Kehidupan Selepas Kahwin Menjadikan Kita Lebih Dewasa

Betul ke kehidupan selepas kahwin menjadikan kita lebih dewasa? Perkahwinan adalah satu lumrah kehidupan manusia di mana naluri manusia ni nak berpasangan melainkan manusia yang tak normal je la. Melalui pasangan jugalah akan melahirkan zuriat dan menambahkan bilangan umat nabi Muhammad.

Tak gitu sahabat-sahabat sekalian?

Alhamdulillah. Masa aku tulis perkongsian ni, hari ni sudah genap setahun perkahwinan aku. Sekejap rasa masa berlalu. Setahun bagaikan tidak terasa.

kehidupan selepas kahwin

Dalam masa setahun ni jugalah bermacam-macam onak dan duri yang aku telah lalui bersama isteri aku. Suka dan duka diharungi bersama.

Walaupun aku kata di sini suka dan duka, kenangan suka dan duka selepas kahwin nilah akan menjadi kenangan yang sangat manis.

Mesti dah lama kahwin nanti korang akan teringat semula kenangan-kenangan lepas kahwin.

Best.

Perasaan dia lain macam.

Perkenalan Aku Dengan Isteri

Di sini aku nak ceritakan sedikit serba sedikit kisah aku sebelum dan selepas kahwin. Perkongsian ni khas untuk korang yang bakal mendirikan rumah tangga.

Tak tau la perkongsian ni akan jadi inspirasi bagi korang atau tak. Sebab ni just perkongsian daripada pengalaman aku yang dah harungi kehidupan lepas kahwin.

Ceritanya bermula, perkenalan aku dengan isteri aku kalau tak silap hujung tahun 2015. Kami berkenalan lebih kurang dua tahun sahaja sebelum kahwin. Masa mula-mula aku kenal dengan isteri aku, aku masih lagi tengah study kat Seremban. Bila sudah tamat belajar pertengahan Jun. aku jadi semakin serius untuk mengajak isteriku berkahwin.

Mesti ramai fikir kami berkenalan di tempat belajar yang sama.

Salah.

Sebenarnya aku kenal isteri aku melalui blog dia sebab dia pun seorang blogger juga.

Hahaha…

Macam mana kisahnya bermula perkenalan tu yang tu biarlah jadi rahsia.

Pada bulan November 2016 pula, aku telah pergi secara solo berjumpa dengan bakal mentua aku. Pada mulanya mentua aku tidak tahu niat kedatangan aku ke sana walaupun telah dimakluman oleh isteri pada masa tu ada “kawan lelaki” nak datang.

Seingat aku, dari lepas solat jumaat sampai dekat pukul 7 petang aku kat sana. Bila ingat balik rasa macam kelakar juga sebab tak pernah berjam-jam di rumah orang.

Hahaha…

Aku lama kat sana sebab aku cuak. Aku fikir macam mana nak cari idea memulakan perbualan dengan bakal bapa mentua aku ni pasal hajat sebenar aku ni. Sampailah waktu nak balik. Waktu tu dah nak dekat maghrib, aku tebalkan diri muka aku minta izin nak balik dan pada waktu tu jugalah aku berkias “nak bawa ma ayah jumpa”.

Nasib baik ayah mentua aku ni faham.

Dia tak soal banyak.

Lepas tu aku terus balik dengan hati yang tenang sebab terlepas juga hajat aku untuk menyatakan tujuan sebenar kedatangan aku masa tu.

Alhamdulillah. Proses pertama telah berjaya apabila pada bulan Mac 2017 aku pun bertunang.

Betullah orang kata jika niat kita baik semua urusan akan menjadi mudah.

Macam Mana Aku Cari Duit Kahwin?

Dalam tempoh pertunangan ini, masa nilah aku lebih struggle mencari duit untuk kahwin. Yela tak ada duit nak kawin macam mana. Takkan nak guna duit mak ayah aku.

Dengan kuasa Allah, aku tak tahu juga kenapa aku rasa lepas aku niat nak kahwin rezeki aku rasa makin mencurah-curah.

Aku hanya buat kerja sendiri sebagai seorang blogger dan juga buat website. Aku tidak bekerja dengan sesiapa pun.

Ya.

Income utama aku untuk cari duit kahwin adalah dengan buat servis website.

Boleh dikatakan setiap bulan 4-5 website aku akan terima dan kutipan dalam masa sebulan aku boleh kumpul maksimum RM4000 lebih sebulan dengan keuntungan bersih.

Sebab tu dalam tempoh sebelum kau kahwin, aku boleh kumpul sehingga RM30,000.

Aku bertunang Mac 2017. Aku kahwin 1 Disember 2017.

Dalam tempoh tu alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan aku untuk kumpul duit kahwin tanpa bantuan daripada mana-mana.

kehidupan selepas kahwin

Dari sehari ke sehari agak banyak juga tempahan web dan servis lain-lain yang aku dapat. Sehinggalah pada bulan 4 tahun 2017 aku sudah boleh beli kereta sendiri atas hasil usaha aku buat servis.

Kereta baru, kereta axia advance.

Di sini bukan aku nak berlagak. Apalah sangat aku nak berlagak setakat beli kereta Axia tu. Bukannya ferari.

Tapi nak beritahu korang jika kita ada niat bersungguh nak kahwin, Allah akan mudahakan segala urusan kita termasuk nak cari duit kahwin.

Siap ada duit lebih lagi untuk beli kereta.

Bagi aku kereta adalah satu keperluan lepas kahwin. Bukan kehendak. Tapi kereta baru atau kereta second hand tu bukanlah menjadi ukuran.

Kehidupan Selepas Kahwin

Sehinggalah hari yang dinanti-nantikan.

Pada 1 haribulan 12 tahun 2017 bersamaan dengan 12 Rabiulawal, pada hari Jumaat, aku telah dijabkabulkan dengan isteriku.

kehidupan selepas kahwin

Maka bermula pada hari tersebut bergelarlah aku sebagai seorang suami.

Aku tak tahulah orang lain macam mana dia punya perasaan masa tu.

Aku punya perasaan bila saja selesai akad nikah atau lafaz nikah tu, aku boleh rasakan ada sesuatu “tanggungjawab” besar yang akan aku pikul lepas ni.

Persoalan yang bermain dalam fikiran aku pada masa tu “mampu ke aku?”

Mampu ke tak mampu kita hadap je. Itu proses yang akan dilalui semua orang.

Kehidupan selepas kahwin pada fasa pertama adalah suatu pengalaman yang agak manis sebenarnya walaupun mungkin pelbagai rintangan yang bakal korang hadapi.

Bila korang dah lepas pengalaman fasa pertama ni ia akan menjadi satu kenangan yang manis dalam hidup korang dan rasa macam nak undur balik time tu.

Nak tahu macam mana pengalaman fasa pertama ni, kena kahwin la dulu.

Betul ke kehidupan selepas kahwin pemikiran kita akan jadi lebih matang?

Soalan ni sebenarnya agak subjektif sebab ramai je perangai tak berubah selepas kahwin.

Kalau ditanya aku, secara personal, jawapan aku YA sebab banyak dah yang berlaku ikut pengalaman sendiri dan juga orang lain.

Ikut pengalaman aku sendiri, bila ada je masalah hal di rumah macam contoh paip bocor, letrik suis tak nyala, aku terpaksa belajar dan buat sendiri semua tu. Takkan nak harapkan isteri nak baiki.

Sebelum ni aku memang tak sentuh langsung pasal letrik dan paip air ni.

Bila dah kahwin, aku sebagai lelaki terpaksalah hadap benda tu.

Masa awal-awal kahwin dulu, jika sebelum ni kita tak pernah beli barang dapur, lepas dah kahwin nanti bersedialah kita beli barang dapur. Dulu tong gas aku tak pernah pun beli sendiri. Bila dah kahwin aku terpaksa beli tong gas, angkat tong gas dan sediakan semua sehingga dapur boleh menyala.

Selain tu juga, pemikiran orang yang dah kahwin ni lain sikit dia punya pemikiran. Orang kata pemikiran akan lebih matang, berfikiran jauh dan lebih rasional.

Sebab apa pemikiran akan jadi lebih matang? Sebab apa saja benda yang “tidak baik” kita rasa nak buat, kita akan berfikir lebih mendalam lagi sebab kita ada orang yang perlu disuap di rumah.

Pengajaran yang korang boleh ambil dari perkongsian ni, jika korang rasa ingin berkahwin tu, niatlah bersungguh-sungguh dan berusaha cari duit kahwin. InsyaAllah Allah akan permudahkan dari segala sudut. Korang akan rasa akan ada satu “kuasa” yang akan bantu memudahkan urusan korang.

Dan yang mana dah kahwin tu, jika sebelum kahwin perangai ntah apa-apa, berubahlah ke arah lebih baik. InsyaAllah Allah akan murahkan rezeki.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top