Tuhoop scam ke real? Mesti korang tertanya-tanya ataupun tercari-cari info mengenai benda ni sebab korang nak cuba join setelah rakan-rakan yang lain dah berbalik modal. Betul tak?
Jadi dalam artikel ni saya akan cuba berikan info yang lengkap dan nanti korang sendiri tentukan samaada nak join atau tak.
Itu hak masing-masing. Duit sendiri punya.
Tepuk dada tanya iman.
Sebelum saya teruskan artikel ni, di sini saya ingin menjelaskan bahawa dalam artikel ni saya sesekali TIDAK mengatakan Tuhoop atau Turing AI atau juga dikenali sebagai Robot oleh pemain adalah satu program scam.
Sebabnya saya tidak mempunyai bukti yang kukuh lagi setakat ni sebab pembayaran mereka pada pemain-pemain sangatlah lancar dan clear tanpa ada komplain setakat ini.
Namun apa jua pelaburan yang kita join hendaklah berhati-hati terutama pelaburan baru.
Kadang-kadang benda ni dia pusing-pusing je.
Hari ni keluar skim lain, kemudian bila dah dapat banyak kutip deposit duit orang ramai, terus cabut dan tinggalkan pelabur yang baru melabur.
Pelabur yang dah lama join mungkin berbalik modal tapi pelabur baru akan terus berputih mata.
Bila dah lama sikit, orang pun dah lupa, keluar pula skim lain tapi konsepnya tetap sama iaitu mula-mula pembayaran sangat cantik, clear dan kemudian bila dah ramai orang join dan labur, mereka akan mula melarikan diri bersama-sama dengan duit pelabur.
Ni saya katakan umum tidak menuju kepada Tuhoop supaya korang berhati-hati dan berfikir.
Faham baik-baik.
Tuhoop Scam ke Real? Review Tuhoop Malaysia
Di sini saya akan ceritakan secara lebih detail mengenai website Tuhoop ni supaya korang benar-benar faham macam mana skim website ni, harga sewa robot, bila ditubuhkan dan sebagainya.
Lepas saya dah ceritakan ni, buatlah keputusan yang bijak samaada nak join atau nak blah.
Apa itu Tuhoop?
Tuhoop adalah satu pelaburan bitcoin yang dikendalikan oleh sistem ataupun robot secara auto setiap hari. Apa yang perlu ahli buat adalah, hanya sediakan duit untuk menyewa robot sebagai modal permulaan dan pemain akan dijanjikan dengan bayaran ataupun untung setiap hari.
Sebagai contoh anggaran untung setiap hari untuk penyewa robot nombor 2 adalah sebanyak USD1.65/sehari
Contoh lagi anggaran untung setiap hari untuk penyewa robot nombor 5 pula adalah sebanyak USD165/sehari.
Tapi korang perlu ingat.
Sebelum robot ni bekerja untuk kita, kita kena sewa robot ni dulu.
Sekali bayar robot akan bekerja selama sebulan.
Nak robot ni bekerja lagi untuk kita, kena renew pula pada bulan yang seterusnya.
Begitulah seterusnya sampai korang tak nak main lagi benda ni.
Harga Sewaan Robot
Harga sewa robot setiap bulan dari robot nombor 1 sampailah nombor 5 boleh rujuk di bawah.
Ok di sini saya senaraikan harga bagi setiap robot dan anggaran keuntungan.
Jika korang berminat untuk join Tuhoop ni, korang mesti masuk melalui seseorang samaada orang tu sedar ataupun tidak.
Maksud saya di sini, semasa mendaftar masuk korang wajib masukkan username salah seorang ahli yang dah join sebelum ni.
Biasanya username ni adalah username yang memperkenalkan korang mengenai program ni. Lebih kurang macam leader la.
Kalau tak masukkan nanti korang tak boleh nak daftar seperti yang ditunjukkan gambar di bawah ni.
Jadi di sini selain buat pelaburan bitcoin ia juga ada unsur-unsur MLM.
Cara main?
Macam yang saya katakan tadi, bayar je sewa robot ni tiap-tiap bulan lepas tu boleh tidur dan duit akan masuk setiap hari.
Tak perlu nak belajar apa-apa.
Fakta Meragukan Tentang Tuhoop
Berikut adalah beberapa fakta yang meragukan tentang Tuhoop yang saya kumpulkan sendiri.
#1. Tarikh terbinanya Tuhoop
Saya pernah tanya kawan saya yang join benda ni.
Saya tanya bila benda ni dilancarkan?
Dengan yakinnya dia bagi jawapan sejak tahun 2016 lagi. Ada juga yang jawab 2018.
Adakah dia dapat info yang salah atau tidak ambil tahu?
Betul ke sejak tahun 2016 lagi benda ni dilancarkan?
Jom tengok fakta yang tak boleh menipu ni.
Mengikut data website dari WHOIS, laman web Tuhoop.com telah dibina pada 4 Mei 2021.
Masa artikel ni ditulis, website ni iaitu Tuhoop.com baru berusia lebih kurang 5 bulan.
Baru lagi gais.
Jadi, mana datangnya ahli mereka kata Tuhoop ni ditubuhkan sejak tahun 2016 atau 2018 lagi?
Penat macam ni kalau ahli sendiri yang join pun missleading fakta bila website ni ditubuhkan.
So, maksudnya di sini website ni masih baru lagi untuk korang buat pelaburan dan kalau nak join hendaklah sentiasa berhati-hati.
Sekali lagi saya nak nyatakan di sini, saya tidak buat apa-apa tuduhan pada website Tuhoop.com. Saya cuma sampaikan fakta untuk korang berfikir secara rasional.
Korang nak join? Silakan.
Untung rugi duit masing-masing.
#2. Info Syarikat Disembunyikan
Saya dah cuba cari info penuh syarikat yang membangunkan Tuhoop ni tapi tak jumpa juga. Saya nak tengok juga di mana mereka berpangkalan, nombor pejabat, organisasi dan sebagainya.
Sebagai bisnes pelaburan, mendedahkan identiti syarikat adalah penting supaya pelabur tahu mereka melabur dengan siapa.
Kat mana nak rujuk jika ada masalah dan sebagainya.
Siapa yang boleh bagi info syarikat untuk Tuhoop ni secara detail?
Jika ada boleh la tinggalkan komen di bawah.
#3. Website Buruk
Pernah korang layari web Tuhoop.com melalui laptop ataupun desktop?
Buruk benar rupanya apa yang saya tengok.
Nombor bertindan antara satu sama lain.
Tak tahulah kalau korang nampak cantik.
Ia agak menarik bila view dekat phone seperti website normal.
Tapi apa yang saya nak tekankan di sini adalah, takkan web ni didesign untuk phone saja?
Website mengutip deposit orang beribu-ribu sepatutnya bukan macam ni ciri-ciri website nya.
Kedua-dua platform sepatutnya boleh dilihat secara professional.
#4. Sistem Pembayaran Yang Tidak Selamat Dan Tidak Formal
Apa yang saya perasan, sudah seminggu lebih keluar warning untuk pembayaran secara online banking.
Bila saya cuba nak buat pembayaran melalui online banking secara auto, ini yang terjadi.
Sepatutnya syarikat yang menubuhkan website ni kena jaga reputasi mereka. Nak settel benda ni pun ambil masa seminggu lebih dan sampai sekarang pun belum settel lagi.
Untuk buat deposit dalam website ni buat masa sekarang, hanya satu cara saja iaitu melalui Manual Banking.
Maksudnya korang kena pergi ke mesin ATM dan buat deposit secara manual. Atau yang mana dah ada akaun online bankin tu, login seperti biasa dan buat deposit secara manual.
Ini nama akaun dan juga nombor akaun yang perlu korang perlu deposit dalam website Tuhoop.com ni sebelum menyewa robot.
Tambahan pula, mereka menggunakan akaun bank yang berbeza-beza ketika saya semak semula.
Semakkan pada 21 September 2021
Semakkan pada 7 Oktober 2021
Kenapa mereka gunakan akaun yang berbeza-beza?
Sebab?
Teori saya mengatakan jika mereka scammer, mereka senang nak lari dan jika ada report polis dibuat, ia akan menyukarkan untuk pihak polis jalankan siasatan bila main dengan banyak akaun ni.
Korang perlu ingat.
Nak siasat jenayah komersial ni bukan senang polis nak cari bukti tambahan lagi bila korang dengan rela hati melabur dalam skim tertentu.
#5. Website Sembunyi Dari Google
Saya ada cuba buat test dengan taip domain tuhoop.com di Google.
Apa yang mengejutkan saya, hanya ini saja yang keluar di Google. Page yang lain tidak ditunjukkan di Google.
Sebagai seorang yang berpengalaman dalam website selama 8 tahun, bila page website yang lain tidak keluar di Google, ini bermakna mereka sengaja tidak mendedahkan website mereka ataupun mengindex website mereka di Google.
Tapi kenapa ya mereka tidak mengindex website mereka di Google?
Google adalah salah satu search engine yang paling cerdik.
Mereka boleh menghidu kegiatan-kegiatan website seperti Phising, Malware, Scam dan sebagainya. Jika terhidu oleh Google, secara pantas Google akan menghalang web tersebut dari mengakses melalui Google.
#6. Applikasi Phone Meragukan
Ramai ahli-ahli mereka kata Tuhoop dah ada applikasi sendiri dan boleh download di Google Play.
Saya sendiri pun tak faham dengan ahli yang join pelaburan ni samaada mereka betul-betul faham atau tak applikasi tu dah ready download di Google play atau tak.
Bila saya sendiri cari applikasi tu di Google Play tak ada pun dan terus whatsapp support mereka tanya macam mana nak download applikasi Tuhoop ni dan ini jawapan yang mereka beri.
Saya beritahu sekali lagi applikasi ni tak wujud pun di Google Play.
Rupa-rupanya, nak download applikasi mereka ni bukan melalui Google Play tapi link luar dan applikasi tersebut masih lagi dalam file .apk.
Boleh rujuk gambar di atas. Itu adalah link untuk download applikasi tersebut.
Maksudnya applikasi tu mungkin dah siap dibina tapi secara tidak official boleh download dalam Google Play.
Jika skim ni skim yang benar, owner sepatutnya letakkan applikasi ni dalam Google Play. Bukan download melalui link luar.
Biar team Google Play tentukan applikasi ni selamat digunakan atau tidak sebab nak lepas sesuatu applikasi terutama applikasi yang mengambil deposit orang ramai ni bukan sesuatu yang mudah untuk diapprove oleh team Google Play.
Update: Akhirnya Turing AI dah boleh download di Play Store secara official. Tapi tak bermaksud sesuatu app yang diapprove oleh Google Play adalah selamat. Berhati-hati itu lebih baik.
Update ke-2: Aik. Hari ni 16 Oktober 2021 bila saya semak semula applikasi Tuhoop di Google Play dah tak ada pula. Sekejap ada, sekejap tak ada.
#7. Claim Diri Sendiri Top Ten Investor
Adalah sesuatu yang memalukan jika apa yang kita claim tidak sama dengan fakta yang betul.
Sama juga dengan produk kecantikkan keluaran baru.
Semuanya nak claim terbaik dan top ten.
Bila guna bukannya ada kesan positif malah ada yang jadi lebih teruk.
Masa artikel ni ditulis, ranking untuk website ni adalah 1818568 untuk worldwide dan ranking di Malaysia pula adalah 10,060.
Jadi, mari mana top ten tu?
Namun hal ni bukanlah sesuatu kesalahan besar untuk diragukan dan dijadikan point.
Tapi website yang ada integriti mereka tidak akan claim apa-apa selagi mereka tidak mencapai sesuatu tahap tersebut.
Halal Ke Haram Join Pelaburan Ni?
Halal atau haram sesuatu skim saya tidak boleh menjatuhkan hukum secara terus.
Lagipun saya bukan ahli agama yang boleh menjatuhkan sesuatu hukum.
Kita kena lihat pelbagai faktor.
Tapi bila saya cari info kemana duit kita akan pergi bila join Tuhoop ni tak ada.
Cuma kita bayar untuk robot bekerja setiap hari untuk kita dapat keuntungan.
Bagi pandangan saya sendiri, benda ni syubhah iaitu sesuatu yang meragukan sebab kita tak tahu ke mana duit kita pergi, macam mana keuntungan dapat dan sebagainya.
Jadi, awal-awal lagi saya angkat kaki.
Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh saya beritahu di sini, saya nasihatkan berhati-hatilah jika kita buat sesuatu pelaburan. Mungkin dalam jangka masa pendek kita akan dapat keuntungan sebab nak mengaburi mata ahli bahawa skim ni bukan scam. Bila orang fikir benda ni bukan scam, mereka akan ajak seberapa ramai ahli yang mungkin sambil tunjuk keuntungan yang dah dapat sehinggalah suatu hari nanti bila mereka dah capai target yang mereka nak, mereka akan tinggalkan pelabur-pelabur ni berputih mata.
Nak buat report polis tu boleh.
Tapi adakah polis akan siasat kes ni sampai akhir?
Tidak.
Sekarang ni saya dah emailkan kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) untuk bertanyakan status Tuhoop.com samaada ada mereka ada lesen kebenaran untuk mengutip deposit dari orang ramai untuk tujuan pelaburan atau tidak.
Jika dah ada maklum balas dari pihak BNM, saya akan update di sini.
Secara peribadi, saya tidak menggalakan korang join benda ni. Tapi kalau rasa nak cuba, sila lah. Tak ada sesiapa yang nak melarang.
Tujuan saya buat artikel ni, cuma nak suruh korang berfikir panjang sebelum join sesuatu. Bukan menghalang atau menghasut supaya tidak join.
Masing-masing dah besar panjang kan mana baik dan mana buruknya.
Kalau korang nak tengok dalam bentuk video, penerangan saya dalam bentuk video mengenai Tuhoop ni, boleh la tengok di bawah ni atau tengok secara direct di YouTube Channel Blog Faiz.
Update 6 Okt 2021: Maklumbalas Dari BNM
Setelah hampir seminggu saya email pada pihak Bank Negara Malaysia mengenai Tuhoop tidak berbalas, akhirnya saya dapat reply pada email kedua bertarikh 6 Okt 2021.
Jadi, ini email yang saya dapat dari pihak bank negara Malaysia.
Untuk baca dengan lebih lanjut, sila klik pada gambar untuk besarkan gambar.
Jadi, secara kesimpulan dari maklum balas email pihak BNM, sudah jelaslah Tuhoop.com tidak berdaftar dengan pihak bank negara untuk mengambil deposit daripada orang ramai untuk membuat pelaburan.
Untuk kemudahan korang mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan BNM atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh BNM di laman web BNM seperti di pautan berikut:
Dalam artikel ni saya nak share dengan korang lima jenis game online best di Solitaire. Pernah dengar tak apa itu Solitaire?
Jika korang masa kecil dulu ada komputer di rumah, mesti korang tahu dan pernah dengar apa itu Solitaire sebab dalam Windows 98 atau 99 dulu mesti game ni ada dalam komputer. Sempat la juga saya main game ni dulu.
Tapi pada masa tu game Solitaire ni hanya ada satu game saja iaitu main kad mahjong. Rupanya bila saya cuba explore sendiri hari ni di website Solitaire, rupa-rupanya Solitaire ni hanya jenama yang mereka cipta game tersebut. Sebenarnya dalam tu terdapat berpuluh-puluh lagi game yang korang boleh main secara percuma!
Disebabkan tu, saya teruja nak share kepada korang semua mengenai permainan online yang terdapat di sana yang sangat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk menghilangkan stress.
Jadi di sini saya nak share lima jenis permainan online best di Solitaire.
5 Jenis Game Online Best di Solitaire
Kelima-lima game ni adalah daripada pandangan saya sendiri yang dah mencuba permainan ni di Solitaire.
Tujuan saya berkongsi ni adalah untuk korang mencuba game yang saya katakan best ni dan rasai sendiri keseronokkan permainan online yang percuma ni.
Sebenarnya ia bukan sekadar game online untuk suka-suka tapi juga boleh melatih kita berfikir dan banyak menggunakan otak.
Secara ringkasnya permainan ni kita perlu main dengan mencari objek yang tersembunyi.
Objek yang perlu kita cari tu ada di bahagian bawah dalam kotak merah yang telah saya kotakkan seperti dalam gambar di bawah ni.
Kemudian, untuk bermain permainan ni, kita hanya klik saja pada objek yang dia suruh cari tu pada ruangan atas tu.
Korang kena klik pada objek yang sama dengan apa yang disuruh.
Jika korang tersalah klik, masa permainan akan ditolak sebanyak lima saat.
Jadi masa mencari kita akan semakin singkat jika korang main klik je tanpa klik pada objek yang sepatutnya.
Setiap klik pada objek yang betul, kita akan mendapat score sebanyak 500 point.
Jika kita tak jumpa cari objek yang disuruh cari tu, kita akan diberikan hint sebanyak tiga kali saja. Kalau korang guna hint ni, mesti jumpa punya.
Permainan ni sangat sesuai untuk kanak-kanak yang ingin melatih matanya mencari objek yang tersembunyi mengikut objek yang dinyatakan. So, boleh la latih anak-anak korang mengenali sesuatu disamping menguji tahap kecekapan matanya.
Permainan ni pula ia lebih kurang dengan permainan yang popular pada masa dulu iaitu Candy Crush.
Cara mainnya cukup senang dan simple.
Korang hanya perlu samakan ketiga-tiga warna dalam keadaan melintang atau menegak dan mereka akan menghilang ataupun hancur tandanya kita dah berjaya dan dapat point.
Kita akan diberikan masa selama 5 minit untuk selesaikan misi sebanyak 20 misi. Maksudnya korang kena matchingkan tiga warna yang sama sebanyak 20 kali dalam tempoh 5 minit.
Setiap yang berjaya, kita akan dapat sebanyak 9 point sahaja.
Dalam permainan ni ada sebanyak 50 level di mana level 1 paling mudah untuk dimainkan dan level 50 adalah yang paling susah.
Pada pandangan saya, permainan ni sangat sesuai untuk melatih kanak-kanak mengenali warna yang sama dan juga melatih mengikut arahan.
Zuma Legend ni lebih kurang sama dengan Candy House yang saya ceritakan sebentar tadi iaitu kita kena samakan 3 warna ataupun bentuk untuk menghancurkannya bentuk tersebut.
Tapi cara dia lain sikit. Jika Candy House tadi kita hanya swipe untuk samakan warna/bentuk, tapi untuk permainan Zuma Legend ni kita kena tembak pada bola yang sama warna/bentuk sehingga tersusun tiga supaya bola tu hancur sebelum sampai ke garisan penamat.
Untuk permainan ni dia tak ada masa.
Cuma kita kena pastikan bola tu tidak sentuh pada garisan penamat.
Jika dah sampai pada garisan penamat, korang dikira kalah.
Kelebihan game ni yang saya perhatikan adalah boleh mengajar kanak-kanak mengenal bentuk yang sama jenis selain ianya menarik boleh main tembak.
Sodoku adalah salah satu permainan yang sesuai bagi semua golongan sebab ia mengabungkan konsep matematik dalam permainan.
Jadi, ia amat sesuai dimainkan oleh semua orang terutama kanak-kanak untuk melatih kecekapan dalam pengiraan matematik.
Macam mana cara nak main Sodoku ni?
Cuba korang tengok gambar di bawah.
Setiap board mempunyai 9×9 grid bersamaan dengan 81 segi empat sama.
Setiap dalam grid, garisan melintang dan juga menegak, korang tak boleh mempunyai nombor yang sama. Nombor mestilah nombor yang berlainan iaitu dari nombor 1 sehingga 9.
Permainan ni tidak mempunyai masa tamat. Tapi dia dikira berapa lama korang boleh habiskan permainan ni. Kalau sejam, sejamlah rekod korang akan dikira.
Kali ni rasa terpanggil pula nak tulis sedikit coretan mengenai isu, SOP dan vaksin Covid 19 setelah berlaku beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku depan mata aku.
Ya. Benda yang berlaku depan mata aku ni buatkan aku rasa membuak-buak nak marah pada masa tu juga.
Tapi sabar.
Aku diajar bersikap profesional dan aku nak luahkan melalui penulisan ni.
Sebelum aku lanjutkan coretan yang merapu tapi penuh untuk korang berfikir secara rasional, di sini aku nafikan yang aku ni geng antivaksin.
Siapa kata aku ni antivaksin? Aku tak terpengaruh pun dengan antivaksin tegar. Mentol boleh menyala, besi boleh melekat, 5g, 8g activate.
Itu semua mengarut!
Aku ulang sekali lagi, itu semua mengarut! Aku pun anti yang jenis antivaksin merapu macam ni. Nak jadi antivaksin pun biarlah berilmu sikit. Bukan main bedal je share benda mengarut.
Sia-sia la aku belajar perubatan kalau aku antivaksin.
Tapi terus terang aku beritahu di sini, aku hanya skeptikal dengan vaksin Covid 19 je.
Ada la beberapa sebab tu. Tapi tak semestinya aku tolak terus vaksin covid 19 ni.
Sekarang kita dah tak panggil lagi dah Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tapi kita dah dikenali pula sebagai PPN iaitu Pelan Pemulihan Negara.
Tak kisah la nama apa pun.
Mereka nak tukar setiap hari pun aku peduli apa. Dah memang kucar kacir dari dulu lagi.
Pelan Pemulihan Negara ni ada empat fasa dan setahu aku kebanyakkan negeri sekarang ni dah masuk ke fasa 2-3.
Contohnya negeri Kelantan dah masuk ke fasa-2 semasa artikel ni ditulis.
Dalam fasa kedua ni banyak SOP yang bagi pandangan aku begitu mengarut. Itu bahasa paling lembut. Bahasa paling kasar biar aku sorang je tahu.
Antaranya yang paling mengarut bagi aku adalah sesiapa nak masuk pasar raya, berkhelah ataupun aktiviti di tempat awam sekarang ni, wajib lengkap vaksin dua dose terlebih dahulu.
Dulu sebelum ada vaksin boleh pula ke tempat awam walaupun tak lengkap vaksin.
Bukan ke dulu vaksin ni satu pilihan sendiri bukan paksaan.
Tapi sekarang ni dah jadi paksaan secara halus.
Kedai gunting rambut di Kelantan pun dah ada amalkan wajib vaksin dua dos dulu barulah boleh masuk.
Dasar-dasar macam ni yang membuatkan aku benci pada vaksin covid-19 kerana membeza-bezakan kelebihan antara yang dah vaksin dan yang belum vaksin.
Elok-elok aku terima dengan baik vaksin Covid-19 ni tapi sekarang buat aku jadi benci sebab benda-benda macam ni.
Kecewa Dengan SOP
Ni cerita berlaku depan mata aku sendiri yang aku rasa sangat kecewa dengan SOP sekarang ni.
Masa aku nak masuk dalam sebuah pasar raya di Kelantan ni, ada la seorang pekerja di sana jadi tukang semak telefon setiap pelanggan untuk tengok MySejahtera samaada dah divaksin atau belum.
Sorang demi sorang dia semak. Dahla bazir masa sebab nak beratur lagi.
Tiba giliran pakcik ni bila nak semak phone, phone dia terlupa bawa.
Apa lagi.
Terus disekat dari masuk pasar raya sebab mereka nak juga tengok Mysejahtera.
Walaupun dah diterangkan oleh pakcik tu dia dah terima dua dos vaksin, tetap juga tak boleh masuk.
Tak ke benda ni dilihat satu kebodohan dalam masayarakat kita?
Aku faham perasaan pakcik tu.
Kita tak tahu dia datang dari mana. Benda keperluan penting apa dia nak beli pada waktu tu.
Disebabkan aku nak menyebelahi pakcik tu, aku pun turut angkat kaki juga tak masuk dalam pasar raya tu sebab darah aku rasa menyirap je time tu.
Kemudian, esokkan aku try pergi ke pasar raya yang sama dan cuba berlakon aku tertinggal fon. Sebabnya aku ada satu soalan nak tanya dekat tukang semak phone tu.
Tiba giliran aku, aku cakap phone tertinggal kat rumah tengah cas. Phone habis bateri.
Terus dia cakap kat aku tak boleh masuk.
Terus aku tanya dia satu soalan.
Kalau yang miskin tiada smartfon? Tak boleh masuk la?
Jawabnya ringkas “Ya”
Maksudnya di sini siapa nak masuk pasar raya sekarang ni wajib ada smartfon. Korang yang miskin tak ada smartfon tu kena beli satu smartfon sebab nanti tak boleh nak masuk pasar raya.
Phone tertinggal kat rumah ataupun phone habis bateri, korang juga tak boleh nak masuk pasar raya.
SOP apa benda ni?
Mana la wahai pemimpin-pemimpinku yang cerdik pandai.
Time belum ada vaksin tak pun nak sekat macam ni. Time dah ada vaksin nak sekat pula dan hanya benarkan lengkap vaksin saja boleh masuk.
Kenapa sesuatu SOP semakin menekan rakyat dan buat paksaan secara halus untuk ambil vaksin Covid-19 ni.
Nak kata ikut SOP, kes tak turun-turun juga tempoh hari.
Makin meningkat ada la.
Raya puasa, raya haji tahun ni semua tak balik tempoh hari. Kubur pun tak boleh ziarah.
Kes meningkat juga.
Kalau diberi peluang balik beraya tempoh hari mesti mereka salahkan sebab balik kampung.
So, apa lagi alasan nak diberi bila kes meningkat macam ni?
Vaksin Covid 19
Kerajaan Malaysia menyasarkan sebanyak 80% untuk rakyat Malaysia divaksin. Tapi sampai sekarang aku belum dapat info tepat samaada 80% ni hanya orang dewasa berumur 21 tahun dan keatas sahaja atau termasuk dengan semua kanak-kanak.
Jika ada sesiapa yang tahu tentang info pasal ni, nanti tolong share di ruangan komen di bawah.
Ya aku memang menyahut seruan kerajaan ni.
Namun, pada masa yang sama aku juga menyambut dengan baik dan menerima pandangan secara terbuka kepada mereka yang tidak mahu ambil vaksin Covid-19 ni.
Maksudnya di sini, aku bersifat terbuka. Siapa nak ambil, silakan. Siapa yang tak nak ambil pun silakan.
Tapi apa yang aku sedihnya, yang dah ambil vaksin dengan lengkap menganjing pada yang belum divaksin dan sebagainya.
Korang mendabik dada kononnya dah divaksin bebas kesana sini. Dine in, masuk pasar raya, boleh tengok wayang.
Lepas kerajaan umum boleh keluar, masing-masing keluar macam kambing terlepas kandang.
Tu je ke tujuan korang ambil vaksin?
Kalau korang tunjuk sombong macam tu lepas vaksin, Allah nak tarik sesuatu tu kejap je. Mana tahu yang tak divaksin ni lagi kebal Covid dari yang dah divaksin.
Mana sifat hormat menghormati sesama kita?
Disebabkan pandangan berbeza tentang vaksin Covid-19 kita semua jadi bodoh dan berpecah belah.
Korang tahu tak berapa ramai yang daftar vaksin covid tapi tak boleh nak ambil vaksin sebab masalah faktor kesihatan, tapi SOP yang dibuat menghukum semua yang belum divaksin sehingga menyukarkan seseorang untuk buat urusan-urusan penting.
Adil ke macam ni?
Cuba tanya pada mereka yang daftar vaksin tapi belum layak nak cucuk vaksin.
Tapi bila nak pergi mana-mana tak boleh. Disekat.
Sedih dengan keadaan sekarang.
Aku harap benda ni bersifat sementara dan tidak terbawa-bawa bila Covid-19 ni diumumkan sebagai Endemik nanti.
Mereka tak nak ambil vaksin itu hak mereka.
Hormat.
Mungkin ada sebab tersendiri mereka tak nak vaksin.
Mungkin dah ada antara ahli keluarga yang kena efek teruk lepas vaksin sampai ada yang meninggal.
Takkan kita still nak paksa orang tu untuk divaksin.
Malaysia Nak Kejar Apa Sebenarnya?
Betapa bangganya Malaysia bila pernah jadi antara penerima vaksin harian tertinggi di dunia.
Serius aku tak faham apa faedah sebenarnya nak banggakan benda-benda macam ni.
Perlu ke dapat pengiktirafan benda-benda macam ni time pandemik ni?
Time pandemik macam ni tak perlu nak iktiraf apa-apa kot.
Ni bukan pertandingan.
Dulu pun Malaysia pernah di iktiraf oleh WHO antara negara terbaik yang berjaya mengawal Covid. Ramainya yang rasa bangga masa tu. Mendabik dada dan membandingkan dengan negara Indonesia yang mana kes makin meningkat masa tu di Indonesia.
Disebabkan korang mendabik dada time tu, negara kita diserang kembali Covid-19.
Sorang tu pula siap dapat anugerah lagi konon-kononnya berjaya mengawal Covid-19 di Malaysia.
Serius aku tak faham apa yang nak dibanggakan sangat dan pengiktirafan ketika musim pandemik ni. Kita sama-sama berganding bahu.
Kalau benda ni dikatakan sama-sama berganding bahu, sepatutnya tiada membezakan antara sesiapa, tiada siapa yang perlu dapat anugerah kononnya berjaya mengawal Covid sebab benda ni kita saling berkerjasama.
Seolah-olah mengawal pandemik ni jadi satu pertandingan pula.
Sekarang Malaysia antara terburuk yang mengawal covid.
Tak ke kita rasa malu?
Adakah berjaya mengawal covid dan juga vaksinasi tertinggi dianggap satu pertandingan yang perlu dibanggakan dan perlu diiktiraf time Pandemik ni?
Ada sesiapa boleh jawab?
Bagi aku semua ni Useless…
Cadangan Aku
Mesti korang bosan kan aku ni asyik komplen je tak habis-habis.
Ya. Aku komplen pada SOP dan tindakkan yang kurang waras je.
Setakat pakai mask dan scan Mysejahtera aku boleh terima lagi.
Tapi bab sampai nak masuk pasar raya kena cek Mysejahtera sorang-sorang, ni adalah satu tindakkan yang paling bodoh aku pernah tengok.
Kenapa?
Nak tengok dah vaksin ke belum?
Kalau tak ambil vaksin senang nak halau.
So, apa cadangan aku?
Sekarang ni kita dah ada vaksin Covid-19.
Jadi buat apa lagi kita nak sekat seperti belum ada vaksin?
Kata vaksin ni adalah satu ikhtiar untuk keluar.
Jika tak sampai bila nak habis benda ni kalau dah ada ikhtiar pun korang still macam ni.
Bila disebuat ikhtiar dengan benda lain masing-masing sombong tak nak dengar. Nak juga ikhtiar dengan vaksin saja.
Heran sungguh aku.
Sepatutnya, kerajaan patut sahut seruan kedua-dua ikhtiar ni iaitu dengan vaksin dan juga secara tradisional ataupun mengamalkan makanan-makanan sunnah. Lain la kalau vaksin ni boleh halang 100%. Tak dijangkiti atau menjangkiti.
Tapi kalau still boleh terkena dan boleh berjangkit, apa kata kita terima pakai ikhtiar lain juga secara tradisional dan juga amalkan pemakanan sunnah.
Jangan bodoh sombong kita ni walaupun kita berlatar belakang perubatan.
Baik. Ini cadangan dan pandangan aku dari seorang yang pernah jaga pesakit covid, yang pernah cucuk vaksin covid pada orang, yang pernah buat swab test pada orang dan juga yang pernah bancuh sendiri vaksin covid-19.
Ini pandangan aku.
Swab hanya yang bergejala sahaja sebab bila satu kampung dikutip ataupun satu daerah kena swab tanpa ada gejala, tu bermakna kerja gila. Majoriti dah vaksin kan?
Jangan membezakan antara dah vaksin atau belum sedangkan yang dah vaksin pun boleh dijangkiti dan juga boleh menyebarkan virus. Cuma individu yang dah divaksin boleh kurangkan risiko teruk Covid-19 menurut WHO. Tapi perlu ingat, penerima vaksin yang dah lengkap vaksin pun still ada kematian bila positif Covid.
Vaksin adalah pilihan bukannya paksaan sebab setiap pemikiran kita semua tak sama. Yang ada background medical boleh la fikir tenang vaksin. Bagi mereka yang educate benda lain macam guru, mungkin mereka persoal macam-macam. Mereka pun ada buat kajian melalui pembacaan berita-berita luar negara. Tiada kesudahan juga jika memaksa. Jadikan vaksin ni satu pilihan dan tiada membezakan antara yang sudah dicucuk atau belum
Sekarang dah masuk dua tahun Covid-19. Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan beri pilihan sendiri pada rakyaat untuk menentukan kesihatan masing-masing.
Sampai bila nak habis benda ni? Jadi aku menyokong penuh langkah kerajaan nak umumkan Covid-19 sebagai Endemik dan ini adalah satu tindakkan bijak supaya kita dapat kembali pada dunia normal.
Point Penting
Dalam panjang lebar aku tulis ni, ini point penting yang aku nak beritahu sebenarnya.
Yang mana dah vaksin tu, tak perlu nak mendabik dada dan menganjing pada yang tak nak cucuk. Tak semua yang tak nak cucuk ni jenis antivaksin sebab dari pemerhatian aku yang bukan antivaksin tapi tak nak cucuk vaksin Covid sebab mereka lebih banyak membaca, mengkaji data negara lain dan sebagainya berbanding dengan korang yang jenis angguk kepala saja. Dos ketiga pun jalan tanpa bantahan.
SOP semak Mysejahtera sebelum masuk dalam Mall adalah satu SOP yang paling tidak masuk akal. Andaikata seseorang tu jenis tak mampu nak beli smartfon yang boleh download Mysejahtera, takkan nak sekat juga masuk dalam pasar raya walaupun dah divaksin? Korang tak terfikir ke benda ni mengarut? Aku harap benda ni bersifat sementara.
Doktor-doktor dan kakitangan KKM, jangan sombong dan gelak bila ada orang lain bersuara untuk berikhtiar dengan kaedah lain terutama yang mencadangkan dengan mengamalkan pemakanan sunnah. Setakat ni aku belum tengok dari page rasmi KKM menyentuh pemakanan sunnah untuk meningkatkan sistem immune dalam badan. Hebat sangat ke sampai kita ketepikan pemakanan sunnah ni?
Perlu ke berlumba-lumba jadi negara terbaik dalam mengawal covid, negara paling banyak pemberian vaksin harian dan sebagainya? Ada sorang tu pula siap dapat anugerah konon-kononnya berjaya mengawal Covid. Disebabkan pengiktirafan tu dulu kita semua jadi leka, sombong, mendabik dada sehingga meletus gelombang kedua Covid. Aku nampak benda ni jadi macam satu perlumbaan pula untuk dapat pengiktirafan. Nak dapat pengiktirafan apa ni sebenarnya time covid ni? Kita masing-masing berganding bahu sama-sama mengawal Covid. Tak perlu nak bandingkan sesiapa. Siapa yang susah bantu.
Kenapa Paypal hold duit dalam akaun? Mungkin korang ada masalah ni bila pertama kali mendaftar akaun Paypal. Mesti gelabah kan? Duit dah masuk dalam akaun Paypal tapi kena hold oleh pihak Paypal. Terus korang kata Paypal ni scam.
Sebenarnya Paypal ni tak scam. Cuma korang kurang pengetahuan dalam selok belok dan sistem Paypal ni.
Mesti ada sebab mereka buat macam tu.
Salah satunya adalah mereka nak jadikan Paypal ni sebuah servis transaksi online yang paling selamat di dunia ni.
Jadi, dalam artikel ni saya akan berikan beberapa sebab kenapa pihak Paypal nak hold korang punya duit dalam tu lama-lama.
5 Sebab Kenapa PayPal Hold Duit Dalam Akaun
Berikut lima senarai yang di kenalpasti kenapa Paypal hold duit kita dalam akaun?
#1. Akaun baru daftar
Biasanya akaun yang baru daftar dan terus terima duit, pihak PayPal akan hold terlebih dahulu duit tersebut lebih dari jangka masa normal iaitu selama 21 hari. Ini kerana Paypal ingin melihat kreadibiliti akaun kita samaada kita terima duit dengan baik atau banyak terima complain.
Jika kita dah ada rekod transaksi yang baik, status akaun Paypal kita akan berubah.
#2. Tiada transaksi dalam tempoh yang lama
Ia sama juga dengan akaun yang baru dibuka. Jika kita tidak terima transaksi dalam tempoh yang agak lama, Paypal akan hold terlebih dahulu jika baru terima semula duit dalam akaun Paypal.
Korang kena bina semula kreadibiliti iaitu dengan mempunyai rekod transaksi yang baik dan tiada complain daripada orang yang menghantar wang.
#3. Banyak Terima Complain, refund dan dispute
Salah satu kenapa duit korang kena hold lama-lama sebab mungkin terima banyak complain atau banyak request refund dari buyer sebelum ni.
Mengikut Paypal, jalan terbaik adalah cuba selesaikan masalah refund dan dispute ni tanpa campur tangan dari pihak Paypal iaitu Paypal yang kena pulangkan duit tu semula kepada buyer. Bukan dari tindakkan korang sendiri.
Jika pihak Paypal yang campur tangan, mugkin akaun Paypal korang dalam keadaan bahaya.
Untuk mengurangkan request refund, kita perlu pastikan memberikan penerangan yang baik tentang barang tersebut, jelaskan kos penghantaran jika ada, kondisi barang samaada baru atau second hand dan return policy.
#4. Urusniaga yang meragukan
Paypal akan flag atau sekat akaun yang membuat aktiviti urusniaga yang meragukan.Sebagai contoh hari ni korang dapat jualan sangat tinggi. Kemudian keesokkan harinya jualan korang sangat sikit.
Jika benda ni berulang-ulang, Paypal kesan jual beli macam ni, akaun korang dalam pemerhatian.
#5. Menjual barang berisiko
Dengan menggunakan Paypal, korang tak boleh buat jual beli barang yang meragukan.
Apa contoh barang yang meragukan?
Contoh barang yang meragukan adalah seperti tiket, gift card, kod koupon dan juga travel package. Tapi, benda ni korang boleh kurangkan risiko dengan;
Print label shipping terus dari Paypal
Jika print label shipping dari luar, pastikan upload atau tambah info tracking penghantaran seperti nombor tracking, jadi Paypal boleh kesan pakej penghantaran dan dihantar dan selamat diterima.
Notify atau beritahu buyer melalui note di Paypal untuk sahkan pesanan jika barang sudah sampai.
Cara Atasi Paypal Hold Duit
Jangan risau kalau pihak Paypal hold duit korang lama-lama sebab ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk mempercepatkan duit tersebut untuk dilepaskan secara penuh.
Jika barang ataupun item yang kita hantar dah selamat sampai pada buyer, kita suruh yang hantar duit pada kita tu sahkan. Bila sahkan dengan segera duit tu akan di unhold.
Akaun baru? Maaf, akaun baru nak tak nak kena tunggu akaun matang dulu. Akaun baru Paypal memang akan hold terlebih dahulu sehingga ada transaksi yang lancar dalam Paypal kita.
Jika ada nombor tracking, upload nombor tracking dalam Paypal. Jadi paypal boleh trace barang tu ada di mana sekarang.
Buat masa ni, tu saja dulu tips yang ada. Jika ada lagi, saya akan update di sini.
Penutup
Dalam artikel ini, saya dah beritahu dan terangkan secara detail lima sebab kenapa duit dalam akaun Paypal korang kena hold dalam tempoh masa yang agak lama.
Jadi, terjawablah sudah persoalan yang bermain di fikiran korang kenapa duit kena hold lama sangat dalam akaun Paypal.
Paypal buat semua ni sebab nak jaga integriti mereka dan menjadi tempat transaksi secara online paling selamat.
Pernah tengok pisau belah durian yang viral di Instagram baru-baru ni? Kalau korang kaki instagram mesti pernah tengok pisau viral ni.
Secara peribadi, saya belum pernah lagi tengok pisau yang di design macam ni. So ni adalah pertama kali tengok dengan pisau yang ketot macam ni tapi kuat dan tajam.
Memang nice la.
So, disebabkan tergoda dengan review oleh Instafamous baru-baru ni, saya pun cubalah dapatkan satu pisau belah durian di Lazada.
Dalam artikel ni saya akan buat review pisau ni dengan lebih detail supaya korang mudah buat keputusan samaada nak beli pisau ni atau tak.
Review Pisau Belah Durian Untuk Belah Durian Dengan Mudah
Sebelum ni saya rasa belum pernah lihat lagi pisau yang direka khas untuk belah buah durian ni.
Tahun 2021 ni barulah saya ternampak pisau ni dan first impression saya bila tengok yang buat pisau ni agak “wow”.
#1. Material
Seperti yang diclaim oleh kilang pembuat pisau ni, ia diperbuat daripada besi Stainless Steel. Maksud besi Stainless steel ni adalah sejenis besi yang tahan karat dan kuat.
Kalau korang tengok parang yang biasa kita beli di kedai tu, ia akan cepat berkarat jika kita tidak jaga dengan elok. Sebab tu parang yang baru dibeli akan disalut dengan minyak supaya tidak mudah berkarat.
Tapi pisau belah durian jenama Zelex ni tak perlu disapu minyak pun untuk elak karat. Hanya cuci bersih-bersih lepas guna dan keringkan. Yang ni kalau korang nak pisau ni lagi lebih lama berkhidmat la.
Kalau lepas guna terus simpan pun tak mengapa.
#2. Kegunaan
Sebelum beli saya ingatkan pisau ni boleh guna untuk belah buah durian je tapi ternyata pisau ni juga boleh digunakan untuk potong tulang keras, menyiang ikan dan sebagainya. Senang kata untuk kegunaan berat atau lasak pisau ni tak ada masalah untuk digunakan.
Perfect!
Jadi, kalau korang rujuk gambar di atas pada hujung mata pisau tu adalah tempat untuk belah durian manakala pada bahagian tengah tu untuk korang cincang tulang dan sebagainya.
#3. Berat, Tinggi, lebar dan Panjang
Berat pisau ni lebih kurang 500g je atau setengah kilogram!
Bagi saya berat macam ni sedap untuk kita pegang dan memotong sesuatu sebab daya untuk memotong akan jadi lebih ringan.
Jadi, pisau ni tak terlalu ringan dan tak terlalu berat untuk digunakan. Sesuai untuk semua.
Sekarang kita tengok pula dimensi pisau ni iaitu lebar, tinggi dan panjang.
Untuk panjang pisau ni adalah 23.5 cm dengan ukuran dari pangkal sehingga hujung pisau. Lebar pula adalah 3.3 cm sahaja. So, bagi saya lebar pisau 3.3 cm ni adalah cukup tebal dan padu.
Manakala ketinggiannya pula adalah hanya 8.2 cm sahaja.
Jadi dengan dimensi dan berat seperti ni, pisau ni sedap untuk pegang ketika kita gunakan.
#4. Design
Seperti yang saya beritahu tadi, design pisau macam ni adalah first time saya tengok. Ketot tapi kuat dan gagah.
Biasanya pisau atau golok kita akan tengok hujung tu jenis runcing.
Tapi pisau ni tak. Di jadi lurus.
Tujuannya adalah untuk lebih senang ketika belah durian nanti.
Nama pun pisau belah durian kan?
Kalau korang tengok gambar di bawah ni, hulu pisau sama panjang dengan mata pisau.
Jadi sebab tulah kalau kita nak buat kerja dengan pisau ni rasa lain dari yang lain.
Rasa keseimbangan tu memang padu.
Jika kita perhatikan pula pada hulu pisau tu, dia ada tulisan jenama bagi pisau ni iaitu Zelex. Sebenarnya tulisan tu berfungsi untuk tidak slip atau tergelincir masa kita menggunakan pisau ni.
Jadi taklah mudah terlucut atau rasa tidak kemas masa kita mencincang ikan dan sebagainya.
#5. Cara Asah Mata Pisau Zelex (Pisau Belah Durian)
Lepas dah guna pisau, kali ni kita tengok pula cara asah pisau ni bila mata dah mulai tumpul.
Cara nak asah pisau ni bukan main bedal je melainkan korang tak kisah nak beli pisau lain lepas ni.
Ada beberapa yang perlu kita buat sebelum mengasah pisau ni untuk menjaga kualiti dan juga jangka hayat penggunaan.
Sebelum asah pisau ni, pastikan batu asah atau whetstone direndam selama 5 minit dalam air untuk pastikan semua air masuk ke dalam batu asah tu. Ini akan menjadikan batu asah tidak terlalu kasar semasa mengasah pisau.
Kemudian condongkan mata pisau lebih kurang 10-15 darjah dan barulah asah.
Cara nak asah pula, masa kita nak tolak pisau ni kedepan, kita perlu berikan sedikit tekanan pada mata pisau tu pada batu asah. Masa nak tolak ke belakang pula, lepaskan mata pisau dari batu asah.
Lain-Lain Info Pisau Belah Durian Jenama Zelex
Tadi saya dah terangkan dengan lebih detail mengenai pisau belah durian ni. Sekarang ni mari kita lihat pula info tambahan yang mungkin korang nak tahu pasal pisau ni.
Pisau ni telah dikemaskan dan dipolish dengan kaedah laser. Sebab tu pisau ni nampak bersinar.
Sesuai untuk digunakan dengan semua aktiviti di dapur.
Untuk tahan lebih lama guna pelapik kayu semasa mencincang tulang.
Pisau Zelex adalah jenis 5Cr15 bermaksud jenis stainless steel yang kuat dan lasak. Jenis ni adalah paling popular dalam pembuatan pisau.
Harga pisau belah durian jenama Zelex ni adalah RM36 tidak termasuk dengan kos hantar.
Jika korang nak tengok review saya mengenai pisau belah durian ni secara video, boleh la tengok video di bawah ni atau boleh pergi ke channel YouTube blogfaiz.
Kesimpulan
Dalam artikel ni saya tunjukkan dan buat review mengenai pisau yang viral di Instagram pada musim durian tempoh hari.
Bila saya cuba dapatkan pisau jenama Zelex ni di Lazada, memang tak menyesal langsung sebab pisau ni memang padu. Nak belah durian pun jadi lebih senang. Dengan mata pisaunya yang agak tajam dan kuat seperti parang membuatkan kita rasa lebih selesa semasa membelah durian.
Ada orang kata parang kan ada nak belah durian.
Bagi saya parang tak sesuai untuk belah durian sebab parang ni dia panjang berbanding dengan pisau Zelex ni. Jadi, bila panjang kekuatan untuk kita belah durian tu akan kurang berbanding dengan saiz pisau yang pendek dan kuat.
Jika korang berminat nak dapatkan pisau belah durian jenama Zelex ni, boleh dapatkan di Lazada.
Mungkin ada antara korang belum tahu macam mana nak pantau status kesihatan anak kecil yang baru lahir kan? Sebenarnya kita boleh pantau kesihatan mereka melalui warna najis je. So di sini kita perlu belajar dan kenali warna najis anak untuk kita tahu samaada anak kita tu sihat atau tak.
Sebelum teruskan, di sini saya nak beritahu ni adalah post pertama saya mengenai ilmu parenting.
InsyaAllah.
Sejak dah ada anak sorang ni saya rasa nak tambah kategori parenting pula dalam blog ni untuk terus berkongsi dengan korang berkaitan dengan ilmu parenting.
Tapi jangan anggap saya ni pakar dalam bab menjaga anak pula. Saya bukan Sheikh Muszaphar Shukor. Saya tak pakar pun dalam bab ni tapi apa yang saya buat adalah saya rujuk pakar, saya praktik dan saya kongsikan dalam blog ni dengan korang semua.
Sama-sama kita belajar apa salah kan?
Ok sekarang kita berbalik pada topik asal iaitu macam mana nak tahu status kesihatan anak melalui bentuk dan warna najis.
Kenali Warna Najis Anak Dan Status Kesihatannya
Apa yang Allah cipta pada kita cukup hebat. Hanya melalui darah dan juga warna najis, seseorang tu boleh dikesan menghidap penyakit apa. Sebab tu setiap kali korang pergi hospital tak kira sakit apa pun doktor akan ambil darah sebab nak buat ujian ada penyakit apa.
Tapi, untuk anak kecil kita sekadar perhatikan warna najisnya sahaja pun sudah memadai samaada anak kita cirit birit, berdarah dalam perut, sembelit dan sebagainya.
So, inilah jenis-jenis najis serta status kesihatannya.
#1. Newborn Poo (Meconium)
Jangan terkejut jika lihat warna najis anak yang baru lahir berwarna hitam kehijauan. Bagi bayi yang baru lahir, benda ni adalah normal kerana ia terdiri daripada sel dinding usus, hempedu, cecair amnion dan juga mukus. Najis ni tidak berbau tapi agak payah untuk ditanggalkan.
#2. Najis Bermukus
Najis yang bermukus atau kelihatan berlendir adalah kerana sistem tubuh badan sedang melawan sesuatu penyakit. Ini berkemungkinan bayi korang mengalami alergik atau ada infection dalam badan. Apa perlu buat korang terus pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
#3. Najis Berketul
Pernah lihat najis anak yang berketul-ketul tapi dalam kuantiti yang sedikit? Tu bermakna anak korang sedang mengalami gejala sembelit. Perbanyakkan makanan yang mengandungi fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebab semua makanan jenis ni akan melembutkan najis.
#4. Najis Breastfeeding
Ni pula najis bayi yang menyusu ibu 100%. Ia akan berwarna golden yellow dan kelihatan berketul-ketul seperti susu yang basi. Ini bermaksud bayi korang normal dan tidak bermasalah.
#5. Najis Iron Fortified
Najis bayi yang diberikan makanan ber”iron” seperti sayur sawi atau supplemet iron najisnya akan berwarna kehitaman bercampur kekuningan. Ini adalah normal. Tapi, jika tidak diberikan iron dan warna najis seperti ini, sila berjumpa segera dengan doktor sebab khuatir ada masalah yang lain.
#6. Najis Cair (Cirit-birit)
Najis bayi yang cirit birit tekstur najisnya akan kelihatan terlalu cair dan biasanya dalam jumlah yang banyak. Jika keadaan berlarutan, sila berjumpa dengan doktor dengan sekadar segera sebab ciri birit boleh buatkan bayi jadi lemah.
#7. Najis Formula Milk
Jika bayi korang sudah mula minum sus formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan. Sisa susu formula akan kelihatan ketulan-ketulan lebih besar berbanding breastfeeding. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya. Bau najisnya juga lebih kuat.
#8. Najis Solid Food
Bila bayi sudah mula makan makanan pejal seperti roti atau nasi, najisnya juga akan mula berubah. Warnanya lebih coklat dan berbau. Kadang-kadang tekstur najisnya seperti orang dewasa.
#9. Najis Partially Digested Food
Jika najis bayi korang berketul dan kelihatan makanan yang belum hadam, ini adalah perkara normal bagi bayi yang baru belajar mengambil makanan solid. Biasanya terjadi jika bayi makan carrot, ubi dan sayuran lain.
#10. Najis Berdarah Segar
Ada sesetengah bayi mengalami alergik pada milk protein menyebabkan ia boleh bercampur dengan sedikit darah. Selain tu juga, semak pada sekitar punggung anak jika berlaku pendarahan.
Tindakkan Perlu Dibuat Jika Warna Najis Kelihatan Aneh
Sebagai seorang ibu dan ayah yang bertanggungjawab terhadap kesihatan anak kecil, kita hendaklah sentiasa perhatikan segala benda yang aneh pada anak kita terutama perubahan yang berlaku pada najis anak.
Cara memerhatikan najis anak adalah cara yang paling mudah untuk pantau status kesihatan.
Jadi, apa perlu korang buat jika najis anak kelihatan aneh dan lain dari yang lain?
Pertama sekali jangan panik sebab dengan panik akan buatkan korang tidak dapat berfikir dengan matang dan rasional.
Segera jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan bertangguh sebab jika bertangguh takut ada komplikasi lain pula yang akan berlaku. Pengesanan awal buatkan doktor lebih mudah untuk semak ada penyakit apa.
Ambil gambar dan post di group ibu di Facebook sebab ada banyak “pakar” di sana. Tak apa jika pakar tak bertauliah pun tapi kebanyakkan mereka ada banyak pengalaman apa yang berlaku. Antara group yang korang boleh join adalah Kelab Ibu Mengandung dan Menyusu.
Selain tu juga boleh rujuk dan bertanya di group theAsianparent Malaysia. Nanti boleh download applikasi mereka di Smartphone dan bertanya di Forum mereka.
Buat pemerhatian berkala tingkah laku anak jika teksture najis berbeza sebelum ni.
Kesimpulan
Jadi itu saja perkongsian saya dalam artikel ni. Jika korang nak tahu anak ada sakit atau masalah apa, boleh cuba tengok dulu melalui warna najisnya. Jika najis tak normal ada sesuatu la tu. Segera jumpa doktor tanpa bertangguh.