Pengalaman Menyambut Tahun Baru 2020| Sebelum aku teruskan cerita aku ni, aku harap tak ada la pak ustaz kat sini kata tak boleh sambut tahun baru. Sambutan tahun baru kenalah isi dengan ceramah-ceramah agama dan sebagainya.
Betul la tu. Dah bagus dah. Tapi tak semestinya semua sambutan tahun baru tu haram. Yang haramnya kalau tak jaga batas pergaulan lelaki dan perempuan, mabuk minum arak dan sebagainya semasa menyambut tahun baru tu.
Sebenarnya, seumur hidup aku ni, aku tak pernah pun galak nak pergi sambut tahun baru. Maklumlah aku ni bukan suka tempat ramai sangat orang. Rimas. Tapi nak masuk tahun 2020 ni, aku rasa nak pergi sambut. Kononnya tak nak terlepas moment tahun baru 2020 ni.
Kan sejak dari kecil lagi kita di momokkan dengan wawasan 2020. Kata ada kereta terbanglah, kerja semua robot yang buat dan sebagainya. Tapi aku tak mengharapkan tu pun. Cuma sejak dari kecil lagi aku tunggu tahun 2020 ni, so apa salahnya aku pergi lihat sekali sekala orang sambut tahun baru ni.
Sambutan ambang tahun 2020 ni, aku telah sambut di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu. Maklumlah aku ada terlihat poster di Facebook masa tu katanya ada gimik kat sana. Aku pun nak tahu juga gimik apa memandangkan Jambatan Angkat pertama kali buat sambutan tahun baru.
Sebenarnya, niat utama aku nak buat vlog sambutan tahun baru 2020. Sebab tu aku bersemangat nak pergi ke sana walaupun hanya tinggal beberapa jam saja lagi. Hotel pun aku booking pada hari yang sama.
Apa lagi. Lepas siap aku booking hotel secara online, aku terus pecut kereta dari Kelantan ke Kuala Terengganu.
Aku bertolak pada pukul 3.30 petang dan sampai Kuala Terengganu pada pukul 7 petang. Tu campur semua aku berhenti solat, isi minyak. Lepas solat insya, terus kami pergi ke Jambatan Angkat sebab kalau lambat jalan sesak dan penuh. Maklumlah. Ramai orang.
Sesampainya di Jambatan Angkat, fuh, aku lihat sudah ramai orang. Ada siap berkelah lagi bersama famili di bawah sinar lampu jalan. Masing-masing bawa tikar dan bekalan makanan.
Sebenarnya, sebelum tu ada aktiviti iaitu ceramah dan juga larian. Masa aku sampai tu, larian belum lagi tamat. So, sempatlah aku ambil beberapa video.
Saat yang di tunggu-tunggu makin hampir. Pada pukul 11.45 malam, orang ramai mulai membanjiri atas jambatan angkat. Memamg pada masa tu jambatan angkat ditutup. So, ramailah yang mula mengerumuni untuk lihat gimik yang dipersembahkan.
Tepat pada pukul 12.00 tengah malam, aku lihat masih tiada apa-apa yang berlaku pun. Lepas tu ada la beberapa letupan kecil kiri kanan atas belakang depan. Tu pun orang awam yang letupkan mercun mereka sendiri.
Aku dah pelik takkan ramai orang macam ni, setakat tu je sambutan. Macam tak meriah la pula. Dah hampir 15 minit tunggu masih tiada apa-apa yang berlaku dan aku lihat orang ramai dan mula turun dari jambatan untuk pulang.
Rupa-rupanya, gimik yang diperkatakan tu adalah, pertunjukkan jambatan tu di angkat. So, itu je la gimiknya. Tak ada lain.
Tapi tak pelah. Sekurang-kurangnya aku tidak terlepas moment-moment ambang tahun baru 2020. Yes, sejak kecil lagi aku tunggu tahun ni dan akhirnya aku bertemu jua dengan tahun 2020.
Apa yang aku ceritakan ni dalam bentuk penulisan. Kalau korang nak lihat dalam bentuk video, boleh lihat di bawah. Dan jangan lupa subscribe channel YouTube “Blog Faiz“
Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!
Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.
Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.