013-9346624 (Whatsapp Only)
Maksud di Sebalik Warna Baju Banduan Malaysia

Maksud di Sebalik Warna Baju Banduan Malaysia

Dalam sistem penjara di Malaysia, setiap aspek pengurusan banduan telah dirancang dengan teliti bagi memastikan keselamatan, ketenteraman dan keberkesanan pentadbiran institusi tersebut. Salah satu elemen yang sering menarik perhatian umum adalah penggunaan warna baju banduan.

Warna pakaian yang dipakai oleh banduan bukan sekadar untuk membezakan mereka daripada orang awam, tetapi mempunyai maksud tersendiri yang berkaitan dengan status, tahap keselamatan dan peringkat hukuman yang dijalani oleh seseorang banduan.

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap dan terperinci mengenai maksud disebalik warna baju banduan di Malaysia. Pemahaman ini penting, bukan sahaja untuk memberi pendedahan kepada masyarakat, tetapi juga sebagai satu usaha mendidik orang ramai tentang struktur dan sistem yang digunakan dalam pengurusan banduan di negara ini.

Apakah Itu Warna Baju Banduan?

Warna baju banduan merujuk kepada pakaian seragam yang dipakai oleh individu yang sedang menjalani hukuman di dalam penjara. Di Malaysia, warna baju ini telah ditetapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebagai satu sistem kod visual bagi memudahkan pihak pengurusan penjara mengawal, memantau dan mengklasifikasikan banduan berdasarkan kategori tertentu.

Kod warna ini bukanlah satu perkara baharu. Ia telah diamalkan dalam sistem pemulihan banduan sejak sekian lama dan berfungsi sebagai salah satu komponen penting dalam sistem keselamatan penjara.

Kenapa Warna Baju Banduan Penting?

Warna baju banduan digunakan bagi tujuan berikut:

  1. Pengkelasan banduan berdasarkan tahap keselamatan
  2. Memudahkan pemantauan dan pengurusan oleh pegawai penjara
  3. Mengurangkan risiko keselamatan
  4. Mengenal pasti peringkat hukuman yang dijalani
  5. Menentukan hak dan batasan aktiviti banduan dalam penjara

Dengan adanya sistem warna ini, ia membolehkan pegawai penjara mengenal pasti dengan pantas status seseorang banduan walaupun daripada jarak jauh.

Maksud di Sebalik Warna Baju Banduan Malaysia

warna baju banduan malaysia

Ok kita mulakan dari dengan warna Oren.

#1: Warna Oren

Ok jika korang tengok ada banduan yang bergari dengan baju warna oren, itu bermaksud banduan tersebut adalah masih dalam tahanan polis dan berada di Lokap polis. Senang kata mereka ni adalah OKT iaitu orang kena tuduh.

warna baju banduan

#2: Warna Ungu

Kedua baju warna Ungu.

Jika korang tengok ada banduan yang memakai baju warna ungu, itu bermaksud banduan tersebut masih lagi belum dijatuhkan hukuman dan masih dalam perbicaraan mahkamah. Tapi, mereka akan disimpan dahulu dalam penjara sehingga keputusan mahkamah keluar samaada mereka ni disabitkan kesalahan atau tidak.

Jika didapati tidak bersalah, mereka ni akan dibebaskan dan jika didapati bersalah, mereka akan dihukum penjara sehingga Tarikh yang ditentukan oleh hakim mahkamah.

warna baju banduan

#3: Warna Putih

Ok seterusnya yang ketiga iaitu warna putih.

Jika korang tengok ada banduan yang memakai baju warna putih, itu bermaksud banduan tersebut telah menjalani hukuman ringan iaitu 6 bulan ke bawah di penjara.

Kalau ada rotan pun mungkin 1-3 rotan sahaja mengikut jenis kesalahan yang dilakukan oleh pesalah.

warna baju banduan

#4: Warna Merah & Hijau

Keempat baju warna merah dan hijau

Ok di sini saya gabungkan sekali sebab baju warna merah dan hijau ni adalah hukuman yang lebih kurang sama je iaitu untuk banduan yang dikenakan hukuman 6 bulan keatas dan tidak lebih dari 18 bulan. Cuma yang bezanya untuk fasa pertama akan memakai baju warna merah dan fasa kedua barulah memakai baju warna hijau.

Jadi, bila ada banduan yang dikenakan hukuman lebih dari 6 bulan dan keatas, mereka akan mula memakai baju warna merah selama 3 bulan. So di sini mereka akan menjalani hukuman untuk fasa yang pertama.

Lepas dah pakai baju warna merah ni selama 3 bulan, mereka akan naik ke fasa kedua dengan memakai baju warna hijau pula.

warna baju banduan
warna baju banduan

#5: Biru Muda

Kemudian, yang kelima iaitu biru muda. Biru muda ni pula adalah untuk mereka yang dijatuhi hukuman melebihi 18 bulan. Biasanya kes berat seperti kes rogol, merompak dan kes senjata api.

warna baju banduan

#6: Biru Tua

Keenam iaitu Biru tua atau istilah dipenjara dipanggil sebagai Blue Suit. Mereka yang memakai blue suit ni adalah mereka yang akan menjalani hukuman yang sangat lama samaada seumur hidup atau sepanjang hayat.

Dan kesalahan mereka ni hanya boleh diampunkan oleh Agong atau Sultan saja jika nak bebas lebih awal.

warna baju banduan

#7: Hijau Florescent atau Hijau Muda Pucuk Pisang

Seterusnya yang tujuh iaitu Hijau Florescent atau hijau muda pucuk pisang.

So, kategori untuk banduan ni pula adalah banduan yang ada baki 3 bulan lagi dalam penjara. Biasanya banduan fasa ni akan diberikan sedikit kelonggaran untuk bekerja di luar Kawasan penjara dengan kawalan rapi.

warna baju banduan

#7: Putih dan Merah di Lengan

Dan yang terakhir adalah baju putih dengan lengan merah. Boleh dikatakan ini adalah peringkat paling menakutkan bagi sesiapa saja. Maksudnya banduan ni akan menjalani hukuman gantung sampai mati.

Biasanya kes ni adalah kes-kes yang teramat berat dan tidak boleh dimaafkan seperti mengedar dadah dan kes bunuh.

warna baju banduan

#8: Baju Berjalur (Tidak Kira Baju Warna Apa)

Info nota tambahan sikit untuk korang.

Jika korang ternampak baju banduan yang ada stripe atau jalur, itu bermaksud banduan tersebut pernah buat cubaan lari dari penjara.

Dengan baju yang berjalur kawalan akan dikenakan dengan lebih rapi.

warna baju banduan

Jadi, itu adalah maksud warna-warna baju yang dipakai oleh banduan penjara di Malaysia. Dan benda ni tak sama di negara lain.

Jika korang suka tengok dalam penerangan video, boleh la tengok video di bawah ni atau di YouTube channel BLOGFAIZ.

Jadual Ringkasan Warna Baju Banduan di Malaysia

Di bawah ni saya sediakan satu jadual ringkas dan gambar untuk mudah korang buat rujukan.

Warna BajuMaksud / Kategori BanduanCiri-ciri Utama
OrenTahanan polis / Belum dijatuhi hukumanMasih dalam proses undang-undang, dikawal rapi
UnguBanduan reman penjaraBanduan yang masih ada kes mahkamah yang belum dibicarakan. Banduan ini akan ditempatkan sementara di penjara.
Merah, HijauBanduan hukuman 6 bulan keatas dan tidak lebih dari 18 bulan.Menjalani banyak aktiviti di penjara
Biru MudaBanduan hukuman lebih 18 bulan ke atas.Mendapat bimbingan khas, pengawasan berterusan. Biasanya kes rogol dan senjata api.
Biru Tua (Blue Suite)Banduan seumur hidup atau hayatKesalahan mereka ni hanya boleh diampunkan oleh Agong atau Sultan saja
PutihBanduan jangka pendek (≤ 6 bulan)Kes ringan yang dijatuhi hukuman kurang dari 6 bulan
Merah PutihBanduan AkhirKawalan keselamatan sangat ketat dan menunggu hukuman gantung sampai mati

Jadi, itu adalah maksud warna-warna baju yang dipakai oleh banduan penjara di Malaysia. Dan benda ni tak sama di negara lain.

warna baju banduan
warna baju banduan

Kesimpulan

Sistem warna baju banduan di Malaysia adalah satu sistem yang sistematik dan teratur, direka untuk memudahkan pengurusan serta memastikan keselamatan semua pihak dalam institusi penjara. Setiap warna membawa maksud tertentu dan mencerminkan status serta tahap risiko banduan tersebut.

Dengan memahami maksud disebalik warna-warna ini, kita sebagai masyarakat boleh memainkan peranan lebih positif dalam menyokong usaha rehabilitasi dan pemulihan banduan. Setiap insan berhak untuk mendapat peluang kedua, dan pendidikan tentang sistem penjara merupakan langkah awal ke arah masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.

Soalan Lazim Berkaitan Warna Baju Banduan di Malaysia

Adakah semua penjara di Malaysia menggunakan sistem warna baju banduan yang sama?

Ya, secara umumnya semua penjara di Malaysia berada di bawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia dan menggunakan sistem warna baju yang seragam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan penyesuaian kecil dilakukan bergantung kepada keadaan atau keperluan institusi penjara tertentu.

Bolehkah banduan memilih warna baju mereka sendiri?

Tidak. Banduan tidak mempunyai pilihan dalam menentukan warna pakaian mereka. Warna baju ditetapkan sepenuhnya oleh pihak penjara berdasarkan kategori hukuman, status kes dan tahap risiko keselamatan yang telah dinilai.

Adakah warna baju banduan boleh berubah sepanjang tempoh hukuman?

Ya, warna baju banduan boleh berubah sekiranya status banduan berubah. Sebagai contoh, seseorang yang pada awalnya dalam tahanan reman (baju ungu) akan diberikan baju warna lain apabila disabitkan kesalahan dan mula menjalani hukuman penjara. Begitu juga jika banduan dipindahkan ke program pemulihan atau menjalani hukuman berbeza.

Apakah warna baju untuk banduan yang dijatuhkan hukuman mati?

Banduan yang dijatuhi hukuman mati biasanya memakai baju berwarna putih dan lengan merah. Warna ini menunjukkan tahap keselamatan tertinggi kerana banduan dalam kategori ini dianggap sangat berisiko dan memerlukan kawalan yang ketat.

Mengapa penting untuk membezakan warna baju banduan?

Pembezakan warna baju banduan penting untuk tujuan keselamatan, pengurusan dalaman penjara dan pemantauan. Ia juga membantu pegawai penjara mengenal pasti jenis banduan dengan lebih mudah dan pantas, terutama ketika situasi kecemasan atau semasa pergerakan antara kawasan dalam penjara.

Adakah sistem warna baju banduan ini diguna pakai di negara lain?

Ya, konsep penggunaan warna untuk klasifikasi banduan turut diamalkan di banyak negara lain, walaupun kod warna dan kategori mungkin berbeza mengikut polisi penjara masing-masing. Malaysia menggunakan sistem ini mengikut konteks tempatan yang telah disesuaikan dengan keperluan keselamatan dan pemulihan di negara ini.

Adakah banduan berpeluang menukar baju kepada warna lain jika berkelakuan baik?

Bergantung kepada program dan pentadbiran penjara, banduan yang menunjukkan perubahan positif dan berkelakuan baik mungkin dipindahkan ke program pemulihan tertentu. Dalam situasi seperti ini, mereka boleh diberikan warna baju baharu yang mencerminkan status baru mereka, contohnya merah jambu bagi program pemulihan.

Apakah yang berlaku kepada pakaian banduan selepas mereka dibebaskan?

Sebaik sahaja seseorang banduan dibebaskan daripada penjara, pakaian seragam penjara perlu dipulangkan. Banduan biasanya akan dibekalkan pakaian biasa yang sesuai untuk dipakai semasa kembali ke masyarakat.

Rujukan

  1. Apa Maksud Disebalik 8 Jenis Warna Baju Banduan
  2. JENIS-JENIS WARNA PAKAIAN BANDUAN DI MALAYSIA
Tanya Soalan Di Ruangan Komen Media Sosial Sahaja

Tanya Soalan Di Ruangan Komen Media Sosial Sahaja

Hi assalamualaikum.

First sekali saya nak ucapkan terima kasih pada korang yang sudi singgah samaada di blog saya, YouTube saya atau mana-mana media sosial saya.

Saya tahu mungkin korang ada lihat tutorial atau panduan yang saya sampaikan dalam tu kan. Betul tak?

Terima kasih sekali lagi kerana sudi lihat tutorial, idea dan juga panduan yang saya hasilkan secara Freemium.

Namun, saya mohon di sini sesiapa yang lihat tutorial atau panduan yang saya hasilkan tu dan korang ada soalan yang nak ditanya, sila tinggalkan komen atau soalan di mana korang lihat tutorial tu.

Sebagai contoh. Jika korang lihat tutorial saya di YouTube cara renew lesen secara online, dan korang ada soalan nak tanya berkaitan dengan lesen tu. Jadi di sini, saya mohon untuk korang tinggalkan komen di ruangan komen yang telah disediakan YouTube. Mohon jangan PM saya secara private samaada melalui Whatsapp atau Instagram berkaitan dengan soalan-soalan macam tu.

Jika yang ada PM saya secara private, saya akan beritahu baik-baik suruh tinggalkan komen di mana mereka tengok panduan tu. Jadi di sini anda jangan kata saya ego dan sombong pula.

Saya buat benda ni ada tiga sebab.

  • Sebab pertama saya nak soalan korang dan jawapan saya boleh dijadikan rujukan untuk orang lain juga. Kalau saya bagi jawapan panjang berjela pun saya tidak rugi masa sebab orang lain dapat manfaat sama.
  • Sebab kedua, saya tidak mahu jawab soalan yang sama berulang kali jika ada soalan yang sama dari orang lain lepas ni.
  • Sebab ketiga, jika saya tak sempat untuk reply, mungkin ada orang lain yang tahu boleh reply komen anda.

Bila korang PM saya secara private, hanya korang saja yang dapat lihat jawapan dari saya. Mungkin orang lain ada soalan yang sama lain kali dan orang lain pula akan PM saya secara private.

Bukan ke masa di situ berlalu begitu saja?

Kesian juga saya.

Di sebalik tabir, korang tak tahu masa saya macam mana. Macam mana saya struggle.

Jangan fikir korang je yang PM saya.

Setiap hari saya dapat mesej private berkaitan dengan soalan-soalan dari YouTube atau media sosial saya yang lain hampir 5-6 orang. Itu secara purata dalam sebulan. 5-6 orang akan mesej saya secara private untuk tanya soalan-soalan yang sepatutnya tanya di ruangan komen yang telah disediakan.

Bukan setakat mesej private. Yang call terus pun ada.

Please.

warna baju banduan

Bagi saya yang call terus ni untuk tanya soalan-soalan yang sepatutnya komen di ruangan komen je adalah yang tidak menghormati privasi saya.

Mesej Whatsapp, DM Instagram dan call hanya untuk urusan bisnes saja.

Saya jenis suka tolong orang.

Tapi biar kena pada tempat dan caranya.

Saya harap korang faham apa yang saya cuba nak sampaikan.

Jika ada soalan lepas ni berkaitan dengan tutorial yang saya buat di media sosial, please tinggalkan soalan atau komen korang tu di ruangan komen yang telah disediakan. Jangan mesej saya secara personal. Itu tak kena caranya.

Tinggalkan komen di sana. Saya akan cuba bantu di sana.

Dah Habis SPM? Boleh Cuba Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Dah Habis SPM? Boleh Cuba Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Berminat untuk jadi Penolong Pegawai Perubatan? Hi Assalamualaikum kepada adik-adik lepasan SPM.

Apa khabar semua. Saya harap korang baik-baik jelah. Apa saja keputusan SPM yang korang dapat, terima dengan hati terbuka dan korang kena tanam dalam fikiran bahawa SPM bukanlah penamat tapi ia adalah permulaan sebenar dalam kehidupan.

Jangan jadi macam saya dulu. Dalam fikiran ni kalau gagal exam, gagal lah dalam hidup. Jahilnya dulu sebab ada pemikiran macam ni.

SPM Bukanlah Segala-galanya

Betul.

Dulu saya selalu dengar orang duk sebut-sebut ayat tu, SPM ni bukanlah segala-galanya malah ia adalah permulaan sebenar kehidupan dan arah tuju kita. Bila saya dengar je ayat macam tu, ni ayat nak sedapkan hati je yang mana tak dapat straight A’s.

Tapi bila dah lama-lama sehingga masuk ke alam pekerjaan, betullah ayat yang dikatakan tu.

Sebab apa saya setuju dengan ayat tu?

Dulu saya selalu fikir orang yang kelas bawah ni tak ada masa depan. Exam confirm ada subjek tak lulus dan sebagainya. Bila saya lihat dengan kepala mata saya sendiri sekarang ni, kebanyakkan kelas-kelas hujung di sekolah saya ni dulu lah ada yang masuk maktab perguruan, jadi bomba, polis, askar dan sebagainya.

Manakala kawan saya yang sekolah berasrama penuh dan sekolah elit dulu, masih lagi tercari-cari peluang pekerjaan. Ada yang terlalu kejar belajar sampai master pun ada.

Biarlah.

Itu hak masing-masing.

Point saya nak sampaikan di sini, kelas hujung ke apa, tak bermakna dia tu akan gagal dalam hidup.

Jadi, kepada korang yang tak dapat capai target keputusan yang korang nak, jangan risau, Allah dah aturkan kehidupan kita yang penuh dengan madu dan racun. Apa yang penting, kita jangan malas dan sentiasa rajin mencari peluang untuk memperbaiki diri.

Sebelum korang lanjutkan pembacaan ni, jom subscribe channel YouTube BLOGFAIZ dulu.

Apa Itu Penolong Pegawai Perubatan Dan Skop Kerja?

Penolong Pegawai Perubatan ni dulu dikenali sebagai dressar.

Itu orang kampung panggil la.

Nama popular yang disebut-sebut di hospital adalah MA atau nama panjangnya adalah Medical Assistance. Kalau dalam bahasa melayu pula Pembantu Perubatan.

Tapi, nama moden sekarang ni adalah Penolong Pegawai Perubatan.

Ok itu adalah pengenalan secara ringkas mengenai Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Untuk skop kerja, nanti saya huraikan di bawah.

Teruskan pembacaan.

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

penolong pegawai perubatan

Ok.

Hari ni saya nak sharelah dengan korang semua yang baru habis SPM ni dan masih lagi tercari-cari nak jadi apa lepas ni. Nak mohon jawatan apa lepas ni.

So di sini, saya rekemenkan kepada korang untuk cuba mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan atau orang kampung panggil Dressar atau nama yang paling glamour adalah Medical Assistance (MA).

Saya tahu masih ramai yang tidak tahu dan wujudnya jawatan ni. Tapi sejak Covid-19 melanda, orang ramai dah mula tahu apa itu MA. Dulu mereka ingat kat hospital ni Doktor dan Nurse je.

Ok di sini saya akan cerita beberapa bahagian iaitu macam mana nak apply jawatan Penolong Pegawai Perubatan, pengenalan mengenai Penolong Pegawai Perubatan dan juga gaji. Gaji saya terpaksa cerita juga sebab ramai yang request. Yelah, semua kerja orang akan tengok gaji dulu. Betul tak?

#1. Cara Mohon Penolong Pegawai Perubatan

Macam mana nak mohon jawatan ni?

Senang je. Korang hanya perlu isi SPA.

Masa saya dulu isi SPA8. So, sekarang ni korang perlu isi SPA9.

Pergi ke laman web mereka dan isi apa yang patut.

Nanti pada bahagian pilih jawatan, letak pilihan Latihan Penolong Pegawai perubatan (Separa Perubatan) pada pilihan yang pertama.

Jika ada kesempatan masa, saya akan cuba buat tutorial macam mana nak isi SPA9.

Sebelum korang dipanggil masuk latihan, mereka akan buat sesi temuduga terlebih dahulu. Kalau nak tahu macam mana sesi temuduga berlangsung, boleh baca pengalaman saya temuduga sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

Untuk isi SPA9 dan mohon jawatan ni, hanya perlukan result SPM saja. Jika korang pernah masuk Matrikulasi sebelum ni, tak laku pun result Matrik untuk mohon jawatan ni.

Jadi, apa yang penting, kena LULUS subjek teras seperti

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam – Untuk pelajar beragama Islam
  • Pendidikan Moral – Untuk pelajar bukan Islam
  • Sejarah
  • Mathematics / Matematik
  • Sains (Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja)

So, syarat ni lulus saja. Bukannya nak dapat A pun.

Ada juga yang tanya pada saya. Kalau bukan aliran sains boleh juga ke mohon?

Ya, boleh mohon. Tak ada masalah sebab bila masuk nanti, kita akan belajar semula biologi apa yang telah kita belajar masa tingkatan 4 dan 5 dulu. Tapi advance sikit lah.

#2. Info Penolong Pegawai Perubatan

Jadi, apa sebenarnya Penolong Pegawai Perubatan ni?

Ok, di sini kita ambil definisi daripada nama jawatan. Bila kita sebut Pegawai Perubatan, itu adalah doktor. Jadi, kita ni adalah seorang pembantu atau penolong bagi seorang doktor.

Ikut pengalaman saya, doktor ni lebih kepada assesement kepada pesakit untuk lihat rawatan apa terbaik untuk diberikan dan bila ada sesuatu yang perlu dibuat seperti jahit luka-luka kecil, bancuh ubat, beri rawatan awal dan sebagainya, MA lah yang akan dipertanggungjawabkan.

Sebenarnya, tempat MA ni adalah di kecemasan. Itu adalah kawasan untuk MA sebenarnya sebab MA ni adalah seorang paramedik yang dilatih untuk memberi rawatan awal dan rawatan kecemasan sebelum diserahkan kepada Pegawai Perubatan untuk dilihat secara lebih lanjut.

Pernah korang tengok ambulan atas jalan raya dengan siren?

Korang jangan ingat atas ambulan tu ada doktor. Doktor ni jarang benar nak naik ambulan untuk pergi ke tempat kejadian. Yang ada hanya MA, pemandu dan PPK. Kita sebagai MA yang akan jadi ketua di tempat kejadian apa yang perlu dibuat.

Kerja MA ni seronok jika korang berjiwa perawat dalam diri korang. Jika korang mohon jawatan ni sebab perkara lain, mungkin korang akan kecundang awal sebab kerjaya sebagai MA ni agak mencabar sebenarnya.

Selain tu juga, jika korang ni jenis alim-alim yang tak boleh nak lihat aurat orang lain, minta jauhkan dari minta jawatan ni sebab boleh dikatakan setiap hari lihat akan lihat aurat orang lain. Dah menjadi kebiasaan bagi perawat-perawat di hospital. Sebab apa saya cakap macam ni, sebab ada yang dah terkena. Masa mohon tak fikir apa kerja yang dibuat.

#3. Gaji

Bab gaji ni yang ramai suka nak dengar tapi bab gaji ni saya tak reti nak hurai. So, korang boleh tengok la sendiri jadual di bawah ni.

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
U29RM1,797.00RM5,753.00RM145.00
U32RM2,331.00RM6,394.00RM155.00
U36RM3,590.00RM7,605.00RM180.00

So, jika korang tengok di atas ni basic gaji permulaan kita hanyalah RM1,797.00. Standardlah di Malaysia bertaraf Diploma banyak tu je la boleh. Tapi bila korang campur dengan pelbagai elaun yang lain, mungkin gaji korang untuk permulaan akan cecah sehingga RM2500 sebulan.

Setiap tahun, gaji kita akan naik sebanyak RM145.

Kalau nak kenaikkan gaji bertambah setiap tahun, kenalah upgrade jawatan dari U29 ke U32 atau yang lebih tinggi lagi.

So, untuk gaji itu jelah yang boleh saya beritahu.

Penutup

Baiklah. Kepada adik-adik yang baru saja dapat result SPM, terimalah apa saja keputusan yang kita ada. Ingat pesan saya awal-awal tadi. Jangan rasa down, jangan rasa terlalu rendah diri, jangan berputus asa jika apa yang kita target tak capai.

Jangan risau. Tengoklah nanti 5-10 tahun akan datang, semuanya akan berubah secara total. Nanti korang akan lihat sendiri apa yang telah saya laluinya sekarang.

Dan kepada yang masih pening-pening nak sambung belajar kat mana, nah boleh cuba minta jawatan Penolong Pegawai Perubatan ni.

Senarai Swift Code Atau Routing Code

Senarai Swift Code Atau Routing Code

Disebabkan ramai yang tanya aku apa swift code untuk bank ni? Apa routing code untuk bank ni?

Ok. Sebenarnya jika korang mengisi apa-apa applikasi tiba-tiba mereka minta untuk isi Swift Code atau Routing Code sebenarnya benda tu adalah sama saja. Atau ada nama lain lagi iaitu BIC Code, Bank code atau IBG routing. So, kesemua istilah tu adalah sama saja.

Jadi di sini aku senaraikan kepada anda kesemua kod ni bagi setiap bank.

IDBankSWIFT dan Routing Code
1Affin BankPHBMMYKL
2Affin Hwang Investment Bank BerhadHDSBMY2P
3Affin Islamic BankAIBBMYKL
4Agrobank - SPIAGOBMYKL
5Agrobank - SPIAGOBMY21
6Alliance BankMFBBMYKL
7Alliance Investment Bank BhdMBAMMYKL
8Alliance Investment Bank Bhd - SPIMBAMMY21
9Alliance Islamic BankALSRMYKL
10Al-Rajhi Banking & Inv.Corp.(M) BhdRJHIMYKL
11AmBank BerhadARBKMYKL
12AmInvestment Bank BhdAMMBMYKL
13AmInvestment Bank Bhd - SPIAMMBMY21
14AmIslamic BankAISLMYKL
15Asian Finance BankAFBQMYKL
16Bangkok Bank BerhadBKKBMYKL
17Bank Islam Malaysia BerhadBIMBMYKL
18Bank Muamalat Malaysia BerhadBMMBMYKL
19Bank Negara MalaysiaBNMAMYKL
20Bank of AmericaBOFAMY2X
21Bank of ChinaBKCHMYKL
22Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJBOTKMYKX
23Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ - SPIBOTKMY21
24Bank PembangunanPEMBMYK1
25Bank Pembangunan - SPIPEMBMY21
26Bank RakyatBKRMMYKL
27Bank Simpanan NasionalBSNAMYK1
28Bank Simpanan Nasional - SPIBSNAMY21
29BNP ParibasBNPAMYKL
30BNP Paribas - SPIBNPAMY21
31Bursa Malaysia DepositoryMCDSMYK1
32CagamasCAGAMYKL
33Cagamas - SPICAGAMY21
34CIMB BankCIBBMYKL
35CIMB Investment BankCOIMMYKL
36CIMB Investment Bank - SPICOIMMY21
37CIMB Islamic BankCTBBMYKL
38CitibankCITIMYKL
39Citibank - SPICITIMYM1
40Deutsche BankDEUTMYKL
41Deutsche Bank - SPIDEUTMY21
42EuroclearMGTCBEBE
43EXIM BankEXMBMYKL
44EXIM Bank - SPIEXMBMY21
45Hong Leong BankHLBBMYKL
46Hong Leong Investment Bank BhdHLIVMYKL
47Hong Leong Islamic BankHLIBMYKL
48HSBC AmanahHMABMYKL
49HSBC BankHBMBMYKL
50India International Bank(M) BerhadIIMBMYKL
51Industrial & Commercial Bank of ChinaICBKMYKL
52JP Morgan Chase BankCHASMYKX
53KAF InvestmentKAFBMYKL
54KAF Investment - SPIKAFBMY21
55Kenanga InvestmentKKENMYK1
56Kenanga Investment - SPIKKENMY21
57Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan(KWAP)KWAPMYK1
58Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)KWSPMYK1
59Kuwait Finance HouseKFHOMYKL
60Malayan Banking BerhadMBBEMYKL
61Maybank Investment BankMBEAMYKL
62Maybank Investment Bank - SPIMBEAMY21
63Maybank Islamic BankMBISMYKL
64MEPSMEPSMYK1
65MIDF Amanah InvestmentMIDFMYK1
66MIDF Amanah Investment - SPIMIDFMY21
67Mizuho Bank(M) BerhadMHCBMYKA
68National Bank of Abu DhabiNBADMYKL
69OCBC Al-Amin Bank BerhadOABBMYKL
70OCBC BankOCBCMYKL
71Public BankPBBEMYKL
72Public Investment Bank BhdSMBBMYK1
73Public Islamic Bank BerhadPIBEMYK1
74RHB BankRHBBMYKL
75RHB Investment BankOSKIMYKL
76RHB Islamic BankRHBAMYKL
77SME BankMSMEMYK1
78SME Bank - SPIMSMEMY21
79Standard Chartered Bank BerhadSCBLMYKX
80Standard Chartered Saadiq Bank BerhadSCSRMYKK
81Sumitomo Mitsui BankSMBCMYKL
82The Bank of Nova ScotiaNOSCMYKL
83The Royal Bank of ScotlandABNAMYKL
84United Overseas BankUOVBMYKL

Jadi, jika korang diminta nombor SWIFT, Routing, BIC code dan sebagainya, boleh rujuk di atas ni.

Cara Masukkan Duit Dalam Akaun Paypal

Cara Masukkan Duit Dalam Akaun Paypal

Macam mana ya cara masukkan duit dalam akaun Paypal? Saya juga tak pasti kenapa zaman sekarang ni korang still tercari-cari kenapa nak masukkan duit dalam akaun PayPal sedangkan Paypal dah banyak berubah untuk memudahkan kita menggunakan servis Paypal.

Sebenarnya korang dah tak perlu lagi nak masukkan duit dalam akaun Paypal secara manual.

Apa yang perlu buat adalah linkkan kad debit dalam akaun Paypal.

Itu saja.

Jika korang nak transfer duit atau nak beli barang ke luar negara, tak perlu pun ada baki dalam akaun Paypal. Yang penting baki perlu ada dalam kad debit yang telah kita linkkan dalam akaun Paypal sebab bila kita membeli sesuatu ia akan direct sedut dari kad debit ataupun kad kredit kita.

Tapi di sini saya andaikan korang tak ada kad debit dan masih nak topup duit dalam akaun Paypal.

Baiklah.

Di sini saya akan tunjukkan tutorial macam mana cara masukkan duit dalam akaun Paypal.

Jom kita mulakan tutorial ini.

Cara Masukkan Duit Dalam Akaun Paypal

Untuk masukkan duit dalam akaun paypal melalui bank, hanya satu bank saja yang membenarkannya iaitu RHB bank.

Bank yang lain tak boleh nak topup secara direct melalui akaun PayPal.

Sebelum mulakan tutorial ni, saya dah anggap korang semua dah ada akaun RHB bank online.

Langkah 1 Pergi ke website RHB bank dan login.

Langkah 2 Kemudian kita kena pastikan samaada kita dah update email atau belum. Untuk pastikannya, lihat menu sebelah kiri Profile » Personal Profile

warna baju banduan
Kredit Gambar : Rentas Sempadan

Masukkan email kita pada bahagian sini.

Langkah 3 Seterusnya, lihat pada menu sebelah kiri Fund Transfer » Send Money via PayPal

Langkah 4 Kemudian klik pada Open Transfer.

Langkah 4 Di sini kita perlu masukkan nama, nombor telefon dan juga email penerima untuk kita transfer duit kepada siapa kita nak transfer duit tersebut.

Jika dalam akaun Paypal diri kita sendiri, masukkan email untuk akaun PayPal kita.

warna baju banduan
Kredit Gambar : Rentas Sempadan

Kemudian pilih matawang samaada nak transfer dalam matawang USD atau MYR dan pilih berapa jumlah nak transfer.

Jika kita pilih matawang USD, nanti mereka akan convertkan siap-siap matawang tersebut mengikut nilai matawang semasa.

Semasa artikel ni ditulis, USD1 bersamaan dengan RM4.18.

Langkah 5 Masukkan description tujuan kita transfer duit tersebut. Sebagai contoh boleh tulis derma dan sebagainya.

Kemudian tandakan tick pada terma dan syarat dan klik pada butang Preview.

Siap!

warna baju banduan
Kredit Gambar : Rentas Sempadan

Sekarang kita sudah berjaya tambahkan duit dalam akaun Paypal kita ataupun boleh juga guna cara ni untuk transfer direct ke akaun Paypal orang lain.

Untuk pengetahuan korang, nanti pihak RHB bank akan mengenakan sedikit caj transaksi.

Alternatif Lain

Seperti yang saya ceritakan sebelum ni, tak perlu pun sebenarnya untuk kita tambah duit dalam akaun Paypal.

Cukup sekadar kita ada kad debit dan linkkan dalam akaun Paypal.

Kemudian, kita boleh terus buat pembayaran atau pembelian dari luar negara direct melalui Paypal sebab mereka akan tarik secara auto dari kad debit yang kita linkkan dengan akaun Paypal.

Boleh tengok tutorial cara linkkan kad debit dengan akaun Paypal.

Soalan Lazim Tambah Duit Dalam Akaun PayPal Menggunakan RHB Bank (FAQ)

Selain RHB bank, bank apa lagi boleh topup duit dalam akaun Paypal?

Buat masa sekarang ni, di Malaysia hanya RHB bank saja yang membenarkan tambah atau topup duit dalam akaun Paypal.

Macam mana nak batalkan transaksi jika tersalah masukkan email?

Jika transfer melalui RHB bank, tiada pembatalan dan tak boleh request refund melalui RHB bank. Apa yang boleh korang buat adalah cuba contact pihak PayPal dan buat refund. Jika ada rezeki, duit tu akan direfund semula.

Berapakah limit transaksi dibenarkan?

Limit transaksi yang dibenarkan adalah sebanyak RM3000

Berapa lama masa untuk terima dalam akaun PayPal?

Setelah transaksia dari RHB ke akaun Paypal, korang akan dapat melihat jumlah tersebut dengan segera dalam akaun Paypal.

Apakah waktu operasi untuk servis ini?

Untuk tambah duit dalam akaun Paypal menggunakan RHB Bank, ianya tiada limit

Penutup

Dalam tutorial ni saya tunjukkan cara macam mana nak tambah duit atau masukkan duit dalam akaun Paypal kita ataupun orang lain dengan menggunakan bank.

Saya sarankan guna cara ni untuk mereka yang tiada kad debit. Jika ada kad debit, linkkan dengan akaun Paypal kerana ianya lagi mudah dan cepat.

Untuk tutorial lain tentang Paypal, boleh lihat Panduan Lengkap Paypal Malaysia.

Tips Sebelum dan Selepas Upload Video di YouTube

Tips Sebelum dan Selepas Upload Video di YouTube

Apa tips yang perlu yang perlu kita amalkan sebelum dan selepas upload video di YouTube?

Sebenarnya ni bukanlah tips sangat pun. Cuma ni adalah cara aku sendiri macam mana aku nak optimumkan setiap video yang diupload di YouTube supaya aku sendiri tidak lupa apa yang perlu aku buat.

Cara Upload Video di YouTube

Macam mana cara nak upload video di YouTube?

  1. Log masuk ke dalam akaun YouTube.
  2. Pergi ke YouTube studio.
  3. Pada bahagian sebelah kanan atas, ada butang Create. Klik pada butang create tersebut dan nanti kita ada tiga pilihan iaitu Upload Videos, Go Live dan Create post.
  4. Untuk upload video, kita klik pada Upload videos.
  5. Cari video di local storage laptop/smartfon korang dan klik pada butang select file.

Siap!

Tips Sebelum dan Selepas Upload Video di YouTube

Jadi, inilah cara yang akan aku buat sebelum dan selepas upload video di YouTube.

upload video di YouTube

Ok sebelum korang lihat apa strategi yang aku buat untuk YouTube selepas ini, jom dulu support channel YouTube saya iaitu Channel Blog Faiz.

Dalam channel ni aku tak fokus satu topik pun sebab saya lebih kepada content rojak. Contohnya, apa yang saya suka buat, tutorial, vlog, perkongsian video tempat-tempat menarik dan sebagainya.

Saya sebenarnya dalam proses belajar kenal kamera je pun. Tapi buat masa sekarang ni kita main hentam je dulu sebab belum sempat nak belajar setting kamera dengan betul.

Ok lah. Itu pengenalan secara ringkas untuk channel Blog Faiz.

Jadi, sekarang ni jom kita lihat apa strategi yang aku akan buat lepas ni untuk channel YouTube aku ni.

Sebelum

  1. Pastikan dalam video ada tiga element iaitu lower third intro, media sosial promote dan juga outro. Ketiga-tiga benda ni perlu ada dalam video.
  2. Buat tajuk yang menarik dan kreatif.
  3. Masukkan tag atau kata kunci sebanyak mungkin
  4. Buat description untuk menerangan video tersebut tentang apa.
  5. Buat thumbnail video yang menarik.
  6. Kategorikan video dengan kategori yang sesuai.
  7. Buat cards untuk optimumkan lagi video.
  8. Jika perlu, buat timestamps pada video untuk tambah SEO pada carian di YouTube.

Selepas

  1. Lepas dah upload video di YouTube, upload pula di Facebook Page.
  2. Upload ringkasan di Community YouTube.
  3. Jika video tersebut sesuai dijadikan artikel atau tutorial di blog, buat je untuk optimumkan lagi video tersebut.
  4. Kalau boleh, upload juga ringkasan di instagram samaada dalam bentuk gambar atau video.

Nota Ringkas

Saiz thumbnail untuk YouTube adalah 1280 x 720

Ok.

Ni adalah antara strategi yang aku akan buat lepas ni. So, mungkin cara korang adalah berbeza.

Harap dengan strategi dan tips ni kita sama-sama dapat optimumkan video di YouTube kita untuk menjana pendapatan sampingan melaluinya.

Sebelum aku akhiri artikel ini, aku juga ada buat perkongsian secara meluas tentang YouTube di akademiYT. Kalau korang baru mula nak belajar atau mungkin ada sesuatu ilmu tentang YouTube yang korang terlepas pandang, boleh la jenguk blog tersebut.

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest