Ramai ke tercari-cari cara guna Paypal untuk Malaysia ni? Jangan risau. Walaupun panduan ni diterangkan secara lengkap dan premium tapi semuanya saya akan buatkan percuma untuk korang cara nak gunakan Paypal ni dari A-Z.
Andaikata dalam panduan lengkap yang saya buat ni tak ada apa yang korang nak mengenai PayPal, boleh hubungi saya untuk request saya buatkan tutorial atau tinggalkan soalan di ruangan komen di bawah.
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut tutorial dan cara guna Paypal ni, di sini saya nak intro sikit pada korang supaya korang sedar kepentingan Paypal buat masa sekarang ni.
Apa Itu PayPal
Paypal adalah sebuah perkhidmatan untuk menghantar atau menerima duit secara pantas dari seluruh dunia.
Asalkan ada talian internet, kita boleh buat transaksi di mana-mana saja kita nak.
Sejarah Ringkas PayPal
Secara ringkasnya Paypal ni telah ditubuhkan pada tahun 1998 lagi tapi pada masa tu Paypal tak dibuka secara rasmi lagi oleh orang awam.
Pada tahun 2002 barulah Paypal ni dibuka oleh orang awam untuk buat transaksi yang selamat secara atas talian.
Kalau nak tahu sejarah lanjut tentang Paypal ni, boleh la baca artikel saya sebelum ni Apa itu Paypal.
Kelebihan dan Keburukkan PayPal
Setiap benda tidak perfect. Masing-masing ada kelebihan dan keburukkan tersendiri. Begitu juga dengan Paypal.
Jadi di sini saya senaraikan kelebihan dan keburukkan paypal.
#1. Kelebihan
Pembayaran boleh dilakukan secara pantas di mana saja.
Transfer duit kepada ahli keluarga atau kawan ke luar negara dengan mudah.
Paypal melindungi pembeli dari kena scam dalam tempoh dan syarat-syarat tertentu.
Pembayaran Paypal tidak perlu mendedahkan sebarang info bank termasuk nombor akaun. Hanya perlu berikan alamat email yang berdaftar dengan Paypal saja untuk proses transfer duit.
#2. Keburukkan
Paypal sering digunakan penjenayah scammer untuk memperdayakan mangsa.
Pemberian email palsu menyebabkan duit akan dimasukkan pada orang lain.
Yuran transaksi yang agak tinggi. Yuran saya akan jelaskan di bawah ni.
Seller terpaksa menunggu selama 21 hari sebelum duit dicairkan dalam Paypal. Tujuan tersebut untuk melindungi buyer dari ditipu.
Caj PayPal
Setiap negara mempunyai yuran yang berbeza-beza ditetapkan oleh pihak Paypal.
Yuran Withdrawal – Percuma (400MYR or atau lebih), 3 MYR (kurang daripada 400 MYR) (+ Currency conversion fee 2.5%)
Tukar matawang dalam baki akaun Paypal – 2.5%
Cara Guna Paypal – Panduan Lengkap Paypal Malaysia
Di bawah ni saya sediakan panduan Paypal secara langkap untuk korang ikut.
Jika tiada tutorial Paypal yang korang nak tengok, boleh hubungi saya untuk tambah tutorial di sini secara percuma.
Nota: Dalam tutorial ni saya hanya tunjukkan tutorial melalui komputer atau laptop saja sebab ia banyak kelebihan berbanding jika menggunakan Smartphone. Jadi pastikan korang pun guna Komputer/Laptop sahaja.
Peringatan: Tutorial paypal yang saya tunjukkan ni adalah Paypal jenis personal akaun. Ia agak berbeza sedikit dengan Bisnes akaun. Jadi jika korang guna Paypal akaun bisnes, jangan pelik kalau ada bahagian yang tidak sama dalam tutorial ini.
#1. Cara Daftar PayPal
Berikut adalah cara untuk daftar akaun Paypal Malaysia.
Korang akan diberikan dua pilihan samaada nak buka akaun Personal atau akaun Bisnes. Kedua-dua sama fungsi cuma jika korang nak menjual sila pilih jenis akaun bisnes. Tapi dalam tutorial ni saya nak tunjukkan membuka akaun Paypal jenis personal akaun saja. So, korang klik pada akaun jenis Personal account.
Kemudian pilih I’m an… (Both of the above)
Masukkan nombor telefon yang betul, sah dan aktif sahaja dan klik next.
Nanti akan sampai satu code melalui telefon yang kita daftar tadi untuk pengesahan nombor telefon.
Kemudian masukkan masukkan info login lengkap seperti nama, email dan juga password.
Akhir sekali klik pada butang Agree and Creat Account untuk lengkapkan proses pendaftaran.
Siap!
Sila tengok cara daftar Paypal untuk tutorial penuh atau boleh tengok video di bawah.
#2. Cara Login Paypal
Lepas dah siap daftar, kita login ke dalam akaun Paypal kita.
Jika nak tengok dalam bentuk tutorial boleh lihat video di bawah.
#4. Cara Linkkan Akaun Bank Dengan PayPal
Tujuan kita linkkan akaun bank dengan Paypal adalah untuk kita withdraw duit yang ada dalam akaun Paypal direct ke akaun bank yang kita linkkan dengan Paypal.
Jadi macam mana nak linkkkan akaun bank dengan Paypal?
Seterusnya masukkan info bank kita di sini seperti nama bank, MEPS bank routing code, Account number dan klik pada butang Link Your Bank.
Siap.
Nanti nak withdraw duit ke akaun bank senang.
Boleh tengok juga tutorial dalam bentuk video di bawah.
#5. Cara Bayar Guna PayPal
Masih ramai yang tidak tahu cara bayar guna Paypal.
Baik.
Mungkin korang ada dua situasi di mana korang nak beli barang kena bayar direct melalui akaun Paypal dan juga butang pay melalui paypal sudah ada di website tersebut.
Kemudian tengok pada bahagian email, di sini korang boleh edit ataupun tambah email baru.
Untuk edit primary email sedia ada, korang kena tambah dulu sekurang-kurangnya satu email baru kemudian barulah boleh ubah email asal ataupun boleh delete.
#7. Cara Terima Duit Dari Orang Lain Melalui PayPal
Macam mana kita nak terima duit daripada orang lain?
Senang je cara kita nak seseorang transfer duit ke dalam akaun Paypal kita.
Kita hanya perlu berikan mereka email yang kita daftar dengan Paypal.
Email tersebut ibarat nombor akaun bank kita.
Selain tu juga, kita boleh request pembayaran daripada orang tersebut.
Nanti orang tersebut akan terima request samaada di email atau di akaun Paypal mereka.
Meraka akan bayar secara direct melalui request tersebut.
Siap!
#8. Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke Akaun Bank
Duit yang ada dalam akaun Paypal boleh dikeluarkan sejak tahun 2009 lagi.
Jadi jika duit terkumpul dalam akaun Paypal tu cepat-cepat keluarkan sebab duit dalam akaun Paypal tidak boleh “berkembang”.
Ini cara keluarkan duit dari akaun Paypal ke akaun bank tempatan.
Login ke dalam akaun Paypal.
Pada bahagian menu klik pada Wallet.
Kemudian klik pada transfer funds.
Di sini dia ada dua pilihan samaada kita nak Funds out (keluarkan duit ke akaun bank) atau Funds in (masukkan duit dalam akaun Paypal). Sebab kita nak keluarkan duit ke dalam akaun bank, kita klik pada Funds out.
Kemudian pilih bank yang telah kita linkkan dalam akaun Paypal sebelum ni. Jika belum, sila lihat tutorial cara nak linkkan akaun bank dalam akaun Paypal.
Kemudian klik pada butang Next.
Siap!
#9. Cara Ubah Password Akaun Paypal
Sentiasa ubah password akaun Paypal adalah satu rutin yang bagus untuk mengekalkan keselamatan akaun Paypal kita.
Jadi macam mana nak ubah password akaun Paypal?
Ikut cara di bawah.
Login ke dalam akaun Paypal.
Klik tanda icon gear atau settings dan klik pada sub menu Security.
Pada bahagian Password, klik pada link Update untuk ubah password yang terbaru.
#10. Cara Remove Kad Debit/Kredit Dalam Akaun PayPal
Macam mana nak buang kad debit atau kad kredit yang telah kita linkkan dengan akaun Paypal?
Masukkan email yang kita daftar dengan Paypal dan klik pada butang Next.
Siap.
Itu saja.
Nanti mereka hantarkan arahan dalam email cara nak reset semula password Paypal.
Ikut saja arahan tersebut sehingga berjaya reset password.
#12. Cara Buat Refund/Dispute
Dalam video di bawah ni saya buat refund dari akaun Paypal jenis bisnes.
Tapi konsep yang ditunjukkan sama saja dengan cara buat refund atau dispute dari akaun Paypal jenis Personal.
#13. Cara Ubah Nama Dalam Akaun Paypal
Menggunakan nama yang betul adalah diwajibkan dalam akaun Paypal untuk tidak mengundang masalah pada kemudian hari terutama semasa proses pengeluaran duit dari Paypal ke akaun bank tempatan.
Pilihan nama yang terbaik adalah ikut sama dalam IC.
Untuk yang melayu, mungkin semasa proses daftar korang letak nama ringkas seperti Syafiq Rahim, Hazim Hamdan sebagaianya.
Tapi menggunakan nama tersebut boleh merumitkan keadaan jika sesuatu masalah berlaku.
Untuk tukar ikut tutorial di bawah.
Login ke dalam akaun Paypal.
Pergi ke setting iaitu dengan cara klik pada icon gear di sebelah atas kanan.
Pada bahagian nama, ia ada link Change name. Klik pada link Change name tersebut.
Di sini dia ada bagi tiga pilihan cara untuk ubah nama.
Pilih yang mana rasa sesuai dan ikut arahan sehingga selesai. Saya anggap korang Melayu. Kalau melayu pilih “Update your name” dan kita perlu upload gambar depan belakang IC sebab tukar nama akan dibuat secara manual oleh support Paypal demi keselamatan.
Siap!
#14. Cara Tambah Duit Dalam PayPal
Macam mana pula nak tambah duit dalam akaun Paypal?
Sebelum saya teruskan tutorial cara nak tambah duit dalam akaun Paypal, cuba tanya dulu kenapa korang nak tambah duit dalam akaun Paypal?
Sebenarnya tak perlu pun nak tambah duit dalam Paypal jika korang dah linkkan kad debit/kredit dalam akaun Paypal.
Jika korang nak buat pembelian atau pembayaran ia akan ditolak terus ke dalam akaun bank kad tadi.
Tapi, jika korang masih nak tambah duit dalam akaun Paypal atas sebab tertentu, boleh ikuti tutorial ini tapi tutorial ni hanya boleh digunakan orang yang ada akaun bank RHB.
Kemudian, lihat pada menu sebelah kiri dan klik Fund Transfer » Send Money via PayPal
Klik Open Transfer.
Seterusnya masukkan nama, nombor telefon dan email Paypal kita.
Pilih matawang samaada USD atau MYR.
Masukkan description untuk mudah kita rujuk dikemudian hari.
Tandakan tick pada terma dan syarat tanda setuju.
Akhir sekali tekan butang preview untuk tambahkan duit dalam akaun PayPal kita.
Siap!
Soalan Lazim Mengenai PayPal
Berikut adalah soalan lazim yang sering menjadi pertanyaan tentang Paypal.
Apa perbezaan antara akaun personal dan akaun bisnes?
Secara ringkas kedua-dua boleh terima duit dan buat pembayaran. Cuma akaun bisnes akan disediakan untuk create invois dan beberapa kemudahan lain untuk seller. Jadi tentukan sendiri masa daftar Paypal samaada nak menjual atau sebaliknya.
Apa nombor akaun Paypal?
Paypal tidak menggunakan nombor akaun seperti bank untuk terima duit. Dalam Paypal email yang kita daftar dengan Paypal tersebut dikira sebagai nombor akaun kita.
Jadi jika ada orang ingin transfer duit kepada kita, kita boleh bagi alamat email Paypal kita pada mereka.
Berapa jumlah minimum boleh transfer dari Paypal ke akaun bank?
Jumlah minimum adalah USD1 atau bersamaan dengan RM4.50 untuk keluarkan duit ke dalam akaun bank.
Macam mana cara nak batalkan transaksi di Paypal?
Di Paypal kita tak boleh nak batalkan transaksi begitu saja walaupun ada masalah.
Kenapa Paypal hold duit dalam akaun? Mungkin korang ada masalah ni bila pertama kali mendaftar akaun Paypal. Mesti gelabah kan? Duit dah masuk dalam akaun Paypal tapi kena hold oleh pihak Paypal. Terus korang kata Paypal ni scam.
Sebenarnya Paypal ni tak scam. Cuma korang kurang pengetahuan dalam selok belok dan sistem Paypal ni.
Mesti ada sebab mereka buat macam tu.
Salah satunya adalah mereka nak jadikan Paypal ni sebuah servis transaksi online yang paling selamat di dunia ni.
Jadi, dalam artikel ni saya akan berikan beberapa sebab kenapa pihak Paypal nak hold korang punya duit dalam tu lama-lama.
5 Sebab Kenapa PayPal Hold Duit Dalam Akaun
Berikut lima senarai yang di kenalpasti kenapa Paypal hold duit kita dalam akaun?
#1. Akaun baru daftar
Biasanya akaun yang baru daftar dan terus terima duit, pihak PayPal akan hold terlebih dahulu duit tersebut lebih dari jangka masa normal iaitu selama 21 hari. Ini kerana Paypal ingin melihat kreadibiliti akaun kita samaada kita terima duit dengan baik atau banyak terima complain.
Jika kita dah ada rekod transaksi yang baik, status akaun Paypal kita akan berubah.
#2. Tiada transaksi dalam tempoh yang lama
Ia sama juga dengan akaun yang baru dibuka. Jika kita tidak terima transaksi dalam tempoh yang agak lama, Paypal akan hold terlebih dahulu jika baru terima semula duit dalam akaun Paypal.
Korang kena bina semula kreadibiliti iaitu dengan mempunyai rekod transaksi yang baik dan tiada complain daripada orang yang menghantar wang.
#3. Banyak Terima Complain, refund dan dispute
Salah satu kenapa duit korang kena hold lama-lama sebab mungkin terima banyak complain atau banyak request refund dari buyer sebelum ni.
Mengikut Paypal, jalan terbaik adalah cuba selesaikan masalah refund dan dispute ni tanpa campur tangan dari pihak Paypal iaitu Paypal yang kena pulangkan duit tu semula kepada buyer. Bukan dari tindakkan korang sendiri.
Jika pihak Paypal yang campur tangan, mugkin akaun Paypal korang dalam keadaan bahaya.
Untuk mengurangkan request refund, kita perlu pastikan memberikan penerangan yang baik tentang barang tersebut, jelaskan kos penghantaran jika ada, kondisi barang samaada baru atau second hand dan return policy.
#4. Urusniaga yang meragukan
Paypal akan flag atau sekat akaun yang membuat aktiviti urusniaga yang meragukan.Sebagai contoh hari ni korang dapat jualan sangat tinggi. Kemudian keesokkan harinya jualan korang sangat sikit.
Jika benda ni berulang-ulang, Paypal kesan jual beli macam ni, akaun korang dalam pemerhatian.
#5. Menjual barang berisiko
Dengan menggunakan Paypal, korang tak boleh buat jual beli barang yang meragukan.
Apa contoh barang yang meragukan?
Contoh barang yang meragukan adalah seperti tiket, gift card, kod koupon dan juga travel package. Tapi, benda ni korang boleh kurangkan risiko dengan;
Print label shipping terus dari Paypal
Jika print label shipping dari luar, pastikan upload atau tambah info tracking penghantaran seperti nombor tracking, jadi Paypal boleh kesan pakej penghantaran dan dihantar dan selamat diterima.
Notify atau beritahu buyer melalui note di Paypal untuk sahkan pesanan jika barang sudah sampai.
Cara Atasi Paypal Hold Duit
Jangan risau kalau pihak Paypal hold duit korang lama-lama sebab ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk mempercepatkan duit tersebut untuk dilepaskan secara penuh.
Jika barang ataupun item yang kita hantar dah selamat sampai pada buyer, kita suruh yang hantar duit pada kita tu sahkan. Bila sahkan dengan segera duit tu akan di unhold.
Akaun baru? Maaf, akaun baru nak tak nak kena tunggu akaun matang dulu. Akaun baru Paypal memang akan hold terlebih dahulu sehingga ada transaksi yang lancar dalam Paypal kita.
Jika ada nombor tracking, upload nombor tracking dalam Paypal. Jadi paypal boleh trace barang tu ada di mana sekarang.
Buat masa ni, tu saja dulu tips yang ada. Jika ada lagi, saya akan update di sini.
Penutup
Dalam artikel ini, saya dah beritahu dan terangkan secara detail lima sebab kenapa duit dalam akaun Paypal korang kena hold dalam tempoh masa yang agak lama.
Jadi, terjawablah sudah persoalan yang bermain di fikiran korang kenapa duit kena hold lama sangat dalam akaun Paypal.
Paypal buat semua ni sebab nak jaga integriti mereka dan menjadi tempat transaksi secara online paling selamat.
Macam mana ya cara masukkan duit dalam akaun Paypal? Saya juga tak pasti kenapa zaman sekarang ni korang still tercari-cari kenapa nak masukkan duit dalam akaun PayPal sedangkan Paypal dah banyak berubah untuk memudahkan kita menggunakan servis Paypal.
Sebenarnya korang dah tak perlu lagi nak masukkan duit dalam akaun Paypal secara manual.
Jika korang nak transfer duit atau nak beli barang ke luar negara, tak perlu pun ada baki dalam akaun Paypal. Yang penting baki perlu ada dalam kad debit yang telah kita linkkan dalam akaun Paypal sebab bila kita membeli sesuatu ia akan direct sedut dari kad debit ataupun kad kredit kita.
Tapi di sini saya andaikan korang tak ada kad debit dan masih nak topup duit dalam akaun Paypal.
Baiklah.
Di sini saya akan tunjukkan tutorial macam mana cara masukkan duit dalam akaun Paypal.
Jom kita mulakan tutorial ini.
Cara Masukkan Duit Dalam Akaun Paypal
Untuk masukkan duit dalam akaun paypal melalui bank, hanya satu bank saja yang membenarkannya iaitu RHB bank.
Bank yang lain tak boleh nak topup secara direct melalui akaun PayPal.
Sebelum mulakan tutorial ni, saya dah anggap korang semua dah ada akaun RHB bank online.
Langkah 3 Seterusnya, lihat pada menu sebelah kiri Fund Transfer » Send Money via PayPal
Langkah 4 Kemudian klik pada Open Transfer.
Langkah 4 Di sini kita perlu masukkan nama, nombor telefon dan juga email penerima untuk kita transfer duit kepada siapa kita nak transfer duit tersebut.
Jika dalam akaun Paypal diri kita sendiri, masukkan email untuk akaun PayPal kita.
Sekarang kita sudah berjaya tambahkan duit dalam akaun Paypal kita ataupun boleh juga guna cara ni untuk transfer direct ke akaun Paypal orang lain.
Untuk pengetahuan korang, nanti pihak RHB bank akan mengenakan sedikit caj transaksi.
Alternatif Lain
Seperti yang saya ceritakan sebelum ni, tak perlu pun sebenarnya untuk kita tambah duit dalam akaun Paypal.
Cukup sekadar kita ada kad debit dan linkkan dalam akaun Paypal.
Kemudian, kita boleh terus buat pembayaran atau pembelian dari luar negara direct melalui Paypal sebab mereka akan tarik secara auto dari kad debit yang kita linkkan dengan akaun Paypal.
Soalan Lazim Tambah Duit Dalam Akaun PayPal Menggunakan RHB Bank (FAQ)
Selain RHB bank, bank apa lagi boleh topup duit dalam akaun Paypal?
Buat masa sekarang ni, di Malaysia hanya RHB bank saja yang membenarkan tambah atau topup duit dalam akaun Paypal.
Macam mana nak batalkan transaksi jika tersalah masukkan email?
Jika transfer melalui RHB bank, tiada pembatalan dan tak boleh request refund melalui RHB bank. Apa yang boleh korang buat adalah cuba contact pihak PayPal dan buat refund. Jika ada rezeki, duit tu akan direfund semula.
Berapakah limit transaksi dibenarkan?
Limit transaksi yang dibenarkan adalah sebanyak RM3000
Berapa lama masa untuk terima dalam akaun PayPal?
Setelah transaksia dari RHB ke akaun Paypal, korang akan dapat melihat jumlah tersebut dengan segera dalam akaun Paypal.
Apakah waktu operasi untuk servis ini?
Untuk tambah duit dalam akaun Paypal menggunakan RHB Bank, ianya tiada limit
Penutup
Dalam tutorial ni saya tunjukkan cara macam mana nak tambah duit atau masukkan duit dalam akaun Paypal kita ataupun orang lain dengan menggunakan bank.
Saya sarankan guna cara ni untuk mereka yang tiada kad debit. Jika ada kad debit, linkkan dengan akaun Paypal kerana ianya lagi mudah dan cepat.
Macam mana cara bayar guna Paypal? Sekarang ni apa-apa saja barang yang kita nak beli di website luar negara, majoritinya menggunakan Paypal. Memang rugilah siapa yang tak tahu cara nak bayar guna Paypal ni. Sampai bila nak mengharapkan orang lain buat bayaran kan?
Sebelum ni saya dah ceritakan apa itu Paypal bagi sesiapa yang belum kenal.
Kita jangan pertikai Paypal ni selamat ke kalau kita nak buat bayaran ataupun pembelian.
Saya dah banyak pengalaman menggunakan Paypal dan apa yang boleh saya katakan ia adalah kaedah paling selamat setakat ni.
Konsep Pembayaran PayPal
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut macam mana cara nak buat bayaran di PayPal ni, di sini saya nak ceritakan dulu konsep pembayarannya ni supaya korang tahu betapa selamatnya Paypal ni untuk kita gunakan.
Konsep pembayaran di Paypal ni adalah Pay, Hold and Release.
Ok macam ni maksudnya.
Bila kita transfer duit pada seseorang (seller) dengan menggunakan Paypal, pihak Paypal akan hold dulu duit kita tu dalam akaun seller selama 21 hari.
Maksudnya jika ada masalah pada barang tersebut dalam tempoh 21 hari kita boleh tuntut dan boleh dapatkan duit semula.
Lepas dah 21 hari, barulah pihak Paypal akan lepaskan duit tersebut pada seller dan seller boleh buat keluarkan ke akaun bank mereka.
Walaubagaimana pun, jika dah lebih 21 hari pun, kita masih boleh buat dispute sehingga tempoh 3 bulan lamanya.
Jadi, jika ada apa-apa masalah terhadap barang atau servis yang kita order, kita akan dapat semula duit tersebut.
Tips selamat: Jangan sesekali buat pembayaran dengan menggunakan kaedah Family and Friends di Paypal sebab kaedah tersebut dikira sebagai donation yang mana korang takkan dapat semula wang tersebut jika terkena scam.
Cara Bayar Guna PayPal
Jadi, macam mana kita nak gunakan Paypal untuk tujuan pembayaran?
Ikut tutorial di bawah.
Dalam tutorial di bawah ni saya nak tunjukkan macam mana kita nak buat pembayaran direct dari akaun Paypal.
Langkah 2 Kemudian lihat menu di atas dan klik pada Send & Request.
Langkah 3 Kemudian di sini dia ada empat pilihan iaitu;
Send
Request
Contacts
More
Untuk kita hantar duit ataupun buat pembayaran, kita pilih Send. Jika kita nak terima duit dari seseorang, kita klik Request.
Jadi, disebabkan tutorial ni fokus pada pembayaran saja, so kita klik pada bahagian Send.
Kemudian pada Send payment to, kita masukkan email untuk kita masukkan duit.
Mesti korang pelik kenapa tak guna nombor akaun Paypal?
Untuk pengetahuan korang, nombor akaun Paypal adalah email yang kita gunakan masa daftar untuk Paypal. Jadi, kalau ada orang nak bayar kita guna Paypal, kita just bagi mereka email yang kita daftar Paypal tersebut.
Nota: Nombor akaun Paypal adalah email yang kita gunakan masa daftar akaun Paypal.
Langkah 4 Seterusnya nanti korang akan lihat seperti gambar di bawah.
Nombor 1: Masukkan jumlah berapa yang korang nak transfer.
Nombor 2: Pilih matawang yang korang nak transfer di sini. Sebagai contoh di atas saya pilih MYR iaitu Ringgit Malaysia.
Nombor 3: Boleh tulis note atau spesial untuk dibaca oleh seller atau penerima duit tersebut.
Nombor 4: Lepas dah siap semua, klik pada butang Continue untuk teruskan pembayaran.
#2. Cara Bayar Menggunakan Applikasi Paypal
[akan diupdate]
Soalan Lazim Mengenai Pembayaran Melalui PayPal
Apakah nombor akaun Paypal?
Nombor akaun Paypal adalah email yang digunakan semasa membuat pendaftaran email
Selamat ke bayar melalui Paypal ni?
Ya. Bayar apa-apa saja melalui akaun Paypal adalah selamat. Jika kita kena tipu atau kena scam, kita akan dapat balik duit tersebut dalam tempoh masa yang tertentu.
Boleh ke bayar melalui Paypal tanpa ada duit dalam akaun Paypal?
Ya. Korang boleh buat pembayaran atau pembelian melalui Paypal tanpa ada duit di dalamnya. Tapi kita kena linkkan terlebih dahulu dengan kad debit atau kad kredit. Nanti duit yang kita buat pembayaran akan ditolak secara direct melalui kad yang telah kita linkkan dengan akaun Paypal.
Macam mana nak buat jika pembayaran melalui Paypal decline?
Pertama sekali semak dulu samaada kita dah linkkan dengan kad debit atau belum. Kedua pastikan duit dalam akaun Paypal ataupun kad debit/kredit yang telah kita linkkan dengan akaun Paypal ada duit. Ketiga pastikan juga kad kita tersebut masih aktif. Keempat, jika masih ada masalah, sila hubungi pihak bank anda yang bermasalah tersebut. Cakap dengan support bahagian kredit/debit
Penutup
Jadi, dalam tutorial ni korang dah belajar cara macam mana nak guna Paypal untuk pembayaran.
Jika ada yang tak faham, boleh tinggalkan komen di bawah ni.
Macam mana cara daftar akaun paypal dari awal sampai akhir sehingga boleh buat pembelian? Dalam artikel sebelum ni saya dah ceritakan apa itu Paypal, macam mana konsep transaksi Paypal, pengenalan Paypal ni dan sebagainya.
Nanti korang baca dulu ya apa itu PayPal supaya korang nampak dengan lebih jelas lagi tujuan kita membuka akaun PayPal ni.
Bila kita dah kenal apa itu Paypal, apa kata kita buka satu akaun Paypal untuk memudahkan urusan korang di kemudian hari jika nak buat pembayaran atau menerima bayaran apa-apa dari luar negara.
Jadi dalam artikel ni saya akan tunjukkan cara lengkap langkah demi langkah macam mana nak daftar akaun PayPal ni.
Cara Daftar Akaun PayPal Dengan Lengkap
Sebelum mulakan tutorial ni, saya sangat sarankan kepada korang untuk guna laptop atau desktop saja sebab bila guna smartfon ni kemungkinan banyak kesilapan akan berlaku.
Untuk buat pendaftaran Paypal, ikut tutorial di bawah ni.
Langkah 2 Kemudian klik pada butang Signup atau Daftar.
Langkah 3 Kemudian korang akan lihat dua pilihan akaun yang perlu dipilih iaitu Personal Account atau Business Account.
Sebenarnya personal akaun dan juga bisnes akaun tiada beza yang ketara. Kedua-dua korang boleh terima wang dan juga hantar wang tanpa masalah.
So, dalam tutorial ni kita akan pilih Personal Account.
Lepas dah pilih personal akaun, klik pada butang Next.
Langkah 4 Kemudian di sini pilih je kenapa nak buka akaun Paypal. Untuk apa? Tapi saya sarankan untuk pilih Both of the Above.
Kemudian klik Next.
Langkah 5 Masukkan nombor telefon yang aktif di sini dan klik pada butang Next.
Nanti akan ada satu kod sampai melalui SMS di telefon kita. Nanti semak nombor kod tersebut dan masukkan dalam ruangan yang telah disediakan.
Tujuan nombor telefon ni adalah untuk mengesahkan bahawa kita pemilik nombor telefon tersebut dan ianya bukan nombor telefon yang palsu.
Langkah 6 Seterusnya, masukkan email, nama dan juga password di sini.
Untuk email address, saya sarankan untuk gunakan email gmail sahaja sebab banyak kelebihan email gmail berbanding email lain seperti Yahooo, AOL dan sebagainya.
Untuk password pula, saya sarankan untuk gunakan Password Generator untuk hasilkan password yang lebih selamat.
Klik pada butang Next.
Langkah 7 Nanti korang masukkan semua maklumat peribadi yang diminta di sini seperti kerakyatan, ID, alamat rumah, tarikh lahir dan sebagainya.
Lepas siap isi, scroll ke bawah sikit korang akan nampak ni.
Tandakan semua tick tanda korang bersetuju dengan terma dan syarat mereka dan klik pada butang Agree and Create Account.
Siap!
Sekarang dah boleh login dan gunakan akaun PayPal samaada untuk hantar duit atau terima duit.
Dalam video di bawah ni saya sediakan satu video tutorial cara macam mana nak daftar akaun PayPal jika korang kurang faham dalam tutorial bertulis ni.
Cara Login Akaun PayPal
Sebentar tadi kita dah berjaya create akaun PayPal kita sendiri.
Sekarang ni macam mana pula untuk kita login.
Walaupun benda ni basic tapi masih ramai yang tidak tahu.
Caranya senang je.
Langkah 1 Pergi ke laman web Paypal.com atau boleh juga download applikasi mereka samaada di App Store atau di Play Store.
Langkah 2 Klik pada butang atau link Login.
Langkah 3 Masukkan Email dan juga password semasa kita buat pendaftaran sebentar tadi dan klik pada butang login.
Siap.
Sekarang kita dah pun berjaya log masuk ke dalam akaun Paypal kita.
Cara Linkkan Kad Debit dan Akaun Bank Dalam PayPal
Walaupun pendaftaran PayPal dah siap, kita perlu setting beberapa bahagian terlebih dahulu supaya akaun PayPal kita boleh digunakan sepenuhnya.
Sebelum kita lihat tutorial linkkan kad debit dalam akaun Paypal, mari kita tengok kenapa perlu linkkan kad.
Boleh buat pembayaran terus tanpa ada duit dalam akaun PayPal. Nanti PayPal akan tolak duit dalam kad debit yang telah kita linkkan.
Untuk pengesahan akaun PayPal.
Link akaun bank untuk urusan pengeluaran duit jika ada dalam akaun PayPal.
Cara nak linkkan kad debit/kredit dalam akaun PayPal, ikut tutorial di bawah.
Langkah 1 Login ke dalam akaun PayPal.
Langkah 2 Lihat pada menu atas dan klik pada Wallet.
Kemudian korang akan lihat seperti gambar di bawah.
Klik pada link a card or bank kemudian dia akan keluar popout seperti gambar di bawah pula.
Langkah 3 Nanti korang masukkan info samaada info kad kredit ataupun info akaun bank.
Info kad yang diperlukan
Info bank yang diperlukan
Di sini kita pilih nak link dengan kad debit/kredit atau dengan akaun bank kita.
Saya sarankan untukk orang buat kedua-duanya.
Lepas dah siap kita linkkan kad debit/kredit dan juga akaun bank dalam akaun PayPal kita, maka lengkaplah untuk kita mula guna Paypal.
Soalan Lazim Semasa Pendaftaran PayPal
Apa itu MEPS Bank Routing Code?
MEPS bank routing code ni adalah code bagi setiap bank. Untuk lihat senarai penuh code tersebut, boleh lihat pada posting Routing Code atau Swift Code.
Boleh ke kita daftar banyak akaun PayPal?
Ya boleh dan tak jadi masalah. Cuma untuk linkkan kad debit/kredit hanya boleh satu akaun PayPal saja dalam satu-satu masa. Untuk linkkan akaun bank tak jadi masalah.
Apa beza Personal Account dengan Business Account?
Secara asasnya tiada beza yang ketara. Semuanya boleh buat pembayaran dan juga menerima pembayaran. Untuk lebih jelas mengenai perbezaan kedua-dua jenis akaun ni, saya akan jelaskan dalam artikel yang lain. Cuma pastikan adakah korang nak buka akaun ni untuk Syarikat atau Individu saja?
Kesimpulan
Dalam artikel ni saya dah tunjukkan tutorial cara macam mana nak daftar akaun PayPal dari awal sampailah korang boleh ada akaun Paypal sendiri dengan lengkap.