Video Perkenalan Pertama Aku Post di YouTube

Video Perkenalan Pertama Aku Post di YouTube | Hi geng. Kali ni aku nak ceritakan tentang video pengenalan pertama aku yang post di YouTube. Taklah penting pun tapi di sini aku just nak beritahu kepada korang bagaimana performance aku di YouTube dari awal sehingga sekarang.

Adakah korang lihat sama dari awal-awal aku bercakap depan kamera sehingga sekarang? Kalau ada perubahan sikit tu jadilah. Alhamdulillah.

Seperti yang aku sudah sedia maklum, aku nak ada content sendiri di YouTube ni sejak dari tahun 2016 lagi. Tapi atas dasar beberapa alasan aku, niat aku terpaksa ditangguhkan dulu sehinggalah pada Mei 2019 barulah aku dapat post video pertama.

Tiga tahun beb baru cita-cita aku tercapai. Tapi cita-cita nak post video sendiri kat YouTube je la. Cita-cita lain banyak lagi belum tercapai.

Doakan aku, aku doakan korang balik. Aminnn 🙂

Secara jujurnya, aku ni seorang introvert. Aku hanya selesa dengan orang yang sama level dengan aku dan kebawah. Kalau tahap-tahap pakcik, dato’ dato seri tu, aku tak dapat masuk nak bergaul. Sebab tu aku ni tak ramai kawan. Aku bukan tak suka berkawan tapi jenis aku ni tak boleh lepak lama-lama, sembang benda-benda yang ntah apa-apa dan sebagainya.

Sebab aku dah pernah buat semua tu. Lepas aku balik, aku rasa macam kosong. Tak ada benda untuk diisi.

Tapi, demi semangat aku nak bangunkan channel Youtube sendiri, aku terpaksa berani bercakap di depan kamera. Kalau aku asyik takut-takut dan malu bila lagi aku nak mulakan kan?

Jadi, inilah video perkenalan pertama aku.

Video perkenalan pertama aku di YouTube

Apa macam weh?

Haha. Keras macam patung tak?

Serius. Aku rasa nak delete video ni di YouTube. Tapi biarlah aku abaikan dan terus berada di YouTube supaya generasi-generasi yang nak bermula di YouTube ni akan lihat bagaimana bermulanya seorang legend di sini. Haha.

So, kepada korang yang takut-takut dan malu-malu nak bermula di YouTube ni, sampai bila korang takkan post video korang di YouTube. Bila korang post video pertama korang di YouTube, di situlah korang akan belajar satu per satu untuk menambah baik mutu video yang korang hasilkan.

YouTube ni adalah tempat untuk kita kembangkan bakat yang kita ada supaya kita dapat tayangkan kepada umum. Dan, jika orang ramai melihat video kita dan rasa kita ada bakat, di situlah kita akan mula dikenali.

Banyak bakat-bakat yang korang boleh persembahkan di YouTube ni. Antaranya adalah nyanyi seperti Yuna dan Khai Bahar, editing video seperti sofyank96, review makanan dan masakkan seperti ArieyJojo dan CikDadida dan sebagainya.

So, kalau korang fikir duit dulu, aku percaya korang akan tewas awal di YouTube sebab korang ingat buat video hari ni esok terus masuk duit kat YouTube ke?

Lihatlah kebanyakkan yang dapat bertahan di YouTube kerana apa yang mereka post tu adalah kerana minat mereka. Disebabkan mereka minat dan post video secara konsisten di YouTube, pendapatan mula datang kepada mereka.

Ok baiklah.

Sebenarnya topik yang aku nak beritahu ni sudah tersimpang jauh. Namun, begitulah nasihat aku kepada korang yang baru nak bermula di YouTube ni. Jangan malu untuk post video pertama korang di YouTube kerana itulah akan menjadi titik permulaan untuk korang berjaya di Youtube.

Ok la geng.

Aku pun tak nak cakap banyak. Apa kata kepada yang telah baca di Blog aku ni, subscribe di channel YouTube aku pula iaitu Blog Faiz. Semoga korang yang sudi subscribe ni aku doakan dimurahkan rezeki.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Video Perkenalan Pertama Aku Post di YouTube”

Leave a Comment

Scroll to Top