstouch dan mengharapkan duit dari mak ayah?

Dari situ aku mula ambil langkah dan peluang untuk menambah pendapatan sendiri.

Pengalaman Cari Kerja Part Time Semasa Student

Ini kisah aku semasa tahun 2012 dulu. Aku saja nak share kepada korang macam mana aku cari kerja secara part time dulu ketika aku masih lagi bergelar student.

Semasa awal-awal aku masuk universiti dulu, aku pernah kesesakkan wang disebabkan aku tiada sumber pendapatan. Maklumlah aku masa tu masih student dan baru kenal dengan bisnes online. Nak mengharapkan duit ptptn hanya habis untuk beli buku dan bayar yuran saja.

Jiwa aku masa tu makin kacau bila sibuk dengan study. Nak cari pendapatan macam mana jika asyik sibuk dengan study.

Akhirnya aku buat keputusan untuk berjinak-jinak dengan kerja part time secara online sahaja.

Di bawah ni aku senaraikan beberapa idea yang memberikan aku pendapatan tambahan secara part time ketika aku masih lagi belajar.

#1. Jobdirumah

cari kerja

Ramai yang kata Jobdirumah ni adalah penipu. Sebenarnya ramai yang tidak faham konsep Jobdirumah. Oleh sebab ramai yang salah faham mengenai Jobdirumah ni, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan secara detail.

Jobdirumah ni adalah sebuah panduan. Ini bermakna ia belum tentu menjaminkan korang boleh terus kerja atau terus dapat kerja. Apa yang diajar oleh pihak Jobdirumah ni, mereka mengajar korang macam mana dan dimana untuk apply kerja secara online.

Terdapat berpuluh laman web aktif yang diberitahu oleh pihak Jobdirumah untuk korang apply kerja. So, korang tak perlu pening-pening kepala nak fikirkan di mana nak cari kerja.

Kerja yang mereka syorkan ni adalah lebih kepada kemahiran korang. Contohnya menulis karangan, jurugambar, buat web dan lain-lain lagi.

#2. Buat Servis di iLancee

cari kerja

iLancee.com adalah sebuah laman web yang hampir menyamai laman web Fiverr.com. Cumanya iLancee ni hanya fokus kepada rakyat Malaysia sahaja.

Aku penah mencapai 4 angka di sini dengan hanya menjual semula ebook plr, buat servis design banner, design header cover Facebook (servis popular pada tahun 2012-2013) dan juga buat servis bina web.

Dalam laman web ni, korang boleh tambah pendapatan dengan apa saja kemahiran yang korang ada seperti yang aku sebut di atas.

Sebagai seorang pelajar, berpendapatan empat angka sebulan secara online ia sudah banyak bagi aku.

#3. Jadi Blogger Sambilan

cari kerja

Selain itu, aku juga menjadi penulis di beberapa buah blog yang aku bina sendiri. Buat masa sekarang blog tersebut aku tidak lagi aktif menulis tetapi aku masih lagi terima wang sampingan secara pasif melalui affiliate lebih kurang dari RM500 sebulan. Semasa aku aktif menulis dulu, aku boleh capai empat angka dari blog ini.

Jadi, dengan duit melalui blogger inilah juga menjadi sumber pendapatan tambahan aku semasa student. Siapa yang nak bagi aku empat angka semasa student kan?

Kalau korang tanya kenapa aku berhenti menulis di blog tersebut, biarlah ia menjadi rahsia aku. 😀

#4. Cuci Pinggan Di Kafe

cari kerja

Akhir sekali yang aku rasa ramai yang tak terfikir oleh kebanyakkan student adalah bekerja di kafe kampus sendiri.

Ya.

Aku pernah menjadi tukang cuci pinggan mangkuk di kafe kampus aku dulu. Kampus aku dulu adalah di Kolej Kediaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, Unimap, Perlis.

Aku nasib baik kerana makcik dan abang-abang kat situ semuanya sempoi. Mereka terima aku untuk bekerja mencuci pinggan dan pada masa tu aku dibayar lebih kurang RM14 untuk semalaman.

Tetapi hanya untuk beberapa hari sahaja kerana banyak komitment yang perlu aku buat.

Selain itu juga, aku sempat bungkus kacang dan letakkan di dalam kafe. Pendapatan aku dengan jual kacang bungkus dulu bolehlah buat tampung makan sehari.

#5. Cari Kerja di Maukerja.my (Bonus)

Aku nak kongsikan satu laman web ni untuk cari kerja di Malaysia. Laman web tersebut adalah Maukerja.my.

Ok.

Yang ni hanyalah bonus yang aku nak share kepada korang jika korang benar-benar ingin mencari pekerjaan samaada untuk tetap, program internship dan juga part time.

Kelebihan Maukerja.my ni hanya fokuskan kerja di Malaysia sahaja. So tak perlu serabut dengan iklan-iklan kerja dari luar negara. Terdapat beribu-ribu peluang pekerjaan di sini yang di iklankan oleh majikan. Korang cari saja kerja yang minat dan bersesuaiaan dengan kemahiran yang ada.

Oklah.

Itu saja yang aku dapat kongsikan kepada korang pada kali ni. Apa yang aku ceritakan atas ni adalah daripada pengalaman aku yang sebenar. Kalau korang masih lagi student dan nak mencari duit pada zaman sekarang ni, tak susah pun. Apa yang korang perlu ada hanyalah minat dan juga kesungguhan.

Pesan aku, jangan mengharapkan duit mak ayah lagi. Pada masa inilah kita nak mula berdikari.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top