Kisah Perjalanan Aku Sepanjang Tahun 2019 | Syukur kepada Allah kerana masih panjangkan umur kita hingga ke saat ini. Hanya beberapa jam saja lagi kita semua akan menyambut tahun baru 2020. Jadi bagaimana dengan persiapan korang untuk hadapi tahun baru ni?
Amat rugi sesiapa yang tidak buat persiapan yang terbaik untuk hadapi tahun 2020 ni sebab bagi aku angka tahun ni adalah angka yang unik di mana lepas ni kita tak akan temuinya lagi bila ia dah berlalu pergi.
Jadi persiapkan diri korang untuk hadapi tahun 2020 ni dengan lebih bermakna dan tinggalkan banyak kenangan manis.
Jika kita fikirkan balik, banyak sudah perkara suka duka yang kita tempuhi sepanjang tahun 2019 ni. Nak tak nak, kita semua dah lalui dengan jalan hidup masing-masing. Ada yang banyak berduka, ada yang banyak gembira. Tapi tu semua adalah kurniaan daripada Allah kepada kita untuk kita muhasabah diri samaada kita bersyukur, bersabar ataupun sebaliknya.

Kisah Perjalanan Aku Sepanjang Tahun 2019
Kisah aku sepanjang 2019 ni aku rasa taklah banyak sangat. Tapi aku rasa perjalanan aku pada tahun 2019 ni selepas aku bermula cuba menjadi content creator di YouTube. Sebab sejak tu aku rasa aku lebih banyak jalani hidup aku dengan banyak berfikir.
Ok. Sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana. Haha…
Baiklah. Aku ceritakan benda yang penting saja la ye.
Pada tahun 2019 ni, aku memang sudah berazam apa saja halangan kali ni, aku akan tetap buat video di YouTube. Sebenarnya aku dah lama niat nak buat video kat YouTube ni. Lebih kurang pada tahun 2016 lagi. Tapi banyak faktor-faktor yang menyebabkan aku tidak buat video di YouTube ni.
Tapi alhamdulillah. Pada awal atau pertengahan Mei 2019 macam tu, aku dah mula start aktif di YouTube dan aku tekad buat video hampir setiap hari.
Aku tahu perjalanan nak buat video di YouTube ni bukan mudah. Tambah-tambah orang tak kenal siapa aku. Bermula dengan 0 subscribers sehinggalah aku berjaya mencapai 1000 subscribers pertama pada 13 Oktober 2019 dan 4000 jam tontonan pada 30 Oktober 2019.
Kenapa aku tekankan 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan?
Sebab kalau nak mula buat duit di YouTube, kita kena capai dua benda ni barulah video kita akan dimonetize oleh pihak Youtube dan baru boleh start buat duit.
Lepas dua hari aku mencapai kedua-dua target ni, akaun YouTube aku dah boleh mula start buat duit dengan YouTube.

So, alhamdulillah. Aku tak sangka secepat ni sebab target aku bulan Mac 2020 baru boleh monetize. Tapi 5-6 bulan lebih awal. Aku syukur sangat-sangat.
Pada tahun ni juga, aku banyak pergi ke tempat-tempat yang menarik yang ada di Malaysia ni. Tujuannya untuk aku buat video di YouTube sambil melancong. Jadi, itulah sebahagian usaha aku nak buat video di YouTube ni.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Aku pun tak tahu dari mana kekuatan aku datang untuk buat video padahal macam-macam hal kalau nak buat video ni. Lepas tu kena edit pula.
Tahun ni juga, aku dah habis banyak duit buat modal beli kamera, laptop untuk editing, software original dan sebagainya. Aku harap pelaburan yang aku buat ni tidak akan jadi sia-sia.
Jadi apa yang menarik atau kenangan manis aku sepanjang tahun 2019 ni? Ada dua benda iaitu akaun YouTube aku “Blog Faiz” dah boleh mula buat duit dan aku pergi melancong ke beberapa buah tempat.

Maaf. Tu je bagi aku bermakna sepanjang tahun 2019 ni. Lagipun aku tak plan sebaik mungkin seperti aku plan untuk hadapi tahun 2020 ni.
Semoga pada tahun 2020 ni, aku, korang akan kecapi dengan lebih banyak kejayaan sebab impian terbesar yang aku nak kecapi adalah melancong dengan motorhome ke seluruh negara.
Di bawah ni aku sediakan video untuk korang kisah perjalanan aku sepanjang tahun 2019. Jemput tonton gaisss…
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter.
0 Comments