Pernah tengok pisau belah durian yang viral di Instagram baru-baru ni? Kalau korang kaki instagram mesti pernah tengok pisau viral ni.
Secara peribadi, saya belum pernah lagi tengok pisau yang di design macam ni. So ni adalah pertama kali tengok dengan pisau yang ketot macam ni tapi kuat dan tajam.
Memang nice la.
So, disebabkan tergoda dengan review oleh Instafamous baru-baru ni, saya pun cubalah dapatkan satu pisau belah durian di Lazada.
Dalam artikel ni saya akan buat review pisau ni dengan lebih detail supaya korang mudah buat keputusan samaada nak beli pisau ni atau tak.
Review Pisau Belah Durian Untuk Belah Durian Dengan Mudah
Sebelum ni saya rasa belum pernah lihat lagi pisau yang direka khas untuk belah buah durian ni.
Tahun 2021 ni barulah saya ternampak pisau ni dan first impression saya bila tengok yang buat pisau ni agak “wow”.
#1. Material
Seperti yang diclaim oleh kilang pembuat pisau ni, ia diperbuat daripada besi Stainless Steel. Maksud besi Stainless steel ni adalah sejenis besi yang tahan karat dan kuat.
Kalau korang tengok parang yang biasa kita beli di kedai tu, ia akan cepat berkarat jika kita tidak jaga dengan elok. Sebab tu parang yang baru dibeli akan disalut dengan minyak supaya tidak mudah berkarat.
Tapi pisau belah durian jenama Zelex ni tak perlu disapu minyak pun untuk elak karat. Hanya cuci bersih-bersih lepas guna dan keringkan. Yang ni kalau korang nak pisau ni lagi lebih lama berkhidmat la.
Kalau lepas guna terus simpan pun tak mengapa.
#2. Kegunaan
Sebelum beli saya ingatkan pisau ni boleh guna untuk belah buah durian je tapi ternyata pisau ni juga boleh digunakan untuk potong tulang keras, menyiang ikan dan sebagainya. Senang kata untuk kegunaan berat atau lasak pisau ni tak ada masalah untuk digunakan.
Perfect!
Jadi, kalau korang rujuk gambar di atas pada hujung mata pisau tu adalah tempat untuk belah durian manakala pada bahagian tengah tu untuk korang cincang tulang dan sebagainya.
#3. Berat, Tinggi, lebar dan Panjang
Berat pisau ni lebih kurang 500g je atau setengah kilogram!
Bagi saya berat macam ni sedap untuk kita pegang dan memotong sesuatu sebab daya untuk memotong akan jadi lebih ringan.
Jadi, pisau ni tak terlalu ringan dan tak terlalu berat untuk digunakan. Sesuai untuk semua.
Sekarang kita tengok pula dimensi pisau ni iaitu lebar, tinggi dan panjang.
Untuk panjang pisau ni adalah 23.5 cm dengan ukuran dari pangkal sehingga hujung pisau. Lebar pula adalah 3.3 cm sahaja. So, bagi saya lebar pisau 3.3 cm ni adalah cukup tebal dan padu.
Manakala ketinggiannya pula adalah hanya 8.2 cm sahaja.
Jadi dengan dimensi dan berat seperti ni, pisau ni sedap untuk pegang ketika kita gunakan.
#4. Design
Seperti yang saya beritahu tadi, design pisau macam ni adalah first time saya tengok. Ketot tapi kuat dan gagah.
Biasanya pisau atau golok kita akan tengok hujung tu jenis runcing.
Tapi pisau ni tak. Di jadi lurus.
Tujuannya adalah untuk lebih senang ketika belah durian nanti.
Nama pun pisau belah durian kan?
Kalau korang tengok gambar di bawah ni, hulu pisau sama panjang dengan mata pisau.
Jadi sebab tulah kalau kita nak buat kerja dengan pisau ni rasa lain dari yang lain.
Rasa keseimbangan tu memang padu.
Jika kita perhatikan pula pada hulu pisau tu, dia ada tulisan jenama bagi pisau ni iaitu Zelex. Sebenarnya tulisan tu berfungsi untuk tidak slip atau tergelincir masa kita menggunakan pisau ni.
Jadi taklah mudah terlucut atau rasa tidak kemas masa kita mencincang ikan dan sebagainya.
#5. Cara Asah Mata Pisau Zelex (Pisau Belah Durian)
Lepas dah guna pisau, kali ni kita tengok pula cara asah pisau ni bila mata dah mulai tumpul.
Cara nak asah pisau ni bukan main bedal je melainkan korang tak kisah nak beli pisau lain lepas ni.
Ada beberapa yang perlu kita buat sebelum mengasah pisau ni untuk menjaga kualiti dan juga jangka hayat penggunaan.
Sebelum asah pisau ni, pastikan batu asah atau whetstone direndam selama 5 minit dalam air untuk pastikan semua air masuk ke dalam batu asah tu. Ini akan menjadikan batu asah tidak terlalu kasar semasa mengasah pisau.
Kemudian condongkan mata pisau lebih kurang 10-15 darjah dan barulah asah.
Cara nak asah pula, masa kita nak tolak pisau ni kedepan, kita perlu berikan sedikit tekanan pada mata pisau tu pada batu asah. Masa nak tolak ke belakang pula, lepaskan mata pisau dari batu asah.
Lain-Lain Info Pisau Belah Durian Jenama Zelex
Tadi saya dah terangkan dengan lebih detail mengenai pisau belah durian ni. Sekarang ni mari kita lihat pula info tambahan yang mungkin korang nak tahu pasal pisau ni.
Pisau ni telah dikemaskan dan dipolish dengan kaedah laser. Sebab tu pisau ni nampak bersinar.
Sesuai untuk digunakan dengan semua aktiviti di dapur.
Untuk tahan lebih lama guna pelapik kayu semasa mencincang tulang.
Pisau Zelex adalah jenis 5Cr15 bermaksud jenis stainless steel yang kuat dan lasak. Jenis ni adalah paling popular dalam pembuatan pisau.
Harga pisau belah durian jenama Zelex ni adalah RM36 tidak termasuk dengan kos hantar.
Jika korang nak tengok review saya mengenai pisau belah durian ni secara video, boleh la tengok video di bawah ni atau boleh pergi ke channel YouTube blogfaiz.
Kesimpulan
Dalam artikel ni saya tunjukkan dan buat review mengenai pisau yang viral di Instagram pada musim durian tempoh hari.
Bila saya cuba dapatkan pisau jenama Zelex ni di Lazada, memang tak menyesal langsung sebab pisau ni memang padu. Nak belah durian pun jadi lebih senang. Dengan mata pisaunya yang agak tajam dan kuat seperti parang membuatkan kita rasa lebih selesa semasa membelah durian.
Ada orang kata parang kan ada nak belah durian.
Bagi saya parang tak sesuai untuk belah durian sebab parang ni dia panjang berbanding dengan pisau Zelex ni. Jadi, bila panjang kekuatan untuk kita belah durian tu akan kurang berbanding dengan saiz pisau yang pendek dan kuat.
Jika korang berminat nak dapatkan pisau belah durian jenama Zelex ni, boleh dapatkan di Lazada.
Mungkin ada antara korang belum tahu macam mana nak pantau status kesihatan anak kecil yang baru lahir kan? Sebenarnya kita boleh pantau kesihatan mereka melalui warna najis je. So di sini kita perlu belajar dan kenali warna najis anak untuk kita tahu samaada anak kita tu sihat atau tak.
Sebelum teruskan, di sini saya nak beritahu ni adalah post pertama saya mengenai ilmu parenting.
InsyaAllah.
Sejak dah ada anak sorang ni saya rasa nak tambah kategori parenting pula dalam blog ni untuk terus berkongsi dengan korang berkaitan dengan ilmu parenting.
Tapi jangan anggap saya ni pakar dalam bab menjaga anak pula. Saya bukan Sheikh Muszaphar Shukor. Saya tak pakar pun dalam bab ni tapi apa yang saya buat adalah saya rujuk pakar, saya praktik dan saya kongsikan dalam blog ni dengan korang semua.
Sama-sama kita belajar apa salah kan?
Ok sekarang kita berbalik pada topik asal iaitu macam mana nak tahu status kesihatan anak melalui bentuk dan warna najis.
Kenali Warna Najis Anak Dan Status Kesihatannya
Apa yang Allah cipta pada kita cukup hebat. Hanya melalui darah dan juga warna najis, seseorang tu boleh dikesan menghidap penyakit apa. Sebab tu setiap kali korang pergi hospital tak kira sakit apa pun doktor akan ambil darah sebab nak buat ujian ada penyakit apa.
Tapi, untuk anak kecil kita sekadar perhatikan warna najisnya sahaja pun sudah memadai samaada anak kita cirit birit, berdarah dalam perut, sembelit dan sebagainya.
So, inilah jenis-jenis najis serta status kesihatannya.
#1. Newborn Poo (Meconium)
Jangan terkejut jika lihat warna najis anak yang baru lahir berwarna hitam kehijauan. Bagi bayi yang baru lahir, benda ni adalah normal kerana ia terdiri daripada sel dinding usus, hempedu, cecair amnion dan juga mukus. Najis ni tidak berbau tapi agak payah untuk ditanggalkan.
#2. Najis Bermukus
Najis yang bermukus atau kelihatan berlendir adalah kerana sistem tubuh badan sedang melawan sesuatu penyakit. Ini berkemungkinan bayi korang mengalami alergik atau ada infection dalam badan. Apa perlu buat korang terus pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
#3. Najis Berketul
Pernah lihat najis anak yang berketul-ketul tapi dalam kuantiti yang sedikit? Tu bermakna anak korang sedang mengalami gejala sembelit. Perbanyakkan makanan yang mengandungi fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebab semua makanan jenis ni akan melembutkan najis.
#4. Najis Breastfeeding
Ni pula najis bayi yang menyusu ibu 100%. Ia akan berwarna golden yellow dan kelihatan berketul-ketul seperti susu yang basi. Ini bermaksud bayi korang normal dan tidak bermasalah.
#5. Najis Iron Fortified
Najis bayi yang diberikan makanan ber”iron” seperti sayur sawi atau supplemet iron najisnya akan berwarna kehitaman bercampur kekuningan. Ini adalah normal. Tapi, jika tidak diberikan iron dan warna najis seperti ini, sila berjumpa segera dengan doktor sebab khuatir ada masalah yang lain.
#6. Najis Cair (Cirit-birit)
Najis bayi yang cirit birit tekstur najisnya akan kelihatan terlalu cair dan biasanya dalam jumlah yang banyak. Jika keadaan berlarutan, sila berjumpa dengan doktor dengan sekadar segera sebab ciri birit boleh buatkan bayi jadi lemah.
#7. Najis Formula Milk
Jika bayi korang sudah mula minum sus formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan. Sisa susu formula akan kelihatan ketulan-ketulan lebih besar berbanding breastfeeding. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya. Bau najisnya juga lebih kuat.
#8. Najis Solid Food
Bila bayi sudah mula makan makanan pejal seperti roti atau nasi, najisnya juga akan mula berubah. Warnanya lebih coklat dan berbau. Kadang-kadang tekstur najisnya seperti orang dewasa.
#9. Najis Partially Digested Food
Jika najis bayi korang berketul dan kelihatan makanan yang belum hadam, ini adalah perkara normal bagi bayi yang baru belajar mengambil makanan solid. Biasanya terjadi jika bayi makan carrot, ubi dan sayuran lain.
#10. Najis Berdarah Segar
Ada sesetengah bayi mengalami alergik pada milk protein menyebabkan ia boleh bercampur dengan sedikit darah. Selain tu juga, semak pada sekitar punggung anak jika berlaku pendarahan.
Tindakkan Perlu Dibuat Jika Warna Najis Kelihatan Aneh
Sebagai seorang ibu dan ayah yang bertanggungjawab terhadap kesihatan anak kecil, kita hendaklah sentiasa perhatikan segala benda yang aneh pada anak kita terutama perubahan yang berlaku pada najis anak.
Cara memerhatikan najis anak adalah cara yang paling mudah untuk pantau status kesihatan.
Jadi, apa perlu korang buat jika najis anak kelihatan aneh dan lain dari yang lain?
Pertama sekali jangan panik sebab dengan panik akan buatkan korang tidak dapat berfikir dengan matang dan rasional.
Segera jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan bertangguh sebab jika bertangguh takut ada komplikasi lain pula yang akan berlaku. Pengesanan awal buatkan doktor lebih mudah untuk semak ada penyakit apa.
Ambil gambar dan post di group ibu di Facebook sebab ada banyak “pakar” di sana. Tak apa jika pakar tak bertauliah pun tapi kebanyakkan mereka ada banyak pengalaman apa yang berlaku. Antara group yang korang boleh join adalah Kelab Ibu Mengandung dan Menyusu.
Selain tu juga boleh rujuk dan bertanya di group theAsianparent Malaysia. Nanti boleh download applikasi mereka di Smartphone dan bertanya di Forum mereka.
Buat pemerhatian berkala tingkah laku anak jika teksture najis berbeza sebelum ni.
Kesimpulan
Jadi itu saja perkongsian saya dalam artikel ni. Jika korang nak tahu anak ada sakit atau masalah apa, boleh cuba tengok dulu melalui warna najisnya. Jika najis tak normal ada sesuatu la tu. Segera jumpa doktor tanpa bertangguh.
Teori konspirasi covid kad digital vaksin | Sebelum aku teruskan perkongsian ni, di sini aku nafikan bahawa aku ni ahli teori konspirasi. Maksudnya aku ni bukan ahli teori konspirasi. Takut jap lagi ada la yang tembak kata aku ni geng-geng konspirasi dan percaya bumi tu mendatar.
Sorry guys.
Aku bukan pemikiran lagu tu.
Kemudian, di sini juga aku nafikan bahawa aku ni geng antivaksin. Aku ni bukan geng antivaksin. Sia-sia la aku belajar medical selama ni tiba-tiba aku nak jadi geng antivaksin.
Kalau aku ni geng antivaksin, tak de la pula aku nak bawa anak aku yang baru lahir setiap bulan untuk dapatkan rawatan dan vaksin.
Tak ada ayah yang antivaksin tiba-tiba bawa anak kecil pergi cucuk vaksin.
Cuma aku ni hanya skeptikal dengan vaksin covid SAHAJA.
Aku pada awalnya sangat menyokong penuh dengan program vaksin Covid Kebangsaan yang diadakan oleh kerajaan ni.
First time vaksin ni sampai dulu dalam hati aku agak gembira sebab apa yang aku nampak nak kembali macam dulu bersinar.
Tapi, korang tengok la sendiri.
Dah hampir 7 bulan program vaksin ni berjalan, kita tetap dikurung macam tu juga.
Covid ni bahaya?
Dah tu sampai bila korang nak lari?
Korang boleh tahu ke reda berapa hari bulan?
Kalau korang tak tahu benda ni berakhir bila, sudah sampai masa untuk kita kembali normal seperti dulu.
Ok artikel ni aku just nak share dengan korang mengenai apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada petang 8 Ogos 2021.
Korang tengok tak pengumuman khas tu yang tak berapa nak khas?
Dalam panjang lebar perutusan tu, di sini aku hanya nak highlight pada kelebihan yang diberikan kepada mereka yang dah mendapat suntikan vaksin sebanyak 2 dose.
Jadi, apa masalah aku mengenai benda tu?
Masalahnya, bila PM buat pengumuman hanya akan diberikan kelonggaran pada yang dah cucuk vaksin saja, secara tak langsung komuniti kita akan berpecah pada dua kumpulan lepas ni iaitu yang dah cucuk dan belum dicucuk.
Korang suka ke kita berpecah macam ni?
Secara peribadi, aku tidak setuju apa yang diumumkan oleh PM kita ni dan boleh dikatakan keputusan ni sebagai keputusan tidak cerdik. Aku tak kata PM yang tidak cerdik tapi keputusan tu yang tidak cerdik.
Apa reason nak lepas bagi mereka yang dah divaksin saja? Yakin ke mereka yang dah divaksin tidak jadi pembawa?
Kalau yang dah vaksin pun still boleh jadi pembawa dan menjangkiti orang lain, apa salahnya kalau dilepaskan semua sambil-sambil tu program vaksin berjalan macam biasa.
Sampai masa nanti cukuplah peratusan vaksinasi yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sampai bila lagi nak dikurung macam ni?
Ye aku tahu ada yang tak setuju dengan kenyataan aku ni sebab bila perut korang sentiasa kenyang, sewa rumah atau loan bank boleh bayar tiap-tiap bulan korang takkan fikir pasal ni.
Mengenai vaksin.
Tak semua vaksin orang boleh terima.
Bagi mereka yang betul-betul ada alergik pada ubat, takkan orang macam ni pun nak dihukum juga?
Secara jelas benda ni kelihatan amat tidak cerdik.
Betul PM umum yang dah lengkap dua dos vaksin boleh rentas daerah dan mungkin lepas ni negeri.
Tapi macam mana pula dengan anak-anak yang belum di vaksin tambahan pula vaksin untuk budak-budak belum diwujudkan lagi.
Jadi, walaupun PM dah umum boleh rentas sana sini, ibu ayah yang dah lengkap dos dua pun still tak boleh nak kemana sebab anak-anak belum divaksin.
So, akan menyusahkan banyak pihak walaupun yang sudah divaksin.
Pendapat aku, rasanya tak perlulah untuk pihak kerajaan mengasingkan dan membezakan antara yang dah vaksin dan belum divaksin.
Ini boleh buatkan komuniti kita akan berpecah belah kepada dua.
Sedih jika benda ni betul-betul terjadi.
Teori Konspirasi Kad Digital Vaksin Covid Betul-Betul Wujud
Aku masih ingat lagi kalau tak silap dalam bulan Januari 2021, pernah terlihat satu posting di Facebook ni ada satu jadual di mana pada tarikh sekian-sekian akan berlaku peristiwa sekian-sekian.
Dalam gambar yang diupload tu mengatakan bahawa sijil digital bagi mereka yang telah dicucuk Vaksin akan dikeluarkan November 2021. Sedangkan masa tu kerajaan belum umum lagi mengenai sijil ni.
Macam mana mereka boleh jangkakan benda ni akan terjadi?
Tapi, korang boleh tengok sendiri tak sampai November 2021 sijil digital untuk mereka yang dah lengkap dua dos dah pun dikeluarkan dan pada hari ni 10 Ogos 2021 secara rasminya mereka yang dah lengkap dua dos vaksin covid sudah boleh rentas daerah.
Bagi pengkaji ahli teori konspirasi aku memang salute bab ni sebab apa yang dijangkakan betul-betul terjadi.
Tapi, banyak je pasal teori konspirasi ni yang aku tak percaya sebab aku ni bukan ahli teori konspirasi.
Tapi bab sijil digital ni aku memang salute habis.
Benar apa yang mereka kata.
Even nak solat kat masjid lepas ni pun kena tunjuk kad digital bahawa sudah di vaksin. So, senang kata lepas ni setiap kali solat jumaat kena bawa fon untuk tunjukkan kad digital tu?
Secara jujurnya, korang suka tak benda ni?
Setiap kali nak pergi mana kena tunjuk kad digital vaksin covid.
Tu belum cerita kalau tertinggal fon ke apa. Nak tunjuk celah mana?
Apa dah jadi sebenarnya ni?
Aku harap benda ni bersifat sementara sambil menunggu peratusan vaksin Covid tercapai seperti yang dimahukan oleh kerajaan.
Kalau still sekat lagi bila peratusan vaksin tercapai, bagi aku ni memang kerja gila.
Kesimpulan sini aku nak beritahu, vaksin dah ada dan dah ramai yang cucuk pun. Apa kata lepas semua slow-slow dan buat kembali normal macam dulu.
Jangan lepas yang dah cucuk saja. Yang belum pun sama je.
Kalau tak, sampai bila?
Itu persoalan.
Dan juga, betullah apa yang teori konspirasi covid jangkakan bahawa kad digital yang dah cucuk vaksin benar-benar wujud.
Saja kali ni aku nak share sikit dengan korang apa yang aku buat raya haji tahun 2021 kali ni. Macam mana dengan suasana hari raya haji tahun ni.
Serius, raya haji tahun 2021 ni aku rasa paling simple aku sambut. Tak macam selalu setiap kali raya, sebelum azan subuh aku dah bangun sebab semangat nak sambut raya. Tapi, kali ni lewat sikit je la.
Aku bangun tu, seperti biasa bersihkan diri apa semua dan lepas solat subuh baca dulu quran sikit.
Rutian harian aku memang aku “mewajibkan” baca quran setiap kali subuh. Sebab lepas waktu lain memang aku tak terbaca al-quran.
Jadi la kan sekali sehari dari tak baca langsung.
Aku rasa ni tips penting juga korang perlu ambil. Pilih satu waktu yang korang rasa yang memang tak terganggu nak baca al-quran. Sekurang-kurangnya sekali sehari tu “wajib” dan jadikan amalan rutin.
Sorry.
Bukan aku nak tunjuk aku ni bagus ke apa, cuma al-quran ni kita perlu baca dan amalkan setiap hari. Lagipun cahaya dari al-quran la akan tolong kita dalam kubur nanti.
Alamak.
Dah jauh cerita pula ni pasal al-quran.
Ok sambung cerita aku di pagi raya.
Lepas tu, biasanya pada pagi raya aku masuk dapur tengok apa yang ada boleh dimakan dulu. Kadang-kadang aku kemas rumah sikit-sikit yang mana tak kemas.
Tapi kali ni tak.
Lepas solat subuh dan baca al-quran pagi tu, aku baring sebentar atas katil.
Fikir apa nak buat hari raya kali ni.
Untuk pengetahuan korang, di Kelantan tak dibenarkan untuk solat hari raya di masjid. Hanya beberapa ahli Masjid saja yang dibenarkan solat.
Serius aku tak faham kenapa perlu buat sampai macam ni sekali.
Ya aku tahu pasal covid. Bukan aku tak tahu langsung. Aku sendiri yang terlibat dengan covid. Korang boleh baca pasal aku terlibat dengan kes Covid ni.
Aku tak faham.
Vaksin dah banyak orang dah.
Kalau dah vaksin, buka je la masjid ni.
Jangan nak buat takut covid ni lebih dari segala benda.
Mana pemimpin yang aku percaya selama ni?
Sedih.
Serius sedih.
Lebih kurang pukul 7.30 pagi, aku dengar sayup-sayup takbir raya di Masjid.
Sebelum ni dengar takbir di surau dekat dengan rumah aku je. Tapi kali ni surau kat rumah aku pun sunyi!
Mana taknya aku rasa sedih pada pagi raya kali ni.
Walaupun aku tahu tak boleh solat di Masjid, aku tetap juga pergi untuk tinjau kat masjid. Mana tau ada rezeki boleh solat raya.
Ternyata bila aku sampai masjid, memang tiada orang.
Ada orang. Cuma ahli-ahli masjid je la.
Tu pun beberapa orang je.
Jadi, balik dari masjid tu, aku dah buntu dan tak tahu apa nak buat.
Biasanya masa raya haji aku round kampung aku untuk tengok orang sembelih lembu.
Tapi raya kali ni tak terjadi seperti tu.
So, aku duduklah rumah sampai ke petang tanpa buat apa-apa aktiviti yang sepatutnya dibuat masa hari raya.
Kepada korang yang baca story aku ni, marilah sama-sama kita berdoa agar apa yang dibuat pemerintah kita ni adalah satu benda yang betul dan jika benar kerajaan nak lepaskan bila dah capai peratusan vaksin, vaksin jela.
Aku dah penat fikir benda ni.
Simpan sini memori suasana hari raya haji tahun 2021.
Kalau korang nak tengok story aku pada pagi raya, boleh la tengok video di bawah ni atau boleh pergi ke channel YouTube BLOGFAIZ.
Aku sebenarnya malas dah nak ulas dan ceritakan pasal Covid-19 ni. Tapi tu la. Lagi aku buat senyap dan tak luah apa yang aku nak luah, sakit hati tu membuak-buak.
Dulu aku pernah up status di Facebook yang aku suruh belajar hidup dengan covid ni. Tapi ramai gila yang kecam aku. So, sebab aku malas nak bertekak dan sampaikan hujah-hujah aku sendiri, aku hide dulu status tu. Sampai waktu nanti, bila kebenaran dah tiba barulah aku buka balik status tu.
Kita sama-sama saksikan, samaada benar apa yang aku beritahu bahawa kita terpaksa belajar hidup dengan covid ni atau tak.
Ko nak tunggu sampai kes 0?
Boleh pergi mimpi.
Ok gais.
Kita ni dari awal tahun 2021 lagi rasanya PKP ni bermula. Lepas tu dalam bulan 3 ada kelonggaran sikit. Tu pun hanya rentas daerah saja. Kalau siapa nak rentas negeri pula, kena mohon di balai polis untuk rentas negeri.
Aku fikirkan tahun 2021 ni ada sinar baru untuk bergerak bebas. Tapi, lagi teruk dari tahun 2020.
Geng.
Kita ni dah mula tak boleh rentas negeri sejak awal tahun lagi.
Korang boleh bayang tak kes sehari-hari sekarang dah jadi berapa?
Terkini yang terbaru 11k, 12k dan 13k.
Kebodohan apa PKP kali ni?
Kalau dah PKP ni tak menjadi, so buat apa ko nak teruskan PKP?
PKP dah tak releven dah.
Aku tak faham dengan menteri yang ada sekarang ni.
Apa yang mereka fikir sebenarnya?
Apa misi mereka?
Apa agenda mereka?
Adakah dengan benda ni semua mereka dapat melengah-lengahkan masa untuk terus dan kekal berkuasa?
Berapa ramai yang mental disebabkan PKP?
Berapa ramai yang bunuh diri disebabkan PKP?
Berapa ramai yang bercerai berai disebabkan PKP?
Korang yang perut sentiasa kenyang takkan fikir semua benda ni melainkan korang ada sifat empati dalam diri terhadap orang yang terkesan dengan PKP.
Kes yang meningkat naik aku tak kata itu jumlah yang tipu.
Mungkin jumlah tu benar berdasarkan jumlah yang di swab. Tapi, apa faedah sekarang ni sampai orang yang tak ada gejala pun ko nak buat swab?
Kalau dulu ya la. Masa awal-awal covid. Sekarang ni dah hampir dua tahun dah. Ko still nak swab yang tidak bergejala?
Berapa lama yang ko hadapi pandemik ni?
Bukan sehari dua. Dah hampir dua tahun.
Ko tengok stadium masa musim EURO hari tu. Penuh gila orang. Bukan setakat penuh. Yang tak pakai mask pun ada. Aku dah cek statistik yang divaksin setiap negara. Nak kata mereka capai vaksin penuh pun tak juga.
Cara ko nak semak statistik yang dah divaksin berapa orang, boleh taip di Google Chrome “xxxxx vaccination rate”. XXXX tu korang gantikan dengan negara mana yang ko nak tengok. Kalau Malaysia, taip Malaysia.
Malaysia ni gila swab ke apa?
Menteri-menteri yang ada.
Jika ko nak tahu jumlah kes sebenar hari tu berapa, ko kena swab semua rakyat Malaysia ni 33 juta barulah ko tahu jumlah sebenar hari tu ada berapa orang positif.
Tapi ko mampu tak nak buat swab 33 juta tu?
Kalau tak mampu, jangan buat swab secara rambang macam di Selangor sekarang ni.
Faham maksud aku kan?
Ni duk kira kes sehari-sehari.
Tu yang dah swab.
Ko belum kira yang tidak diswab atau terlepas swab.
Jadi kiraan jumlah sehari yang kita duk kira selama ni adalah tidak tepat sebab nak tahu jumlah yang tepat sebenar kena swab semua rakyat malaysia 33 juta pada hari tu. Esok lusa baru keluar result dan itulah jumlah sebenar yang positif pada hari tu.
Ntah berapa kali dah aku ulang yang ni. Aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan.
Pembaca-pembaca sekalian.
Untuk info korang, aku pun salah seorang frontliner di bawah KKM.
Aku pernah buat swab. Aku pernah jaga orang positif covid.
Bukan pernah la. Tapi masih sampai sekarang.
Di sini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku buat swab.
Dulu awal-awal pandemik melanda dulu, prosedur swab boleh dikatakan sangat menjaga SOP. Glove ditukar setiap kali swab orang lain. Lepas Tukar glove, sanitize pula glove tu.
Kalau aku tanya sekarang ni, berapa ramai yang betul-betul menjaga SOP swab sekarang ni seperti dulu?
Aku malas nak hurai panjang bab ni.
Cukup sampai situ.
Aku bukan nak pertikai SOP swab sekarang ni. Cumanya, jangkitan silang mudah berlaku dan buat swab secara besar-besaran ni aku rasa dah tak relevan lagi dah.
Lagi ko korek, lagi “mengamuk” la virus tu.
Jika korang yang pernah buat swab, mungkin korang faham apa maksud aku.
Kemudian. Aku ni pun dah jaga lebih beribu orang dah yang positif covid.
Apa kejadahnya bila aku tanya setiap yang aku jaga tidak ada apa-apa sakit pun. Sedangkan positif covid. Lagi aku nak percaya Covid-19 ni sangat “bahaya”?
Serius aku kecewa dengan pengurusan covid.
Sekarang ni kalau nak ikutkan, herd immunity atau imuniti kelompok kita dah pun capai. Bukan kena kira yang divaksin saja, tapi yang pernah positif pun kita kena campur kira sebab yang mana dah vaksin dan pernah kena covid, dalam badan mereka dah pun terbina antibodi untuk covid-19 tu.
Betulkan aku jika aku silap.
Tapi aku rasa tak silap dah.
Jika korang belajar ilmu perubatan, mana-mana kuman atau virus yang belum pernah menyerang dalam badan seseorang dan tiba-tiba kena serang, secara tak langsung dalam badan kita ni akan terbina antibodi untuk virus atau kuman tersebut.
So, apa lagi yang kita nak takutkan?
Korang boleh fikir tak apa yang Malaysia nak kejar sebenarnya sekarang ni?
Isu vaksin pula.
Kenapa yang dah complete dua dose vaksin, yang still positif pun kena pergi ke PKRC?
Sepatutnya yang dah complete dua dose, tak perlulah untuk pergi ke PKRC. Kuarantin je di rumah sendiri. Lagi ko nak kumpul ramai-ramai yang positif dalam satu dewan.
Sampai bila nak habis orang dekat PKRC tu kalau yang dah cukup dua dose pun still kena pergi ke pusat kuarantin kalau positif Covid.
Ada akal tak?
Apa yang ko nak takut kalau dah cukup 2 dose?
Serius aku tak faham. Ni salah satu jadi punca orang tak mahu ambil vaksin.
Dengan tinggal anak bini kat rumah. Suami pergi ke PKRC untuk kuarantin. Sedangkan suami dah complete dua dose.
Dan satu lagi aku nak pertikai.
Sepatutnya yang dah cukup dose vaksin ni, tak perlulah untuk di swab test lagi jika tak bergejala.
Bukan nak kata aku ni bijak buat tu ni. Cuma, korang boleh fikir sendiri banyak benda yang pelik-pelik. Arahan pelik-pelik.
Aku harap apa yang dibuat ni bukanlah demi kepentingan politik atau individu.
Mungkin korang setuju atau tak setuju dengan apa yang aku tulis ni.
Aku rasa sampai sini dulu luahan dan pendapat aku mengenai PKP dan Covid-19 ni.
Hi assalamualaikum. Hari ni saya nak share dengan korang apa kelebihan stiker VIP McDonald dan macam mana nak daftar. Pernah tak kita terfikir benda ni?
Apa yang saya perasan ramai je yang tampal stiker VIP McD sampai saya ada tengok banyak juga kereta-kereta mewah tampal benda ni. Mesti ada kelebihan ye? Betul tak?
Pada masa tu saya pun belum tahu lagi apa la kelebihan tampal stiker VIP McD dekat cermin kereta kita.
So atas rasa ingin tahu ni dengan lebih mendalam lagi, saya pun cuba la cari info yang tepat dah sahih dekat pakcik Google ni.
Jangan risau. Tak semua benda pak cik Google ni nak tipu kita. Ada fakta yang betul dan boleh diterima pakai.
Apa Kelebihan Stiker VIP McDonald
Jadi, info yang saya dapat, kelebihan jika kita ada stiker VIP McD tu, kita akan dapat tebus satu makanan percuma dari McD. Tapi ia tertakluk kepada apa PROMOSI pada bulan tu.
Sebagai contoh, pada bulan tersebut ada promosi McChicken Burger. Jadi, korang boleh request untuk dapatkan McChicken burger secara percuma pada hari tu. Di sini korang kena requestlah atau tanya masa buat Drive Thru tu. Kalau korang tak request dan buat senyap je mereka pun buat senyap juga.
Tapi ada beberapa syarat yang korang kena tahu.
Syarat #1 : Pembelian korang tu mestilah lebih dari RM20 dan keatas dalam satu resit sahaja. Maksudnya di sini jika korang ada dua resit. Resit pertama RM10 korang beli beger masa nak g kerja pagi. Dan resit kedua Rm15 korang beli ayam lepas balik dari kerja. Bila dicampur dua resit ni jadilah RM25. Tapi korang still tak layak untuk claim sebab di sini korang dah guna dua resit.
Syarat #2 : Mesti tampal stiker McD pada cermin kereta. So, kalau korang tak tampal stiker ni, kira tak sahlah untuk dapatkan promosi percuma tu.
Syarat #3 : Benda ni sah hanya untuk Drive tru je. Kalau korang pergi beli kat kaunter tak layak untuk claim.
Syarat #4 : Korang hanya layak claim satu makanan percuma saja untuk satu pembelian. Maksudnya kalau korang habiskan RM500 sekalipun, hanya satu makanan saja korang layak untuk claim. Kalau nak claim banyak, boleh order asing-asing dan pastikan satu resit tu RM20 dan keatas.
So, itu saja syarat-syaratnya dan kelebihan ada stiker VIP McDonald ni.
Kalau korang nak daftar VIP McD dan dapatkan stiker ni pula, korang kena download applikasi McDonald dan boleh daftar di sana. Lepas dah daftar, boleh minta stiker tu dekat kaunter ataupun masa Drive Thru tu. Dalam artikel ni saya tak tunjuklah macam mana nak daftar. Tapi korang boleh cuba-cuba sendiri. Jika buat pun saya mungkin tunjuk pada artikel yang seterusnya.
Baik.
Itu saja perkongsian saya mengenai kelebihan stiker VIP McDonald.
Jika anda ingin lihat dalam perkongsian video, boleh ketik video di bawah ni.