013-9346624 (Whatsapp Only)
Apa Itu Scammer Dan 5 Jenis Scam Paling Popular Di Malaysia

Apa Itu Scammer Dan 5 Jenis Scam Paling Popular Di Malaysia

Masih ramai yang tidak tahu definisi apa itu scammer. Sejak dunia teknologi berkembang dengan pesat, “industri” scammer pun bertambah pesat juga.

Dulu saya dengar hanya golongan tua je yang kena scam, tapi sekarang ni tak kira umur jantina semua kena tipu disebabkan kelicikkan scammer ni memperdaya mangsa.

Apa itu Scammer?

Apa itu scammer? Scammer ni dalam Bahasa mudah adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Tak kira, tipu secara online ataupun tipu secara depan-depan, kita akan panggil ianya scammer.

Scammer berasal dari perkataan scam. Bila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer.

Scam ni boleh dikatakan satu budaya yang tak mungkn akan terpadam sampai bila-bila. Biasalah. Manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Jadi di sini saya nak kongsikan lima jenis scam yang paling popular di Malaysia.

apa itu scammer

Scammer ni wujud tak kira mana tempat. Di mana-mana si scammer ni akan wujud. Malaysia juga tidak terlepas daripada wujudnya scammer ni. Scammer ni pula melakukan pelbagai jenis aktiviti scam untuk memperdayakan mangsa. So, anda perlu berhati-hati dengan jenis scam seperti berikut.

1. Scam Duit Syiling Lama

Ok yang pertama adalah scam duit siling lama.

Sebenarnya scam duit siling lama ni saya dah pernah dengar sejak awal tahun 2013 lagi. Dan sehingga sekarang ni masalah scam duit siling lama masih lagi kedengaran seolah-olah benda ni tiada penghujungnya.

So, macam mana modus operandi mereka ni?

Biasanya scammer ni yang pernah saya jumpa lah, adalah scammer dari Luar negara, sebab kebanyakkan mereka ni akan speaking bila mesej dengan kita.

Ok, saya ceritakan tentang pengalaman saya sendiri, mesej dengan scammer duit silling lama ni.

Ada satu hari tu saya ada terima satu mesej di Instagram dari orang yang saya tak kenali dalam bahsa inggeris, untuk bertanyakan tentang duit siling lama. Padahal saya dah syak awal-awal lagi dia tu adalah scammer.

So, saya layanlah macam biasa. Mula-mula dia tanya saya ada ke duit siling lama? Saya pun berlakon jawab ada. Then, lepas tu berlaku sesuatu yang tak masuk akal. Dia offer satu duit siling lama dengan harga USD50k.

50K USD tu. Bukan sikit.

Lepas tu scammer ni beritahu saya untuk transaksi sebanyak tu, akan ada fee lah yang perlu kita settle. Tapi yang jadi masalahnya fee tersebut kita perlu bayar ke dalam akaun peribadi seseorang. Nombor akaun sape ntah dia bedal. So, di situ memang dah sah ni adalah scammer.

Jadi, sape yang rambang mata dengan tawaran 50k tu akan bank in fee tersebut dan dari situlah bermula kisah kena scam.

2. Macau Scam (guna psikologi menakutkan mangsa)

Ok, yang kedua adalah Macau Scam.

Sebenarnya Macau scam ni dia ada banyak jenis. Antaranya adalah Kad Kredit, panggilan mahkamah, parcel scam, menyamar anggota penguatkuasa dan sebagainya.

So, macam mana pula dengan modus operandi mereka?

Macau scam ni modos operandi mereka ni lebih kepada memperdayakan mangsa dengan menggunakan Teknik psikologi.

Ok di sini saya berikan satu contohlah iaitu scam kad kredit.

Ok scammer ni dia akan menghubungi mangsa yang memang dah ada buat kad kad kredit sebelum ni.

Jadi, scammer ni akan menghubungi mangsa dan beritahu mangsa bahawa mangsa ada hutang kad kredit sejumlah yang tak masuk akal. Ok sebagai contoh katakan RM500,000.

Lepas tu, scammer ni dia akan menakut-nakutkan mangsa dengan segala harta benda mangsa akan disita oleh pihak berkuasa jika tak bayar hutang kad kredit tu.

Gila kan kalu kita tak takut lepas lepas diugut harta benda akan disita.

Dari sinilah scammer ambil peluang ni, dan menyuruh mangsa buat apa yang disuruh.

Dengan ketakutan mangsa ni sekarang ni, mangsa akan buat apa saja yang disuruh. Sebagai contoh, scammer akan menyuruh mangsa bank in dalam jumlah yang tertentu kedalam akaun tertentu dengan harapan masalah tersebut dapat diselesaikan.

Bila mangsa dah bank in apa semua, masih juga tak settle sehingga mangsa ni rasa tertipu dan diperdaya oleh scammer.

Korang mesti pelik kan? Kenapa scammer ni boleh tahu orang ni, orang tu ada buat kad kredit, orang tu ada hutang dengan bank dan sebagainya kalau bukan orang dalam sendiri. So fikir-fikirkanlah.

3. Instagram dan Facebook (Scam Media Social)

Ok yang ketiga adalah scam media social.

Scam media social ni kebanyakkan yang jadi mangsa adalah golongan muda yang suka beli gadget murah melalui Facebook atau Instagram.

So, macam mana modus operandi mereka?

Scammer akan list sesuatu barang yang jauh lebih murah daripada harga pasaran luar.

So, bila mangsa yang jenis asyik nak murah je, so tanpa fikir Panjang terus bank in untuk pembelian.

Lepas dah bank in, scammer ni biasanya dia akan minta lagi duit tambahan sebagai contoh fee penghantaran. Yang si mangsa ni pula, bila suruh je bayar fee penghantaran, tanpa siasat apa-apa terus bank in, sebab walaupun ada fee penghantaran barang tersebut jauh masih murah lagi.

Bila dah bank in fee penghantaran tadi, biasanya scammer dengan tamak akan minta lagi fee yang lain pula dan begitulah seterusnya sehingga mangsa rasa tertipu.

Bila request refund pula, scammer ni akan menyuruh untuk bayar fee refund pula.

Jadi, sedar tak sedar mangsa dah pun rugi beribu-ribu tanpa sedar.

Dalam kes ni? Siapa yang bijak?

Jadi, nasihat saya kepada mereka yang suka beli secara online, belilah barang di laman web rasmi jual beli online seperti Lazada dan Shopee.

4. Scam Love

Keempat adalah Scam Love.

Scam love ni sebenarnya amat jarang sekali berlaku di Malaysia. Tapi walaupun jarang berlaku, sekali kena mangsa boleh kehilangan berates-ratus ribu.

Ok, macam mana dengan scam love ni boleh berlaku?

Biasanya scammer ni dia akan mencari mangsa di laman web dating site. Bila dah jumpa mangsa, scammer ni akan berkenalan dan mula berikan kata-kata manis mengikut dalam skrip yang ditetapkan oleh scammer.

Biasalah. Perempuan bila kena ayat manis ni terus cair.

Lepas scammer ni rasa perempuan tadi dah hanyut, scammer ni memberitahu mangsa bahawa dia akan menghantar satu hadiah yang sangat berharga sebagai perkenalan dengan mangsa. Sebagai contoh nilai barang tersebut adalah RM25k.

Jadi, lepas beberapa hari, scammer akan beritahu mangsa yang barang dihantar tu tersekat di pemeriksaan kastam. So, dengan yakinnya, scammer ni akan menyuruh mangsa bank in duit dalam sejumlah yang wang agak banyak sebagai fee untuk melepaskan barang tersebut tersekat di pemeriksaan kastam.

Masalahnya, bila rujuk nombor akaun, fee tersebut perlu dibayar ke dalam akaun peribadi seseorang.

Tapi, bagi mereka yang dah rambang mata dengan hadiah yang lumayan tu, akan bank in juga tanpa fikir panjang yang mereka akan jadi mangsa scam.

5. Scam hutang (paling bahaya)

Ok yang kelima adalah scam hutang.

Yang ni saya malas nak hurai Panjang. Cukuplah dengan sekadar nasihat. Jika korang adalah penghutang, sila bayar hutang tersebut walaupun tidak dituntut. Ingatlah semula kata-kata awal korang sebelum pinjam wang.

Kepada yang memberi hutang pula, korang perlu bersedia perkara-perkara yang akan berlaku supaya tidak terputus hubungan silaturahim.

Baik.

Di bawah ni saya ada sediakan video mengenai 5 jenis scam paling popular di Malaysia.

Cara Nak Elak Kena Scam

Di sini saya nak beritahu beberapa perkara yang penting supaya kita boleh elak daripada menjadi mangsa scammer ni.

Berdasarkan apa yang saya beritahu di atas ni, ini yang patut korang buat.

  1. Jangan mudah terperdaya dengan tawaran wang tunai yang banyak. Banyak seller yang kena tipu oleh buyer. Pelik bunyikan? Tapi ni realiti di mana buyer menawarkan harga yang tinggi bagi sesuatu barang tapi dengan syarat seller ni akan transfer dulu fee. Jika korang bijak dan cerdik pandai, benda ni takkan berlaku.
  2. Jangan mudah panik jika diugut untuk laporkan pada pihak berkuasa. Jika korang kena ugut akan dilaporkan pada interpol, polis dan sebagainya, ketahuilah bahawa ugutan itu hanya untuk menakut-nakutkan korang sehingga korang buat saja apa yang disuruh. Contohnya bank in. Apa yang perlu korang buat jika diugut seperti ni adalah, pergi buat report polis. Buat apa nak takut jika tak salah.
  3. Semak latar belakang sesuatu syarikat atau individu tersebut sebelum membuat sebarang transaksi. Ramai yang nak beli barang secara online. Bila jumpa harga yang murah sikit terus rambang mata nak beli tanpa memikirkan yang tu betul atau scam.
  4. Beli barang di official store seperti Lazada atau Shopee. Lazada dan Shopee adalah official store jual beli online paling polular di Malaysia. Jika korang kena scam sini jangan risau sebab kita boleh buat request refund dari pihak Lazada ataupun Shopee. Boleh lihat tutorial mana mana cara nak refund di Lazada dan macam mana cara nak refund di Shopee.
  5. Jika nak beli barang selain official store, guna kaedah pembayaran yang selamat iaitu PayPal. PayPal adalah kaedah pembayaran yang selamat di mana pembayaran kita akan dihold oleh pihak PayPal sebelum dilepaskan bayaran tersebut kepada Seller.

Saya rasa cukup lima ni saja tips untuk korang elak dari terkena scam oleh scammer.

Apa Nak Buat Jika Kena Scam?

Katakan korang dah kena scam dengan scammer.

So apa yang perlu dibuat?

Dalam artikel sebelum ni saya dah ceritakan macam mana nak dapatkan semula duit dari scammer lepas kena scam.

Ini cadangan saya secara ringkas apa yang perlu korang buat jika kena scam.

  1. Buat report polis sebagai cover report dan untuk buat urusan lebih serius dengan pihak bank.
  2. Pergi ke bank minta nasihat dan cuba dapatkan info mengenai scammer tersebut seperti nama penuh, nombor telefon, email dan sebagainya. Cakap kat pihak bank untuk tujuan mahkamah sambil tunjuk report polis.
  3. Buat tuntutan tribunal. Tuntutan tribunal biasanya akan ambil kes ni dengan serius. Jangan mengharapkan pihak polis sebab bab scam ni bagi polis benda biasa dan ianya agak susah nak buat dakwaan di Mahkamah jika bukti tidak mencukupi.

Itu saja cara yang saya mampu bagi korang idea macam mana nak hadapi dan apa kena buat lepas kena scam.

Penutup

Jadi, tahulah kita sekarang ni apa itu scammer dan jenis-jenis scammer yang sentiasa menghantui penduduk di Malaysia. Harapan saya agar kita semua celik dengan apa yang dah berlaku selama ni sebab dah ramai yang kena tipu sehingga jutaan ringgit.

Saya boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada yang PM untuk bertanyakan macam mana cara nak dapatkan duit balik lepas kena scam.

Saya cadangkan kepada korang yang terkena scam, cuba buat tuntutan tribunal sebab pihak tribunal akan selesaikan kes scammer sehingga selesai.

Jeram Mengaji Agro Resort – Tempat Best Di Kelantan

Jeram Mengaji Agro Resort – Tempat Best Di Kelantan

Siapa sangka Jeram Mengaji Agro boleh dikatakan sebagai permata yang tersembunyi yang ada di Kelantan. Lokasi menarik ini terletak di Jeram Mengaji Agro Resort, kira-kira enam kilometer dari Selising dan kira-kira 22 kilometer dari Bandar Pasir Puteh.

Sebenarnya Jeram Mengaji ni dah lama dibuka cuma ia tidak sepopular sekarang ni sebab di Jeram Mengaji telah membuka satu tempat yang seolah-olah suasana sama di Kundasang Sabah. Cumanya ia tak sesejuk di Kundasang.

Ok kenapa aku katakan ia sama di Kundasang?

Lihat gambar di bawah.

jeram mengaji agro

Di sini ada perusahaan penternakkan lembu New Zealand yang menjadikan suasana di sini lain dari yang lain. Kalau korang tak pernah tengok lembu New Zealand tu macam mana boleh tengok gambar di bawah.

jeram mengaji agro

Sebenarnya trip aku pada kali ni bukanlah yang dirancang sebab tujuan utama aku pada hari tersebut adalah untuk pergi ke Jeram Pasu. Malangnya bila je aku sampai di sana, Jeram Pasu ditutup sementara sebab sekarang ni sedang dalam penambah baikkan. So, terus aku melencong je sini.

InsyaAllah aku akan repeat lagi datang ke sini untuk buat review dengan lebih detail.

Jadi, pada kali ini aku nak ceritakan sikit apa yang best ada kat sini.

Jika korang datang sini, first sekali yang korang lihat adalah satu pemandangan bukit bukau yang memang awesome. Selain padang rumput yang luas di sini, menjadikan suasana di sini saling tak tumpah seperti di Kundasang, Sabah. Kalau nak lebih bangga lagi seakan-akan berada di New Zealand.

Kalau korang bernasib baik, mereka akan lepas lembu-lembu yang bertompok hitam putih tu di kawasan padang yang luas yang menaikkan lagi suasana di kawasan sini.

Kebetulan masa aku pergi hari tu, kesemua lembu ada dalam kandang. So, aku tak dapat nak menikmati lembu tenusu yang sama macam kat New Zealand tu. Tambahan pula, pada masa aku sampai di sini, matahari sedang memuncak tinggi menyebabkan kawasan sini agak panas dan kurang sesuai untuk bergambar pada masa ni.

Tapi ada orang kata, jika sampai sini pada waktu pagi, suasananya memang cukup menarik. Ditambah dengan kabus pada waktu pagi yang menjadikan kita seolah-olah berada di satu tempat asing.

So, aku cadangkan korang datang sini sampai awal pagi sebelum pukul 9 pagi sebab lepas pukul 9 kebiasaan kabus pagi tu dah mula menghilang.

Selain tu juga, korang berpeluang untuk menaikki kuda.

jeram mengaji agro

Ya, jika korang ingin pengalaman naik kuda, boleh datang sini pada hari Sabtu sebab pada hari Sabtu saja korang berpeluang naik kuda.

Bila aku fikir-fikir balik, tempat ni tak ada tempat yang menarik pun nak dikunjungi. Cuma, kalau korang nak bergambar, sinilah syurga untuk bergambar bagi rakyat Kelantan.

Ramai je pasangan yang baru berkahwin datang sini semata-mata untuk bergambar.

Serius! Tempat ni cukup menarik untuk bergambar.

Lepas korang dah penat pusing, jangan risau di sini ada beberapa gerai yang menyediakan minuman dari produk tenusu. Yang ni best sebab ianya fresh dari ladang. Susu perah sendiri dan proses sendiri untuk dijadikan minumam.

jeram mengaji agro

So nanti, korang bolehlah cuba Susu segar, dadih, aiskrim, susu berperisa dan banyak lagi yang produk dari tenusu.

Ok, untuk bahagian ladang ni aku rasa dah cerita habis.

Sekarang ni kita pergi ke Jeram pula sebab tak sampai 500 meter pun korang akan dapat mandi air yang segar terus dari bukit.

jeram mengaji agro

Air terjun sini sangat sesuai untuk semua golongan sebab airnya tak dalam. So, jangan risau pasal keselamatan anak-anak jika bermain air di sini. Cuma kena berhati-hati jika mandi lepas waktu hujan sebab biasanya kepala air akan menyerang.

Kepada yang nak bermalam di sini, resort juga ada disediakan. So, jika korang datang dari jauh, boleh la cuba bermalam di sini dulu.

Biasanya, pihak luar yang menganjurkan seminar, akan buat di sini sebab di sini ada dewan yang sesuai untuk tujuan seminar atau apa-apa saja event.

Aku rasa itu jelah kot yang boleh aku kongsi mengenai Jeram Mengaji ni. Lagipun aku just buat short trip je. Tak sempat nak explore habis. Next time aku akan kesini lagi untuk explore dengan lebih jauh lagi untuk kongsikan pada korang semua.

Jika korang rasa nak tengok dalam bentuk video, boleh lah tengok di Channel YouTube Blog Faiz.

Cara Bayar Guna PayPal Untuk Beli Barang Online Luar Negara

Cara Bayar Guna PayPal Untuk Beli Barang Online Luar Negara

Macam mana cara bayar guna Paypal? Sekarang ni apa-apa saja barang yang kita nak beli di website luar negara, majoritinya menggunakan Paypal. Memang rugilah siapa yang tak tahu cara nak bayar guna Paypal ni. Sampai bila nak mengharapkan orang lain buat bayaran kan?

Sebelum ni saya dah ceritakan apa itu Paypal bagi sesiapa yang belum kenal.

Kita jangan pertikai Paypal ni selamat ke kalau kita nak buat bayaran ataupun pembelian.

Saya dah banyak pengalaman menggunakan Paypal dan apa yang boleh saya katakan ia adalah kaedah paling selamat setakat ni.

Konsep Pembayaran PayPal

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut macam mana cara nak buat bayaran di PayPal ni, di sini saya nak ceritakan dulu konsep pembayarannya ni supaya korang tahu betapa selamatnya Paypal ni untuk kita gunakan.

Konsep pembayaran di Paypal ni adalah Pay, Hold and Release.

Ok macam ni maksudnya.

Bila kita transfer duit pada seseorang (seller) dengan menggunakan Paypal, pihak Paypal akan hold dulu duit kita tu dalam akaun seller selama 21 hari.

Maksudnya jika ada masalah pada barang tersebut dalam tempoh 21 hari kita boleh tuntut dan boleh dapatkan duit semula.

Lepas dah 21 hari, barulah pihak Paypal akan lepaskan duit tersebut pada seller dan seller boleh buat keluarkan ke akaun bank mereka.

Walaubagaimana pun, jika dah lebih 21 hari pun, kita masih boleh buat dispute sehingga tempoh 3 bulan lamanya.

Jadi, jika ada apa-apa masalah terhadap barang atau servis yang kita order, kita akan dapat semula duit tersebut.

Tips selamat: Jangan sesekali buat pembayaran dengan menggunakan kaedah Family and Friends di Paypal sebab kaedah tersebut dikira sebagai donation yang mana korang takkan dapat semula wang tersebut jika terkena scam.

Cara Bayar Guna PayPal

cara bayar guna paypal

Jadi, macam mana kita nak gunakan Paypal untuk tujuan pembayaran?

Ikut tutorial di bawah.

Dalam tutorial di bawah ni saya nak tunjukkan macam mana kita nak buat pembayaran direct dari akaun Paypal.

#1. Cara Bayar Menggunakan Web Paypal

Langkah 1 Layari laman web Paypal dan login.

Langkah 2 Kemudian lihat menu di atas dan klik pada Send & Request.

jeram mengaji agro

Langkah 3 Kemudian di sini dia ada empat pilihan iaitu;

  • Send
  • Request
  • Contacts
  • More

Untuk kita hantar duit ataupun buat pembayaran, kita pilih Send. Jika kita nak terima duit dari seseorang, kita klik Request.

Jadi, disebabkan tutorial ni fokus pada pembayaran saja, so kita klik pada bahagian Send.

jeram mengaji agro

Kemudian pada Send payment to, kita masukkan email untuk kita masukkan duit.

Mesti korang pelik kenapa tak guna nombor akaun Paypal?

Untuk pengetahuan korang, nombor akaun Paypal adalah email yang kita gunakan masa daftar untuk Paypal. Jadi, kalau ada orang nak bayar kita guna Paypal, kita just bagi mereka email yang kita daftar Paypal tersebut.

Nota: Nombor akaun Paypal adalah email yang kita gunakan masa daftar akaun Paypal.

Langkah 4 Seterusnya nanti korang akan lihat seperti gambar di bawah.

jeram mengaji agro

Nombor 1: Masukkan jumlah berapa yang korang nak transfer.

Nombor 2: Pilih matawang yang korang nak transfer di sini. Sebagai contoh di atas saya pilih MYR iaitu Ringgit Malaysia.

Nombor 3: Boleh tulis note atau spesial untuk dibaca oleh seller atau penerima duit tersebut.

Nombor 4: Lepas dah siap semua, klik pada butang Continue untuk teruskan pembayaran.

#2. Cara Bayar Menggunakan Applikasi Paypal

[akan diupdate]

Soalan Lazim Mengenai Pembayaran Melalui PayPal

Apakah nombor akaun Paypal?

Nombor akaun Paypal adalah email yang digunakan semasa membuat pendaftaran email

Selamat ke bayar melalui Paypal ni?

Ya. Bayar apa-apa saja melalui akaun Paypal adalah selamat. Jika kita kena tipu atau kena scam, kita akan dapat balik duit tersebut dalam tempoh masa yang tertentu.

Boleh ke bayar melalui Paypal tanpa ada duit dalam akaun Paypal?

Ya. Korang boleh buat pembayaran atau pembelian melalui Paypal tanpa ada duit di dalamnya. Tapi kita kena linkkan terlebih dahulu dengan kad debit atau kad kredit. Nanti duit yang kita buat pembayaran akan ditolak secara direct melalui kad yang telah kita linkkan dengan akaun Paypal.

Macam mana nak buat jika pembayaran melalui Paypal decline?

Pertama sekali semak dulu samaada kita dah linkkan dengan kad debit atau belum. Kedua pastikan duit dalam akaun Paypal ataupun kad debit/kredit yang telah kita linkkan dengan akaun Paypal ada duit. Ketiga pastikan juga kad kita tersebut masih aktif. Keempat, jika masih ada masalah, sila hubungi pihak bank anda yang bermasalah tersebut. Cakap dengan support bahagian kredit/debit

Penutup

Jadi, dalam tutorial ni korang dah belajar cara macam mana nak guna Paypal untuk pembayaran.

Jika ada yang tak faham, boleh tinggalkan komen di bawah ni.

Saya akan jawab secara sukarela.

Untuk tutorial penuh mengenai PayPal, boleh tengok Panduan Lengkap Paypal Malaysia.

Sulur Bidar Tu Apa? Mitos Atau Benar Wujud?

Sulur Bidar Tu Apa? Mitos Atau Benar Wujud?

Dalam artikel ni saya nak kongsikan pendapat saya sendiri mengenai sulur bidar iaitu makhluk yang sering membuat pusaran di tengah sungai atau tasik.

Setelah kajian dan pembacaan saya buat sendiri, ini pendapat saya yang dapat saya kongsikan pada korang semua. Namun, pendapat ni ada kalanya betul dan ada kalanya salah.

Benarkah benda tu wujud atau kepercayaan manusia semata-mata?

Ok mesti korang pernah dengar apa sulur bidar? Terutama yang jenis kaki pancing ni, mesti korang pernah dengan jumpa benda ni.

Di Malaysia, mitos mengenai sulur bidar ni sering kali dikaitkan dengan Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tapi saya tak nafikan tempat lain pun ada.

Sebab benda ni dikatakan sering muncul di sini terutama semasa musim hujan.

Sulur Bidar Tu Apa?

Nama lain Sulur Bidar ni juga dikenali sebagai Hantu Balung Bidai. Mengikut kata orang lama, Sulur bidar ni digambarkan sebagai makhluk misteri berbentuk leper yang bersaiz besar dan mampu untuk membuat kocakkan air sehingga bot terbalik.

sulur bidar

Senang kata bentuk fizikal Sulur Bidar ni dia macam karpet dan dikatakan setiap penjuru tu dia ada empat kepala. Ini mengikut apa yang diceritakan dari orang lama la.

Dan dikatakan jika kita berada dekat dengan sulur bidar ni, benda ni akan menggulung mangsa dan menariknya ke bawah air selama beberapa hari.

Betul ke?

Jika korang tengok di channel YouTube Ustaz Rosdi, korang akan dapat tengok dia berenang mendekati Sulur Bidar tu.

Kalau kita kurang dalam ilmu pasal benda ni, mesti kita rasa kagum apa yang dibuat oleh Ustaz Rosdi tu.

Tapi, kajian yang saya buat, tak ada pula info atau berita secara rasmi mengenai sulur bidar ni samaada yang pernah menyerang manusia atau yang pernah menjumpai bentuk sebenar makhluk ni.

Ok. Untuk info korang setakat ni tiada siapa pernah lagi dapat lihat rupa sebenar sulur bidar ni.

Semua yang diceritakan atau yang kita dengar selama ni hanyalah mitos semata-mata.

Baik.

Kemudian, saya pun cuba la juga cari info mengenai benda ni di luar negara.

Rupa-rupanya, di luar negara pun ada juga benda ni yang dikatakan hantu oleh orang melayu.

Tapi yang saya kagum, tak ada pula mat salleh mengatakan benda ni sebagai hantu. Apa yang mereka kata ni adalah fenomena biasa di mana pelepasan gas udara dari dasar sungai ataupun tasik. Gas ni dikenali sebagai hydrogen Sulphide.

sulur bidar

Gas ni dikatakan ia terbentuk dari proses pereputan kayu dan juga daun-daun dengan tekanan yang ada di dasar sungai atau tasik.

Sebab tu kalua korang pernah tengok benda ni, kebanyakkan video yang menunjukkan fenomena ni habis daun-daun mati timbul ke permukaan air dan dikatakan ia agak berbau seperti telur busuk.

Apa yang saya lihat, ada seorang mat saleh dari Australia sedang membakar pusaran air yang kononnya di buat oleh benda ni dan ianya boleh menyala. Ni membuktikan bahawa memang ada gas yang sedang dilepaskan dari dasar tasik.

Ok.

Apa-apa pun ni adalah pandangan dari saya sendiri setelah kajian yang saya buat. Jika korang rasa Hantu Balung Bidai ni benar-benar wujud, sila buktikan dan disertakan dengan gambar yang asli.

Mari tengok penerangan saya mengenai hantu balung bidai ni di YouTube di bawah.

Cara Linkkan Kad Debit Dengan PayPal

Cara Linkkan Kad Debit Dengan PayPal

Macam mana pula cara linkkan kad debit dengan PayPal? Dalam artikel sebelum ni kita dah belajar apa itu Paypal dan juga cara nak daftar akaun Paypal dengan lengkap. Saya harap korang tak ada masalah dengan tutorial tersebut.

Dalam artikel ataupun tutorial kali ni pula, saya akan tunjukkan cara macam mana nak linkkan kad debit ataupun kad kredit dalam akaun Paypal kita sebab sebelum kita buat bayaran dengan menggunakan Paypal, kita perlu linkkan salah satu kad tersebut.

Cara Linkkan Kad Debit Dengan PayPal

cara linkkan kad debit dengan PayPal

Dalam tutorial ni saya tidak sarankan untuk korang guna applikasi Paypal sebab sizenya yang kecil boleh buatkan korang banyak benda tersilap.

Namun, dalam tutorial ni saya akan tunjukkan melalui applikasi dan juga website Paypal.

#1. Cara Linkkan Kad Debit Menggunakan Web PayPal

Langkah 1 Pertama sekali korang pergi ke laman website Paypal. Seterusnya, login ke dalam akaun Paypal. Jika belum daftar, nanti boleh tengok tutorial macam mana nak daftar akaun Paypal.

Langkah 2 Lepas dah login ke dalam PayPal, pergi ke Wallet » Link a Card or Bank.

jeram mengaji agro

Jika korang tengok di sini, kita boleh buat dua benda iaitu linkkan kad dan juga akaun bank.

Nanti tutorial tambahan saya akan tunjukkan juga cara macam mana nak linkkan dengan akaun bank.

Langkah 3 Kemudian, pilih “Link a credit card” sebab sekarang ni saya fokuskan dulu untuk linkkan dengan kad kredit ataupun kad debit.

jeram mengaji agro

Langkah 4 Seterusnya, kita perlu isi semua info di bawah seperti nombor lredit kad sebanyak 16 digit tu, jenis kad samaada visa, mastercard atau lain-lain, tarikh luput kad, tiga digit security kod yang ada dibelakang kad dan alamat rumah kita.

jeram mengaji agro

Lepas dah siap isi semua, klik saja pada link card.

Siap!

Sekarang ni akaun Paypal kita sudah pun berjaya di linkkan dengan kad.

Kelebihannya seperti saya beritahu tadi, kita tak perlu nak ada duit dalam akaun Paypal pun untuk buat pembayaran. Nanti Paypal akan tolak terus dari kad bank yang telah kita likkan sebentar tadi.

#2. Cara Linkkan Kad Debit Menggunakan Applikasi PayPal

Sebelum mulakan saya dah anggap korang dah download applikasi PayPal di App Store dan juga Google Play.

Jika dah install di smartfon masing-masing, jom kita mulakan.

Tips: Jika gambar dibawah ditunjukkan kecil, klik pada gambar untuk besarkan gambar.

Langkah 1 Buka applikasi Paypal di smartfon dan login.

Kemudian klik pada icon gear di sebelah atas kanan.

jeram mengaji agro

Langkah 2 Klik pada Banks and Cards.

jeram mengaji agro

Langkah 3 Kemudian klik pula pada Link a Card or Bank Account.

jeram mengaji agro

Langkah 4 Seterusnya di sini korang akan diberikan pilihan untuk pilih samaada nak link Bank akaun atau Kad kredit/debit.

Disebabkan saya fokus pada link kad, kita klik pada Debit or credit card.

jeram mengaji agro

Langkah 5 Masukkan nombor kad 16 digit dan info-info kad yang lain sehingga siap!

Itu saja

jeram mengaji agro

Untuk linkkan akaun bank dalam Paypal sama je jalan nak linkkan dengan kad tadi.

Perasan ke tak masa kita nak buat pilihan tadi, kita diberikan pilihan samaada kita nak linkkan kad debit/kredit atau akaun bank kita.

Kalau kita nak linkkan akaun bank kita, klik je pada Bank account.

jeram mengaji agro

Nanti benda ni korang perlu isikan nanti iaitu Nama bank, MEPS bank routing code dan juga nombor akaun bank kita.

Lepas dah siap isi semua, kita klik pada butang Link Your Bank.

Siap!

Itu saja.

Penutup

Dalam tutorial ni saya dah tunjukkan secara lebih detail macam mana nak linkkan kad kredit/debit ataupun akaun bank dalam akaun Paypal kita.

Tujuannya adalah, jika kita link kad kredit ataupun kad debit, kita boleh terus guna Paypal kita untuk buat pembelian di luar negara. Syarat dalam kad kita tu ada duit. Tak perlu nak topup bagai.

Kemudian, kita linkkan akaun bank kita pula bertujuan untuk buat pengeluaran duit jika dalam akaun Paypal kita ada duit.

Nak tengok tutorial penuh Paypal? Bolej rujuk panduan lengkap Paypal Malaysia.

Cara Daftar Akaun PayPal Dengan Lengkap (Updated)

Cara Daftar Akaun PayPal Dengan Lengkap (Updated)

Macam mana cara daftar akaun paypal dari awal sampai akhir sehingga boleh buat pembelian? Dalam artikel sebelum ni saya dah ceritakan apa itu Paypal, macam mana konsep transaksi Paypal, pengenalan Paypal ni dan sebagainya.

Nanti korang baca dulu ya apa itu PayPal supaya korang nampak dengan lebih jelas lagi tujuan kita membuka akaun PayPal ni.

Bila kita dah kenal apa itu Paypal, apa kata kita buka satu akaun Paypal untuk memudahkan urusan korang di kemudian hari jika nak buat pembayaran atau menerima bayaran apa-apa dari luar negara.

Jadi dalam artikel ni saya akan tunjukkan cara lengkap langkah demi langkah macam mana nak daftar akaun PayPal ni.

Cara Daftar Akaun PayPal Dengan Lengkap

cara daftar akaun paypal

Sebelum mulakan tutorial ni, saya sangat sarankan kepada korang untuk guna laptop atau desktop saja sebab bila guna smartfon ni kemungkinan banyak kesilapan akan berlaku.

Untuk buat pendaftaran Paypal, ikut tutorial di bawah ni.

Langkah 1 Layari laman web Paypal.com.

Langkah 2 Kemudian klik pada butang Signup atau Daftar.

Langkah 3 Kemudian korang akan lihat dua pilihan akaun yang perlu dipilih iaitu Personal Account atau Business Account.

Sebenarnya personal akaun dan juga bisnes akaun tiada beza yang ketara. Kedua-dua korang boleh terima wang dan juga hantar wang tanpa masalah.

So, dalam tutorial ni kita akan pilih Personal Account.

jeram mengaji agro

Lepas dah pilih personal akaun, klik pada butang Next.

Langkah 4 Kemudian di sini pilih je kenapa nak buka akaun Paypal. Untuk apa? Tapi saya sarankan untuk pilih Both of the Above.

jeram mengaji agro

Kemudian klik Next.

Langkah 5 Masukkan nombor telefon yang aktif di sini dan klik pada butang Next.

jeram mengaji agro

Nanti akan ada satu kod sampai melalui SMS di telefon kita. Nanti semak nombor kod tersebut dan masukkan dalam ruangan yang telah disediakan.

Tujuan nombor telefon ni adalah untuk mengesahkan bahawa kita pemilik nombor telefon tersebut dan ianya bukan nombor telefon yang palsu.

Langkah 6 Seterusnya, masukkan email, nama dan juga password di sini.

Untuk email address, saya sarankan untuk gunakan email gmail sahaja sebab banyak kelebihan email gmail berbanding email lain seperti Yahooo, AOL dan sebagainya.

Untuk password pula, saya sarankan untuk gunakan Password Generator untuk hasilkan password yang lebih selamat.

jeram mengaji agro

Klik pada butang Next.

Langkah 7 Nanti korang masukkan semua maklumat peribadi yang diminta di sini seperti kerakyatan, ID, alamat rumah, tarikh lahir dan sebagainya.

jeram mengaji agro

Lepas siap isi, scroll ke bawah sikit korang akan nampak ni.

jeram mengaji agro

Tandakan semua tick tanda korang bersetuju dengan terma dan syarat mereka dan klik pada butang Agree and Create Account.

Siap!

Sekarang dah boleh login dan gunakan akaun PayPal samaada untuk hantar duit atau terima duit.

Dalam video di bawah ni saya sediakan satu video tutorial cara macam mana nak daftar akaun PayPal jika korang kurang faham dalam tutorial bertulis ni.

Cara Login Akaun PayPal

Sebentar tadi kita dah berjaya create akaun PayPal kita sendiri.

Sekarang ni macam mana pula untuk kita login.

Walaupun benda ni basic tapi masih ramai yang tidak tahu.

Caranya senang je.

Langkah 1 Pergi ke laman web Paypal.com atau boleh juga download applikasi mereka samaada di App Store atau di Play Store.

Langkah 2 Klik pada butang atau link Login.

Langkah 3 Masukkan Email dan juga password semasa kita buat pendaftaran sebentar tadi dan klik pada butang login.

Siap.

Sekarang kita dah pun berjaya log masuk ke dalam akaun Paypal kita.

Cara Linkkan Kad Debit dan Akaun Bank Dalam PayPal

Walaupun pendaftaran PayPal dah siap, kita perlu setting beberapa bahagian terlebih dahulu supaya akaun PayPal kita boleh digunakan sepenuhnya.

Sebelum kita lihat tutorial linkkan kad debit dalam akaun Paypal, mari kita tengok kenapa perlu linkkan kad.

  1. Boleh buat pembayaran terus tanpa ada duit dalam akaun PayPal. Nanti PayPal akan tolak duit dalam kad debit yang telah kita linkkan.
  2. Untuk pengesahan akaun PayPal.
  3. Link akaun bank untuk urusan pengeluaran duit jika ada dalam akaun PayPal.

Cara nak linkkan kad debit/kredit dalam akaun PayPal, ikut tutorial di bawah.

Langkah 1 Login ke dalam akaun PayPal.

Langkah 2 Lihat pada menu atas dan klik pada Wallet.

jeram mengaji agro

Kemudian korang akan lihat seperti gambar di bawah.

jeram mengaji agro

Klik pada link a card or bank kemudian dia akan keluar popout seperti gambar di bawah pula.

jeram mengaji agro

Langkah 3 Nanti korang masukkan info samaada info kad kredit ataupun info akaun bank.

jeram mengaji agro
Info kad yang diperlukan
jeram mengaji agro
Info bank yang diperlukan

Di sini kita pilih nak link dengan kad debit/kredit atau dengan akaun bank kita.

Saya sarankan untukk orang buat kedua-duanya.

Lepas dah siap kita linkkan kad debit/kredit dan juga akaun bank dalam akaun PayPal kita, maka lengkaplah untuk kita mula guna Paypal.

Soalan Lazim Semasa Pendaftaran PayPal

Apa itu MEPS Bank Routing Code?

MEPS bank routing code ni adalah code bagi setiap bank. Untuk lihat senarai penuh code tersebut, boleh lihat pada posting Routing Code atau Swift Code.

Boleh ke kita daftar banyak akaun PayPal?

Ya boleh dan tak jadi masalah. Cuma untuk linkkan kad debit/kredit hanya boleh satu akaun PayPal saja dalam satu-satu masa. Untuk linkkan akaun bank tak jadi masalah.

Apa beza Personal Account dengan Business Account?

Secara asasnya tiada beza yang ketara. Semuanya boleh buat pembayaran dan juga menerima pembayaran. Untuk lebih jelas mengenai perbezaan kedua-dua jenis akaun ni, saya akan jelaskan dalam artikel yang lain. Cuma pastikan adakah korang nak buka akaun ni untuk Syarikat atau Individu saja?

Kesimpulan

Dalam artikel ni saya dah tunjukkan tutorial cara macam mana nak daftar akaun PayPal dari awal sampailah korang boleh ada akaun Paypal sendiri dengan lengkap.

Nak tengok tutorial lain pasal Paypal?

Boleh tengok Panduan Lengkap Paypal Malaysia.

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest