Kisah Duit Kena Kebas Dengan Pekerja Dan Dapatkan Semula Wang

Kisah Duit Kena Kebas Dengan Pekerja Dan Dapatkan Semula Wang | Scammer pada hari ni boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana untuk menjadi scammer ni lebih mudah dengan teknologi yang ada pada masa kini. Walaupun teknologi yang berkembang pesat, tapi pemikiran sesetengah golongan terutama rakyat Malaysia, masih lagi ada yang kena scam walaupun benda tu basic kita dah tahu memang scammer.

Dalam kisah ini saya nak kongsikan cerita dari Facebook di majikan ni telah lesap duit dalam akaun bank Maybank dan dia berjaya dapatkan semula. Mungkin kisah ini boleh dijadikan ikhtibar, motivasi kepada mereka yang berputus asa untuk dapatkan semula wang lepas kena scam.

Episod 1 – Duit Kena Kebas Dengan Pekerja

LESAPPP DUIT akuu dalam maybank pagi tadi baru perasan😢😔 tinggal RM24.85 sen je kt aku

Call Maybank ✅
Report polis ✅
Pergi Maybank terdekat ✅

Ada lagi ke cawangan2 yg perlu aku pergi? Utk settle kes ni😔

Entah la, tak tahu nak kupas macam mana topik kali ni, sedih terkilan semua ada. Sedihhh. Penat kerja cari duit, hilang macam tu je.

Yang pelik, OTP / TAC tak dapat tapi duit dah selamat di account Cik Nurul Alya tu. (AKU TAKTAHU SIAPA DIA ALYA NI)

Account maybank ni mmg aku tak guna sangat, cuma untuk bayar duit kereta je tiap-tiap bulan. Memang tak ada shopping ke ape ke pakai kad ni. Sebab aku tau Ogos/September/Oktober aku bakal bercuti bersalin/pantang. Aku saving duit kereta untuk 3 bulan terus. Tak sangka. Hilangggggggg ….nangissss teruk laaa utk dugaan kali ni.

Aku memang bukan orang yang suka tekan link sana sini, and kalau dapat call scammer ke call dari siapa saja lah memang aku tak mau layan. Ponnnn kena…. padahal account peribadi ni untuk deduct duit kereta je. Tak pernah-pernah pakai untuk swipe sana sini…

Ajaib bin musykil….. aku tggu siasatan susulan…

dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang

Episod 2 – Duit Kena Kebas Dengan Pekerja

SUDAH BAGI KENYATAAN PADA PIHAK POLIS.

Tadi Pukul 11:00pagi

Selesai bagi kenyataan di IPD Taiping , dengan IO siasatan Jenayah Komersial. TQ TUAN. ✅✅

Kepada pelaku yg bernama Wan Nur Elyssa binti Mior Khalid, jadikanlah peristiwa CURI DUIT MAJIKAN ini sebagai iktibar dan pengajaran untuk masa hadapan nanti. ‼️JANGAN CURI DUIT ORG LAGI YA dik‼️.

Adik umur muda lagi, 21 tahun. Masa depan cerah lagi. Cuma tolong ambik iktibar ni.

Memang kalau pikir sakit hati, teraniaya, rasa diperbodohkan nak je dakwa supaya dia masuk ke dalam. Tapi Disebabkan simpati kepada si ibunya yg dah call sy minta tarik kes. Jadi saya close case ni. Saya ada ihsan kesian tengok ibu bapa yang tidak tahu menahu tentang perihal anaknya dan terpaksa meminta maaf bagi pihak anaknya. Hmm kesian…

Rasa sedih bila pekerja yang kita tatang bagai minyak yang penuh, bagi tanggungan makan minum masa bekerja, sanggup tikam majikan dan curi duit majikan. Pukul 9 am songlap RM2500 , pukul10 am sis belanja kau makan subway sama-sama. Takde rasa sekelumit rasa bersalah ke dik??? 😢

Esok tu kerja lagi 16/5/22 kau songlap lagi RM1400 🤕😔😔😔 rasa sedih terkenangkan semua ni. Tebal jugak muka sis hadap pegawai-pegawai yang nak selesaikan kes ni. Mula2 kau tak mengaku, akhir sekali lepas dah ada bukti baru kau mengaku. Whyyyy dikk??? Manaaa hati dan agama kau????

—————————————

Macam mana dia boleh bukak pin MAE Apps?

Soalan ni ramai yang tanya, jadi saya jawab kat sini je.

Bila bekerja sebagai Personal Assistant (PA) ni, dia akan ikut kita ke mana saja. Jadi dia mugkin sempat tengok pin number majikan dia. Jadi waktu bekerja semasa dia diberi tugas record pengantin dah nak siap, waktu tu lah dia ambil peluang untuk bukak MAE APPS dan transfer amount kepada no account kawannya. MAE APPS menggunakan Secure2u, jadi tak perlukan OTP/TAC number. Click confirm dan approve, duit settle dimasukkan.

Ingat ni dik “Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.”

Nilai Utama Dalam Etika Kerja Sebagai Ibadah adalah AMANAH.

Antara amalan amanah ialah;

1) Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

2) Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai.

3) Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa.

4) Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi.

5) Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.

6) Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Jumlah kerugian pun dah diberi kembali sebanyak RM3900 .

Ambil iktibar ye ambil iktibar. Kepada majikan diluar sana, ambil iktibar juga lah pada peristiwa mcm ni.

dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang
dapatkan semula wang

Boring ke tu? Jom kita sembang-sembang di Forum BlogFaiz. Banyak benda boleh borak. Ilmu pun dapat! Yang penting korang happy!

Penafian: Mungkin ada segelintir gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adalah bukan hak kepunyaan sendiri. Namun, saya akan berikan kredit kepada yang berhak. Jika masih timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini. Semua artikel yang diterbitkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan juga kemahiran saya sendiri.

Jangan lupa untuk Follow saya di YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter. Saya juga akan follow anda.

Leave a Comment

Scroll to Top