Pengalaman Guna Thelorry | Lori Angkut Barang Pindah Rumah

Aku pening nak cari lori angkut barang. Seperti yang telah aku ceritakan dalam post aku yang lepas, aku telah diarahkan pindah tempat kerja secara mengejut. Aku tak tahulah samaada ni satu hikmah untuk aku atau sebaliknya. Sebab tempat kerja aku ni lagi dekat dengan kampung aku lebih kurang 8 kilometer saja.

Aku bukan apa bila main pindah-pindah ni. Aku okey je dengan persekitaran baru.

Masalahnya adalah barang banyak perlu dipindah sekali. Tu yang jadi masalah utama dan amat membebankan bagi aku.

Aku punyalah pening kepala nak cari kat mana lori angkut barang ni, tiba-tiba aku teringat tentang seorang usahawan anak muda ni yang telah membangunkan bisnes logistik dan pengangkutan. Nama syarikat beliau adalah Thelorry.

lori angkut barang

Jadi aku terus ke laman web mereka Thelorry.com dan buat tempahan online.

Yes.

Korang boleh booking secara online saja.

Kalau korang dah buntu sangat nak cari kat mana lori angkut barang ni, korang boleh guna servis dari Thelorry ni.

Servis Lori Angkut Barang Pindah Rumah

Baiklah aku nak cerita sikit lah dari segi harga, staff mereka dan sistem mereka ni macam mana. So nanti boleh la jadikan guide untuk korang samaada nak guna servis ni atau tak.

Servis Lori Angkut Barang Pindah Rumah
lori angkut barang

#1. Harga

Ok.

Di sini ada 3 saiz lori yang korang boleh pilih. Yang pertama lori saiz 1 tan, kedua lori saiz 3 tan dan ketiga saiz lori paling besar adalah 5 tan.

lori angkut barang

Masa isi borang tempahan online, aku telah pilih lori 1 tan. Lori 1 tan ni korang boleh isi muatan sehingga 1000 kg. Jadi korang anggarkan sendiri lori satu tan ni boleh muatkan semua barang dalam rumah korang atau tak. Kalau lebih kena pilih saiz lori yang lebih besar.

Kalau korang rujuk gambar di atas ni, bukan lori saja korang boleh sewa tapi juga pickup 4×4, motosikal, kereta dan van.

Dari segi harga pula, dia bukan saja bergantung pada jenis kenderaan apa yang korang nak sewa tapi juga berdasarkan jarak dia. Kalau korang nak tahu berapa rate dia berdasarkan jenis kenderaan dan jarak perjalanan, korang kena kira sendiri berdasarkan sistem yang telah ditetapkan di laman web Thelorry.

Di sini aku tak boleh nak beritahu berapa rate sebab rate dia bermacam-macam variasi. Kena isi borang tempahan dulu baru tahu berapa harga.

Jadi, kalau ikutkan pengalaman aku, lori yang aku guna adalah 1 tan dengan jarak perjalanan sejauh 58 kilometer dengan harga RM392. Harga ni termasuk juga dengan insurans sebanyak RM32 (cover up RM10,000) dan two men power.

lori angkut barang

#2. Sikap Staff

Alhamdulillah.

Aku dapat staff Thelorry yang friendly dan senang untuk bawa bincang.

Benda ni nampak remeh tapi besar impaknya. Susah kalau dapat staff yang kurang ajar dan susah nak bawa bincang. Nanti mereka ni akan bawa barang kita yang berharga tuuu…

Jadi bila aku lihat rating customer servis yang diberikan ni, staff Thelorry tak mengecewakan. Bukan aku nak bodek tapi ini juga berdasarkan pengalaman orang lain.

lori angkut barang

Jadi dari segi customer servis ni Thelorry memang “A”

#3. Sistem dan Servis Senang Berurusan

Seperti yang aku beritahu tadi, untuk tempah lori dari Thelorry ni korang hanya buat tempahan online je. Cukup senang dan mudah.

Yes. Semuanya online tak perlu nak telefon bagai kalau yang jenis malas nak cakap banyak. Siap beritahu harga lagi.

Masa isi borang tu, korang akan diberi pilihan nak pilih jenis kenderaan apa samaada lori, kereta, pickup 4×4, motor atau kereta. Lepas tu korang perlu nyatakan lokasi untuk pickup dan dropout. Dari situlah sistem mereka akan kesan secara auto berapa jarak perjalanan.

Selain tu juga korang akan diberi pilihan masa pukul berapa nak mereka datang ambil barang semua tu. Ni penting supaya korang boleh rancang masa dengan lebih lancar.

Lepas tu mereka siap offer insurans lagi di mana hanya perlu tambah RM35 je. Insurans ni cover sehingga RM10,000. Bagi yang nak pindah jauh tu aku cadangkan ambil insurans ni untuk cover korang punya barang.

Andai kata korang tak ada men power untuk angkut barang ke dalam lori, korang jangan pening-pening. Mereka juga sediakan men power tapi men power ni korang perlu tambah duit sikit la. Dan aku rasa berbaloi la untuk korang ambil servis men power sekali. Ambil sekurang-kurangnya dua orang.

Lepas aku isi siap hantar borang, keesokkan harinya pula ada staff yang menguruskan tempahan ni telefon aku tanya untuk sahkan pendaftaran aku ni.

lori angkut barang

Ini bermaksud mereka sentiasa followup client mereka dari awal sampai akhir.

Sebelum penutup di sini aku nak berikan beberapa perkara yang korang perlu buat semasa nak pindah barang rumah.

  1. Buat tempahan servis angkut barang sekurang-kurangnya dua hari sebelum barang diangkut.
  2. Wrap atau balut barang yang mudah pecah supaya tidak mudah pecah, berterabut dan mengelakkan kekotoran.
  3. Kumpul siap-siap barang mana yang perlu bawa angkut lori atau tak. Pastikan barang yang betul-betul berharga kita sendiri yang bawa seperti barang kemas, laptop dan lain-lain.
  4. Jangan beri orang upahan untuk simpan barang kita. Naya nanti takut tak jumpa kat mana barang. Sebaiknya kita sendir yang kemas.
  5. Pastikan korang datang tepat pada masa supaya driver tidak menunggu korang.

Itulah serba sedikit pengalaman yang boleh aku beritahu dan ceritakan pada korang tentang menggunakan servis lori angkut barang dari pihak Thelorry ni.

Jadi lepas ni, kalau sesiapa nak pindah barang tu janganlah pening kepala nak cari lori.

Guna je servis dari pihak Thelorry ni.

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

2 thoughts on “Pengalaman Guna Thelorry | Lori Angkut Barang Pindah Rumah”

Leave a Comment

Scroll to Top