Cara Pergi ke Langkawi Naik Kereta Sendiri | Kepada yang nak pergi bercuti ke Langkawi tu, aku cadangkan korang pergi dengan kereta sendiri. Walaupun banyak perkhidmatan kereta sewa di sana, naik kereta sendiri pusing-pusing Langkawi lagi best.

Ni cerita dan pengalaman aku sendiri. Aku akan berikan korang guide secara direct untuk korang pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.

Pada 26 April 2018 yang lalu, aku telah mengajak isteri aku untuk bercuti ke Langkawi selama 4 hari 3 malam. Mulanya aku tak rancang pun nak naik kereta sendiri. Masa nak cari khidmat kereta sewa di sana, tiba-tiba aku fikir apa salahnya naik kereta sendiri kan?

So bermulalah aku survey macam mana nak pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.

Cara Pergi ke Langkawi Naik Kereta Sendiri

Caranya tak susah dan budget pun aku rasa lebih rendah berbanding korang sewa kereta. Kalau sehari sewa kereta Axia katakan. Mungkin sudah dalam RM100, sehari. Kalau korang bercuti selama 4 hari sudah RM400.

Sebenarnya, naik kereta sendiri lagi murah budget. Ini caranya.

Langkah 1 Pergi ke laman website mereka, www.langkawiauto.com

Langkah 2 Lepas itu korang isi borang tempahan.

Maaf cara isi borang tempahan di sini aku tak tunjukkan sebab kadang-kadang borang tempahan mereka ni selalu je berubah bentuk.

So, korang ikut saja arahan cara isi borang tu.

Antara info dan maklumat yang mereka minta adalah

  • Tempat berlepas (Departing). So biasanya korang pilih sini Kuala Perlis Jetty – Tanjung Lembong Port.
  • Kemudian tempat korang nak balik pulang (Returning). Pilih
    Tanjung Lembong Port – Kuala Perlis Jetty.
  • CC kereta korang samaada 1000 cc atau sebagainya.
  • Geran kereta photostat depan belakang.
  • IC photostat depan belakang.

Korang isi saja borang mereka sampai kepada pembayaran. Sila review dan semak dahulu samaada korang isi tu betul atau tak terutama tarikh korang nk berlepas dan balik pulang. Kalau korang silap tarikh naya nanti. So, cek betul-betul tarikh pergi balik.

Lepas siap isi borang dan buat pembayaran, nanti korang akan terima satu email seperti gambar di atas.

Download yang ni dan print. Nanti semua dokumen ni kena serahkan semasa korang di Jeti Kuala Perlis.

Langkah 3 Pada langkah ketiga ni, korang kena emailkan, fax atau whatsapp kepada mereka geran kereta dan juga gambar IC depan belakang.

Nak senang, korang ambil gambar dengan telefon korang geran kereta dan juga gambar ic depan belakang dan hantarkan ke email enquiry@langkawiauto.com.

Itu saja.

Siap.

Jika kereta masih baru, tentu geran kereta bank yang pegang bukan? Kalau korang beli kereta bayar cash tak ada masalah. Jika yang buat pinjaman bank, pergi sahaja ke bank yang korang buat pinjaman kereta tu dan kata nak minta geran kereta sekejap untuk photoshat atau ambil gambar.

Jika pihak bank tanya nak buat apa geran kereta cakap saja nak pergi ke Langkawi naik kereta. Semua orang bank akan faham prosedure ni.

So, itu sajalah yang dapat aku kongsikan pada kali ni cara-cara nak pergi ke Langkawi naik kereta sendiri.

Kepada yang sudah buat tempahan, aku doakan perjalanan korang selamat pergi dan balik.

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.