Sambutan Hari Merdeka 2020 | Terengganu Drawbridge

Hari merdeka adalah hari yang amat bermakna bagi sesebuah negara yang meraikannya dan hari untuk kita kenang jasa pejuang nenek moyang kita yang terdahulu demi mempertahankan tanah air kita.

Kita tak perlu tengok jauh. Cukup kita lihat negara kita je. Bila tiba je 31 Ogos semua rakyat di Malaysia tak kira kaum akan meraikannya secara besar-besaran. Ini menandakan hari kemerdekaan cukup bermakna bagi kita semua.

Korang tahu ke apa tema merdeka kita tahun 2020 ni? Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita mestilah ambil tahu dan cakna tema kemerdekaan kita setiap tahun kerana tema ini melambangkan keadaan Malaysia kita sekarang.

Bagi yang belum tahu, tema merdeka bagi tahun 2020 ni adalah “Malaysia Prihatin”. Ia juga didatangkan bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

hari merdeka

Ok hari ni aku nak ceritakan sikitlah pengalaman aku sambut hari merdeka 2020 ni.

Tahun 2020 ni, aku sambut hari merdeka di jambatan angkat Kuala Terengganu dan ini adalah kali pertama jambatan angkat di Kuala Terengganu ni adakan sambutan hari Merdeka.

Jadi aku tak lepaskan peluang ni untuk sama-sama meraikan hari merdeka bagi yang ke-63 ni walaupun masih lagi dalam musim PKPP. Nama je musim PKPP. Tapi SOP semua kelaut masa tu. Walaupun polis ada kat situ, polis pun tak boleh nak buat apa sebab memang ramai sangat orang.

So, apa yang menarik sambutan merdeka di jambatan angkat Kuala Terengganu ni pada tahun 2020 ni?

Pada tahun ni pihak pengurusan jambatan angkat ni telah mempelawa pihak Maritim Malaysia untuk adakan pertunjukkan aset dari pihak maritim yang digunakan untuk operasi dan juga demonstrasi kapal ditawan oleh lanun.

hari merdeka

Masa aku sampai tu lebih kurang pukul 8 pagi, sudah penuh orang di sekitar jambatan angkat walaupun pertunjukkan tu pada pukul 10.30 pagi. Nampak tak semangatnya orang kita nak sambut merdeka ni.

Nasib baik aku datang awal sebab kalau datang lewat memang kena parking jauh la.

Tapi aku sedikit kecewa la sebab aku tak duduk kat port strategik untuk ambil video ni. Aku hanya sempat ambil video pertunjukkan aset dari pihak Maritim je. Pertunjukkan demo kena tawan dengan lanun tu aku tak boleh nak ambil sebab sesak sangat dengan ramai.

Ok tu je la cerita aku yang tak seberapa ni pasal sambutan hari merdeka pada tahun 2020 ni.

Kalau korang nak tengok video pertunjukkan tu, boleh la usha video aku di bawah ni dan jangan lupa untuk subscribe sekali channel YouTube aku ok? 🙂

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top